logo arif hussin

Jual Rumah Dengan Perunding Hartanah Berdaftar

Nak jual rumah? Mencari perunding hartanah di Kuala Lumpur dan Selangor? Saya boleh bantu anda jual rumah cepat dan bebas masalah.

Hubungi Sekarang!

Isikan butiran dan saya akan hubungi anda

Saya Komited

Dengan Jualan Rumah Anda

Berdaftar

Saya merupakan perunding hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.

Berpengalaman

Berpengalaman selama 6 tahun dan telah menguruskan ratusan klien dalam urusan jual beli rumah. Top 5 ejen 2018.

F​​​​​​​​​okus

Ada ejen memasarkan ratusan rumah pada suatu masa. Saya hanya buat sekitar 30 dan beri lebih fokus kepada rumah anda.

"Salam. Saya Arif Hussin, perunding hartanah di Azami & Co. Menjual rumah ini tidak mudah dan perlukan kemahiran dan masa. Rumah yang dipasarkan pula bersaing dengan ratusan rumah lain. Masalah mungkin timbul dan mengecewakan. Biar saya uruskan untuk anda semua ini. Dan anda fokus masa anda untuk perkara yang lebih penting terutama keluarga dan kerjaya."

Arif Hussin

Perunding Hartanah

Strategi Dan Teknik

Untuk Pastikan Rumah Anda Terjual Dengan Cepat

Kajian Pesaing

Kajian pesaing akan dibuat sebelum pemasaran. Dari kajian ini data akan diperoleh untuk memposisikan rumah anda dalam pasaran. Ini adalah langkah paling penting dan faktor utama yang menentukan rumah anda boleh terjual dengan cepat.

Fotografi Hartanah

Foto rumah anda akan diambil menggunakan DSLR dan disunting teliti menggunakan teknik khas. Hasilnya adalah foto yang cantik dan menyerlahkan nilai rumah. Bila diiklan rumah anda akan menjadi tarikan kepada pembeli.

Iklan Berkesan

Rumah anda akan diiklan di portal popular. Iklan ini dikawal oleh perisian yang saya reka khas melalui pengaturcaraan. Perisian ini mempunyai algoritma bagi memastikan iklan rumah anda berada pada kedudukan yang dapat dilihat oleh pembeli.

Jaringan Kerjaya

Saya mempunyai jaringan peguam dan kenalan jurubank yang boleh melicinkan proses jualan anda. Iklan rumah anda juga akan dihebahkan kepada 200 perunding hartanah di agensi saya. Mereka mungkin sudah ada pembeli yang tersedia!

"Saya adalah graduan Association of Chartered Certified Accountants UK. Pernah berkhidmat dengan Deloitte dan Petronas. Saya kini perunding hartanah sepenuh masa dan pengurus agensi di Azami & Co. Dari segi pencapaian, saya merupakan antara 5 perunding hartanah terbaik pada tahun 2018 di agensi saya.

Arif Hussin

Perunding Hartanah

Copyright © 2018 · Arif Hussin
REN03847 · Azami & Co