pangsapuri danaumas seksyen 7 shah alam

Danaumas Apartment, Seksyen 7, Shah Alam

Apartment Danaumas merupakan pangsapuri kos sederhana yang terletak di Shah Alam, Selangor. Pangsapuri ini berstatus hakmilik pajakan.

Berlokasikan Seksyen 7, Shah Alam, pangsapuri ini berdekatan dengan projek Cahaya Alam, Pangsapuri Baiduri dan Kristal Heights.

Pangsapuri ini mempunyai empat blok lapan tingkat. Setiap tingkat menempatkan 12 unit. Dan setiap blok mempunyai 96 unit. Secara keseluruhan Pangsapuri Danaumas mempunyai 384 unit pangsapuri.

Kesemua unit mempunyai susun atur yang sama dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Keluasan dalaman untuk setiap unit ialah 815 kaki persegi.

Setiap blok di pangsapuri ini dilengkapi dengan empat lif perkhidmatan. Bilangan lif ini sangat mencukupi memandangkan ramai yang memilih untuk tinggal di pangsapuri ini.

Ada unit tertentu di pangsapuri ini mempunyai pemandangan yang cantik, berhadapan dengan tasik yang berhampiran.

apartment danaumas seksyen 7 shah alam
Kawasan Pangsapuri Danaumas ni memang cantik.

Dengan harga pasaran sekunder yang masih dalam kategori mampu milik, pangsapuri ini mempunyai kemudahan yang berbaloi dengan harga. Antaranya:

  • Kawalan keselamatan 24 jam
  • Taman permainan
  • Surau (luar pagar pangsapuri)
  • Tempat letak kereta

Danaumas Apartment mempunyai akses yang sangat baik. Penduduk sangat mudah untuk sampai ke kawasan utama berdekatan. Ini termasuklah:

  • Anggerik Mall
  • SACC Mall
  • Pusat Beli-belah Bukit Raja
  • Kompleks PKNS Shah Alam
  • I-City terletak
  • Restoran dan bank
  • Hospital Shah Alam
  • UNISEL
  • UiTM Shah Alam
  • SMK Seksyen 7
  • Sekolah Antarabangsa Tenby.

pangsapuri danaumas seksyen 7 shah alam

Pangsapuri Danaumas terletak di lokasi strategik dengan akses dan sambungan yang baik. Ia mudah dicapai melalui empat lebuh raya utama iaitu:

  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE)
  • Lebuhraya Persekutuan
  • Klang Coastal Highway
  • Lebuhraya Koridor Guthrie.

Ini membolehkan akses yang baik ke pelbagai tempat di Lembah Klang serta Selangor.

Butiran hartanah

  • Nama: Danaumas Apartment
  • Alamat: Jalan Platinum 7/58, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Jenis: Pangsapuri kos sederhana
  • Pegangan: Hakmilik pajakan
  • Bilangan blok: 4
  • Bilangan tingkat: 8
  • Bilangan unit: 384
  • Bilangan bilik tidur: 3
  • Bilangan bilik air: 2
  • Keluasan: 815 kaki persegi
  • Bayaran penyelenggaraan: RM125

Susun atur

  • 3 bilik tidur + 2 bilik mandi (815 kaki persegi)

Kemudahan

  • Tempat letak kenderaan
  • Sekuriti 24 jam
  • Taman permainan
  • Surau

Lokasi hartanah

Analisis

Danaumas Apartment mempunyai potensi pelaburan yang baik kerana kadar sewa yang tinggi berkadaran dengan harga pasaran sekunder.

Dengan sedikit hiasan perabot, tuan puan boleh menikmati pulangan pelaburan sehingga 6% – 8%. Ini kerana lokasi pangsapuri ini sangat strategik dengan akses yang baik.

Satu perkara yang mungkin pembeli perlu berhati-hati ialah tentang saliran air. Banyak unit di pangsapuri ini mempunyai masalah kebocoran.

danaumas apartment seksyen 7 shah alam
Susun atur dalaman unit di Pangsapuri Danaumas.

Oleh itu, pastikan tuan puan sudah mengambil kira kos baik pulih sebelum membuat belian jika unit yang ingin dibeli mengalami masalah ini.

Ingin beli atau jual hartanah di Danaumas Apartment?

Jika tuan puan perlukan bantuan untuk menjual atau membeli pangsapuri ini, bolehlah hubungi saya dengan mengisi borang di bawah. Saya merupakan ejen hartanah Danaumas Apartment yang kerap menjalankan transaksi jual beli di sini.

Jual Beli Hartanah
Sending

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.