Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar Hutang Bank

Ramai yang bertanya saya soalan ni. Boleh ke jual rumah belum habis bayar hutang? Ke nak kena jelaskan hutang dulu, baru boleh jual rumah?

Cara jual rumah belum habis bayar hutang bank

Saya bagi jawapan ringkas dulu.

Ya, anda boleh jual rumah belum habis bayar.

Tapi macam mana caranya? Siapa yang akan jelaskan hutang semasa anda? Ok, langkah dia macam ni.

1) Anda dan pembeli tandatangan perjanjian jual beli

Bila jual rumah, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli. Perjanjian ni peguam yang sediakan.

Tugas mereka juga adalah untuk selesaikan bayaran baki hutang anda dan buat pindah milik kepada pembeli.

Sebenarnya anda tak perlu risau, peguam yang akan uruskan semua ni.

Jadi, macam mana hutang anda tu di bayar?

2) Pembeli yang akan jelaskan loan anda

Untuk jual rumah, peguam akan bantu anda untuk buat pindah milik. Nak buat pindah milik kepada pembeli ni kena ada geran asal.

Masa anda dapat pinjaman ketika beli rumah dulu, geran asal ni anda dah cagarkan kepada bank.

Nak batalkan cagaran tu dan keluarkan geran, peguam kena buat proses pelepasan gadaian (Discharge of Charge).

Caranya macam mana?

Katakan pembeli beli rumah anda RM100,000. Hutang anda RM60,000 di CIMB. Pembeli guna pinjaman Maybank.

Peguam akan minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar dulu baki hutang anda sebanyak RM60,000 di CIMB.

Dah bayar hutang, barulah bank anda (CIMB) lepaskan gadaian dan beri geran asal kepada peguam.

3) Pindahmilik

Peguam kemudian buat pindah milik dan daftarkan nama pembeli sebagai pemilik baru. Pembeli akan cagarkan pula geran kepada bank mereka (Maybank).

4) Anda terima hasil jualan

Peguam seterusnya minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar baki harga rumah.

Dalam contoh tadi sebanyak RM40,000 (RM100,000 harga rumah tolak RM60,000 hutang yang dan dibayar).

Bayaran tu peguam akan terima dan bayar kepada penjual.

Senangkan prosesnya?

Soalan Lazim

1) Kenapa bank perlukan geran sebagai cagaran?

Dah tentulah mereka nak jaminan yang penerima pinjaman tu boleh bayar balik. Kalau tak dapat bayar, bank akan lelong rumah. Tiada cagaran, tak bolehlah nak lelong.

2) Apa perkara lain yang saya perlu pastikan sebelum jual rumah

Anda kena pastikan harga rumah melebihi baki pinjaman dan kos jual rumah. Sebagai contoh, kalau baki pinjaman RM60,000, jangan jual bawah RM60,000.

Nanti amaun yang tak cukup tu anda kena topup kepada bank. Atau mungkin kena keluar duit pula untuk tanggung kos-kos jualan lain macam cukai, kos guaman dan fi ejen.

Baca Juga: Panduan Dan Cara Jual Rumah Di Malaysia

Penutup

Semoga artikel ‘Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar’ ini membantu. Jika anda masih ada hutang dengan bank, jangan risau. Boleh je jual.

Leave a Comment

49 thoughts on “Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar Hutang Bank”

  1. Mcm mana sy nk jual rumah skrg ni, nk beli rumah baru tanpa keluar apa2 deposit? Boleh ka?

    Baki hutang bank skrg ni dalam 60k lebih. Harga pasaran rumah sy dlm 350-370k.

    Reply
    • Boleh beli rumah tanpa deposit kalau penjual bersetuju dgn cara tu. Tapi selalunya penjual akan minta juga amaun tertentu sebagai ikat janji. Pembeli kemudian akan markup harga belian untuk dapat lebih pinjaman, dan bayar deposit melalui amaun tu.

    • Salam. Tak ada bayaran upfront kepada ejen. Bayaran tu hanya ada jika jualan berjaya dan amaun tu dari hasil jualan rumah.

    • Salam tuan. Kalau encik masih layak dapat pinjaman, boleh terus beli rumah baru dan serentak jual rumah sedia ada. Tapi jika kelayakan jadi kekangan, kena selesaikan jualan rumah sedia ada tu dahulu.

  2. Assalamualaikum tuan…kos guaman dibayar oleh pembeli atau penjual? (apakah kos yang perlu ditanggung oleh penjual) Terimakasih.

    Reply
  3. Assalamualaikum tuan Saya nak tanya, harga rumah yang akan dijual kepada pembeli adakah kita tetapkan sendiri harga sekian sekian? Atau macam mana?

    Reply
    • Salam Pn Linda. Kalau nak jual rumah, harga tu pemilik yang tetapkan. Tetapi untuk pastikan supaya laku, saya nasihatkan supaya ambil kira harga pasaran dan juga persaingan setempat.