Tuan puan mungkin nak mohon pinjaman perumahan untuk beli rumah. Antara dokumen yang diperlukan tu adalah penyata KWSP. Tapi nak pergi ke KWSP semata-mata nak dapatkan sehelai kertas, mak oi. Banyaknya masa habis. Kali ni ambe akan share cara nak dapatkan penyata KWSP online.
Cara Semak Penyata KWSP Secara Online
1) Dapatkan ID dan Kata Laluan Sementara.
Tuan puan kena buat pendaftaran i-Akaun sebelum boleh menyemak secara online.
Pertama sekali, dapatkan ID pegguna dan kata laluan sementara dengan menghubungi KWSP di talian 03-89226000.
Sebagai alternatif, pendaftaran juga boleh dibuat di kiosk atau kaunter KWSP. Tapi defeat the point la kalau kena pergi ke premis. Haha.
2) Aktifkan i-Akaun
Setelah verifikasi dibuat, KWSP akan hantar butiran kepada tuan puan melalui SMS. Aktifkan i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara yang diterima, di laman web KWSP.
- Layari http://www.kwsp.gov.my dan pilih login ke i-Akaun
- Isi ID sementara dan tekan “Seterusnya”.
- Isi kata laluan sementara dan klik butang “Login”.
- Baca terma dan syarat sebelum teruskan. Tekan butang “Setuju” dan “Seterusnya”.
- Ubah ID sementara tuan puan kepada yang dikehendaki. Nak ubah ID hanya boleh buat sekali ni je semasa pengaktifan. Jadi pilih ID yang mudah diingati.
- Isi kata laluan baru.
- Pilih imej sekuriti. Imej ini digunakan untuk tujuan pengesahan sebagai langkah keselamatan.
- Masukkan Frasa Rahsia. Sila tulis dan simpan dengan baik frasa ni. Tekan butang “Seterusnya”.
- Tuan puan akan dibawa ke skrin yang mengatakan pengaktifan telah berjaya dibuat.
Kena ingat, pengaktifan ni mesti dibuat dalam tempoh 30 hari. Kalau pengaktifan tak buat dalam masa ni, kena hubungi balik KWSP untuk dapatkan semula ID dan kata laluan sementara.
3) Dapatkan Penyata KWSP
Setelah selesai, tuan puan boleh teruskan untuk mendapatkan penyata.
Login i-Akaun menggunakan ID pengguna dan kata laluan yang baru. Tekan atas “My Account” dan download penyata KWSP yang terkini.
Tuan puan boleh pilih untuk print penyata tersebut.
Kemudahan Lain
Ada banyak lagi kemudahan lain yang disediakan dalam i-Akaun tuan puan. Ini termasuklah kemudahan untuk:
- Buat permohonan pengeluaran
- Semak status permohonan pengeluaran
- Semak informasi berkaitan dengan nomination
- Buat anggaran yang boleh dikeluarkan dari akaun.
Penutup
Mudahkan? Jadi, bila tuan puan nak mohon untuk dapatkan pinjaman, tak perlulah ke kaunter lagi untuk semakan. Semoga artikel ini bermanfaat.
Assalamualaikum bole bantu saya cek kwsp saya
Mohon rujuk kat sini puan
https://bit.ly/2MZHoyJ
Mahu lihat penyata akaun
Salam. Mohon rujuk ke website ni tuan:
https://bit.ly/30WRVj5
saya belum memiliki rumah sendiri ..saya duduk di rumah parents …saya ingin membantu ibu membaiki rumah .. jika tidak rumah ibu akan runtuh ..rumah saya kini berada dia atas bukit …adakah dengan masalah saya ini ..kwsp akan pertimbang kan ?
Salam. Saya simpati dengan keadaan rumah ibu. Namun berdasarkan apa yang puan cerita, saya rasa tak boleh keluarkan KWSP untuk tujuan ni. Boleh rujuk jenis-jenis pengeluaran KWSP dekat alamat berikut:
https://bit.ly/2JZDZju
Assalamualaikum boleh saya melihat penyata kwsp saya
Kami mahu cek penyata kwsp
nak beli rumah secepat mungkin