Ramai yang bertanya saya soalan ni. Boleh ke jual rumah belum habis bayar hutang? Ke nak kena jelaskan hutang dulu, baru boleh jual rumah?
Cara jual rumah belum habis bayar hutang bank
Saya bagi jawapan ringkas dulu.
Tapi macam mana caranya? Siapa yang akan jelaskan hutang semasa anda?
Ok, langkah dia macam ni.
1) Anda dan pembeli tandatangan perjanjian jual beli
Bila jual rumah, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli. Perjanjian ni peguam yang sediakan.
Tugas mereka juga adalah untuk selesaikan bayaran baki hutang anda dan buat pindah milik kepada pembeli.
Sebenarnya anda tak perlu risau, peguam yang akan uruskan semua ni.
OK berbalik kepada persoalan, macam mana hutang anda tu di bayar?
2) Pembeli yang akan jelaskan loan anda
Untuk jual rumah, peguam akan bantu anda untuk buat pindah milik. Nak buat pindah milik kepada pembeli ni kena ada geran asal.
Masa anda dapat pinjaman ketika beli rumah dulu, geran asal ni anda dah cagarkan kepada bank.
Nak batalkan cagaran tu dan keluarkan geran anda melalui peguam kena buat proses pelepasan gadaian (Discharge of Charge).
Caranya macam mana?
Katakan pembeli beli rumah anda RM100,000. Hutang anda RM60,000 di CIMB. Pembeli beli rumah melalui pinjaman juga, guna Maybank.
Peguam akan minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar dulu baki hutang anda sebanyak RM60,000 di CIMB.
Dah bayar hutang, barulah bank anda (CIMB) lepas gadaian dan keluarkan geran asal kepada peguam.
3) Pindahmilik
Peguam kemudian buat pindah milik dan daftarkan nama pembeli sebagai pemilik baru. Pembeli akan cagarkan pula geran kepada bank mereka (Maybank).
4) Anda terima baki harga rumah
Peguam seterusnya minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar baki harga rumah sebanyak RM40,000 (RM100,000 harga rumah tolak RM60,000 hutang yang dan dibayar). Bayaran tu peguam akan terima dan bayar kepada anda kemudian.
Simple kan prosesnya?
Soalan Lazim
1) Kenapa bank perlukan geran sebagai cagaran?
Dah tentulah mereka nak jaminan yang penerima pinjaman tu boleh bayar balik. Kalau tak dapat bayar, bank akan lelong rumah. Tiada cagaran, tak bolehlah nak lelong.
2) Apa perkara lain yang saya perlu pastikan sebelum jual rumah
Anda kena pastikan harga rumah melebihi baki pinjaman dan kos jual rumah. Sebagai contoh, kalau baki pinjaman RM60,000, jangan jual bawah RM60,000.
Nanti amaun yang tak cukup tu anda kena topup kepada bank. Atau mungkin kena keluar duit pula untuk tanggung kos-kos jualan lain macam cukai, kos guaman dan fi ejen.
Baca Juga: Panduan Dan Cara Jual Rumah Di Malaysia
Penutup
Semoga artikel ‘Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar’ ini membantu. Jika anda masih ada hutang dengan bank, jangan risau. Boleh je jual.
As salam tuan,
Pandangan tuan kalau ada rumah yang masih dalam pinjaman bank kita nak jual dgn pasangan sendiri atas sebab₂ tertentu.
Mana lagi baik jual terus atau refinance sebab dalam s&p ada nama pasangan (jv). Terima kasih.
Kalau encik jual kepada pasangan:
1. kos guaman lebih tinggi, sebab pasangan perlu buat S&P.
2. encik mungkin kena bayar cukai keuntungan harta tanah
Hutang rumah ada baki 40k…rekod pmbyaran sejak 2018 sehingga kini cantik tetapi rekod tahun2 sblm itu kurang cantik dn Manis…blh d luluskn atau tdak refinance kmbali atas nama sndiriatau mbuat jualan pindah milik pd Nama anak untk klulusan pinjaman tersebut.
Untuk buat refinance dan pindah milik, dua-dua tiada masalah tuan. Dalam laporan ccris, dah tak nampak rekod pembayaran sebelum 2018 tu.
Baki hutang 60k tu adakah hutang pokok shj atau pokok + interest sepanjang tenure?
Bila kita jual, baki hutang ialah baki pokok semasa. Interest yang ke hadapan tu belum terakru lagi.
Assalamualaikum tuan. Sy menjual rumah lama untuk membeli rumah baru. Bolehkah loan rumah lama di bayar bulanan seperti biasa selepas rumah lama tu dah terjual? Sebab duit nak settle hutang rumah lama tu nak digunakan kepada bayar hutang lain. Mohon pencerahan.
Salam. Tuan mohon maaf, saya kurang faham soalan ni. Boleh ke encik jelaskan semula?
Sangat membantu.. Terima kasih tuan
Sama-sama
Bagaimana untuk berurusan
Puan hubungi saya melalui link ni ya
https://bit.ly/2XAGyiu