Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar Hutang Bank

Ramai yang bertanya saya soalan ni. Boleh ke jual rumah belum habis bayar hutang? Ke nak kena jelaskan hutang dulu, baru boleh jual rumah?

Cara jual rumah belum habis bayar hutang bank

Saya bagi jawapan ringkas dulu.

Ya, anda boleh jual rumah belum habis bayar.

Tapi macam mana caranya? Siapa yang akan jelaskan hutang semasa anda? Ok, langkah dia macam ni.

1) Anda dan pembeli tandatangan perjanjian jual beli

Bila jual rumah, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli. Perjanjian ni peguam yang sediakan.

Tugas mereka juga adalah untuk selesaikan bayaran baki hutang anda dan buat pindah milik kepada pembeli.

Sebenarnya anda tak perlu risau, peguam yang akan uruskan semua ni.

Jadi, macam mana hutang anda tu di bayar?

2) Pembeli yang akan jelaskan loan anda

Untuk jual rumah, peguam akan bantu anda untuk buat pindah milik. Nak buat pindah milik kepada pembeli ni kena ada geran asal.

Masa anda dapat pinjaman ketika beli rumah dulu, geran asal ni anda dah cagarkan kepada bank.

Nak batalkan cagaran tu dan keluarkan geran, peguam kena buat proses pelepasan gadaian (Discharge of Charge).

Caranya macam mana?

Katakan pembeli beli rumah anda RM100,000. Hutang anda RM60,000 di CIMB. Pembeli guna pinjaman Maybank.

Peguam akan minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar dulu baki hutang anda sebanyak RM60,000 di CIMB.

Dah bayar hutang, barulah bank anda (CIMB) lepaskan gadaian dan beri geran asal kepada peguam.

3) Pindahmilik

Peguam kemudian buat pindah milik dan daftarkan nama pembeli sebagai pemilik baru. Pembeli akan cagarkan pula geran kepada bank mereka (Maybank).

4) Anda terima hasil jualan

Peguam seterusnya minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar baki harga rumah.

Dalam contoh tadi sebanyak RM40,000 (RM100,000 harga rumah tolak RM60,000 hutang yang dan dibayar).

Bayaran tu peguam akan terima dan bayar kepada penjual.

Senangkan prosesnya?

Soalan Lazim

1) Kenapa bank perlukan geran sebagai cagaran?

Dah tentulah mereka nak jaminan yang penerima pinjaman tu boleh bayar balik. Kalau tak dapat bayar, bank akan lelong rumah. Tiada cagaran, tak bolehlah nak lelong.

2) Apa perkara lain yang saya perlu pastikan sebelum jual rumah

Anda kena pastikan harga rumah melebihi baki pinjaman dan kos jual rumah. Sebagai contoh, kalau baki pinjaman RM60,000, jangan jual bawah RM60,000.

Nanti amaun yang tak cukup tu anda kena topup kepada bank. Atau mungkin kena keluar duit pula untuk tanggung kos-kos jualan lain macam cukai, kos guaman dan fi ejen.

Baca Juga: Panduan Dan Cara Jual Rumah Di Malaysia

Penutup

Semoga artikel ‘Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar’ ini membantu. Jika anda masih ada hutang dengan bank, jangan risau. Boleh je jual.

Leave a Comment

50 thoughts on “Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar Hutang Bank”

  1. Peguam kemudian buat pindah milik dan daftarkan nama pembeli sebagai pemilik baru. Pembeli akan cagarkan pula geran kepada bank mereka

    Anda terima hasil jualan
    Peguam seterusnya minta bank pembeli untuk bayar baki harga rumah.

    Bayaran tu peguam akan terima dan bayar kepada penjual.
    (untuk stage di atas sllu brpa lama masa yg ambil untuk dapat baki rumah)

    Reply
    • Salam. Prosesnya sama macam jualan biasa. Bila dah ada pembeli nanti, bank pembeli tu akan selesaikan baki hutang encik.

  2. mcmana cara sy nk jual rumah yg masih lg hutang dg bank,sy bercerai dg suami dn rumah tu dr mahkamah dpt dekat sy dn ank²..mcmana prosesnya..ingin tahu cara

    Reply
    • Salam puan. Prosesnya sama seperti jualan biasa. Nanti bank pembeli akan selesaikan baki hutang rumah tu dan bayar lebihan keuntungan kepada puan. Cuma kalau ada anak-anak bawah umur 18, mungkin perlukan bantuan peguam melainkan hakim dah keluarkan perintah jualan masa puan failkan harta sepencarian sebelum ni. Untuk maklumat lanjut, puan boleh hubungi saya di 013-9398811.