Cara Mengira Harga Rumah Yang Anda Mampu

Artikel ini menunjukkan bagaimana cara mengira harga rumah maksimum yang anda mampu berdasarkan pendapatan bulanan, jika anda memilih untuk membuat pinjaman bank.

  1. Tentukan berapa pendapatan bersih bulanan
  2. Tentukan nilai pendapatan bulanan yang anda boleh gunakan untuk servis ansuran bank
  3. Tentukan pendapatan bersih selepas komitmen
  4. Kira nilai rumah yang anda mampu dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel

Sebagai contoh, andaikan:

  • Pendapatan bulanan anda, RM5,000 sebulan
  • Elaun tetap, RM500
  • EPF, SOCSO, potongan cukai dan zakat, RM1,000
  • Komitmen sedia ada seperti ansuran kereta, kad kredit dan pembiayaan peribadi, RM1,000
  • Kaedah faedah semasa untuk pembiayaan rumah ialah 4.8% dan anda layak meminjam selama 30 tahun (360 bulan)

Tentukan pendapatan bersih bulanan

Pendapatan bersih dikira seperti berikut:

Pendapatan Bulanan + Elaun Tetap – EPF, SOCSO, Cukai dan Zakat

Berdasarkan contoh diatas, pendapatan bersih anda adalah RM4,500 (RM5,000 pendapatan bulan + RM500 elaun tetap – RM1,000 EPF, SOCSO, cukai dan zakat).

Tentukan nilai pendapatan bulanan yang anda boleh gunakan untuk servis ansuran bank

Bank mempunyai skala yang dipanggil ‘Debt Service Ratio (DSR)’ untuk menentukan berapakah had maksimum dari amaun pendapatan yang anda boleh gunakan untuk servis ansuran bank dan lain-lain komitmen.

DSR adalah berbeza untuk setiap bank di Malaysia dan juga berbeza mengikut amaun pendapatan bersih bulanan anda. Sebagai contoh, DSR CIMB Bank untuk pendapatan bersih dari RM3,000 – RM6,999 adalah 75%. Untuk kepastian, boleh rujuk kepada cawangan bank.

Ini bermakna, total komitmen bulanan berdasarkan contoh di atas tidak boleh melebihi RM3,375 (75% x 4,500).

Tolak komitmen bulanan dari RM3,375 (“Pendapatan Bersih Selepas Komitmen”)

Amaun baki dari pendapatan bulanan yang anda boleh gunakan untuk servis ansuran bulanan bank adalah sebanyak RM2,375 (RM3,375 – Komitmen sedia ada RM1,000).

Tentukan nilai rumah yang anda mampu dengan menggunakan aplikasi Microsoft Excel

Untuk menentukan nilai rumah yang anda mampu, gunakan formula berikut menggunakan Microsoft Excel:

=PV(Kadar Faedah/12 bulan, Tempoh pembiayaan yang anda layak (dalam bulan), –Pendapatan Bersih Selepas Komitmen)

Jadi,

=PV(4.8%/12,360,-2375)

Formula di atas bersamaan dengan RM452,669. Ini bermakna, anda layak untuk membuat pembiayaan bank sebanyak RM452,669 berdasarkan pendapatan semasa anda. Jika dicampur dengan deposit, nilai rumah yang anda mampu beli adalah sebanyak RM452,669 (100%/90% x 452,669).

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.