Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar Hutang Bank

Ramai yang bertanya saya soalan ni. Boleh ke jual rumah belum habis bayar hutang? Ke nak kena jelaskan hutang dulu, baru boleh jual rumah?

Cara jual rumah belum habis bayar hutang bank

Saya bagi jawapan ringkas dulu.

Ya, anda boleh jual rumah belum habis bayar.

Tapi macam mana caranya? Siapa yang akan jelaskan hutang semasa anda? Ok, langkah dia macam ni.

1) Anda dan pembeli tandatangan perjanjian jual beli

Bila jual rumah, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli. Perjanjian ni peguam yang sediakan.

Tugas mereka juga adalah untuk selesaikan bayaran baki hutang anda dan buat pindah milik kepada pembeli.

Sebenarnya anda tak perlu risau, peguam yang akan uruskan semua ni.

Jadi, macam mana hutang anda tu di bayar?

2) Pembeli yang akan jelaskan loan anda

Untuk jual rumah, peguam akan bantu anda untuk buat pindah milik. Nak buat pindah milik kepada pembeli ni kena ada geran asal.

Masa anda dapat pinjaman ketika beli rumah dulu, geran asal ni anda dah cagarkan kepada bank.

Nak batalkan cagaran tu dan keluarkan geran, peguam kena buat proses pelepasan gadaian (Discharge of Charge).

Caranya macam mana?

Katakan pembeli beli rumah anda RM100,000. Hutang anda RM60,000 di CIMB. Pembeli guna pinjaman Maybank.

Peguam akan minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar dulu baki hutang anda sebanyak RM60,000 di CIMB.

Dah bayar hutang, barulah bank anda (CIMB) lepaskan gadaian dan beri geran asal kepada peguam.

3) Pindahmilik

Peguam kemudian buat pindah milik dan daftarkan nama pembeli sebagai pemilik baru. Pembeli akan cagarkan pula geran kepada bank mereka (Maybank).

4) Anda terima hasil jualan

Peguam seterusnya minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar baki harga rumah.

Dalam contoh tadi sebanyak RM40,000 (RM100,000 harga rumah tolak RM60,000 hutang yang dan dibayar).

Bayaran tu peguam akan terima dan bayar kepada penjual.

Senangkan prosesnya?

Soalan Lazim

1) Kenapa bank perlukan geran sebagai cagaran?

Dah tentulah mereka nak jaminan yang penerima pinjaman tu boleh bayar balik. Kalau tak dapat bayar, bank akan lelong rumah. Tiada cagaran, tak bolehlah nak lelong.

2) Apa perkara lain yang saya perlu pastikan sebelum jual rumah

Anda kena pastikan harga rumah melebihi baki pinjaman dan kos jual rumah. Sebagai contoh, kalau baki pinjaman RM60,000, jangan jual bawah RM60,000.

Nanti amaun yang tak cukup tu anda kena topup kepada bank. Atau mungkin kena keluar duit pula untuk tanggung kos-kos jualan lain macam cukai, kos guaman dan fi ejen.

Baca Juga: Panduan Dan Cara Jual Rumah Di Malaysia

Penutup

Semoga artikel ‘Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar’ ini membantu. Jika anda masih ada hutang dengan bank, jangan risau. Boleh je jual.

Leave a Comment

49 thoughts on “Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar Hutang Bank”

  1. kami sekeluarga tinggal di rumah atas nama suamisaya tetapi suami saya tidak mempunyai pendapatan bulanan kerana bersara awal disebabkan masalah kesihatan. bayaran bulanan saya yg jelaskan dan memandangkan suami saya tidak bekerja dia setuju supaya nama pemilik rumah itu ditukarkan kepada nama saya. jadi bagaimanakah proses tersebut?saya dah bayar bulanan selama 3 tahun semenjak suami saya bersara. kini umurnya 46 tahun

    Reply
  2. Sya baru saja menjual rumah dgn nillai 450k deposit sbyk 10%.pembeli mohon utk membuat pembyaran deposit 3 kali mengikut tarikh masa yg telah kami psetujui bersama.persoalanya…pembeli masih belum membayar deposit tersebut mengikut tarikh yg telah ditetapkan…sya telah menghubungi agen yg dilantik dan meminta pembeli membayar deposit tersebut..apakah tindakan yang sepatutnya sya buat untuk pemasalahan ini…tq

    Reply
    • Salam tuan. Saya rasa jalan terbaik untuk minta peguam hantar reminder kepada pembeli. Nyatakan juga terma-terma dalam S&P tu. Sebenarnya kalau bayar deposit tak cukup seperti yang dinyatakan dalam S&P, encik boleh terminate agreement tu dan deposit yang telah dibayar tak dikembalikan.

  3. Assalamualaikum Tuan. Saya beli rumah rm391k guna loan bank islam combine dengan suami tahun 2020. Sekarang ni saya dan suami nak jual rumah tu, balance ada dlm rm378k lg. Tuan rasa saya boleh jual rumah tu dalam rm400k ke?atau macam mana nak tahu harga yg sesuai utk kita jual?

    Reply
  4. Assalam Tuan, saya beli rumah teres 2 tingkat dengan keluasan 22×70 pada 10 tahun lepas dgn harga rm225k loan bank. Jika saya hendak jual pada harga rm400k sekarang anggaran rm berapa keuntungan. Apakah terdapat cas lain yang perlu saya settlekan. Adakah berbaloi dengan harga rm400k tersebut?

    Reply
  5. Assallammualaikum Tuan. Saya Ada rumah tidak habis Bayar . Semasa dalam perkhidmatan tentera. Rumah tidak pernah duduk .. lokasi di perak batu gajah. Macam mana saya nak jual rumah itu sedangkan sudah 3 tahun saya tidak Bayar.. Boleh ke bantu saya selesaikan permasaalahan ini…

    Reply
  6. Saya ade rumah dan masih didalam loan bank. Rumah itu atas nama saya dan arwah ayah saya.. tp saya da ada surat kuasa ke atas bahagian arwah ayah saya tu. Persoalannya. Saya masih boleh jual rumah itu walau masih didalam loan bank. Loan bank atas nama saya sahaja.

    Reply