Jual Rumah Dengan Perunding Hartanah Berdaftar
Mencari ejen hartanah untuk jual rumah? Saya bantu anda jual rumah cepat dan bebas masalah. Lembah Klang sahaja.

Hubungi Sekarang!
Isi borang di bawah. Saya akan hubungi segera.
Jual Rumah Tidak Mudah
Dalam pasaran sekarang, ribuan rumah tak terjual dengan nilai berbillion ringgit. Rumah anda bakal bersaing dalam kolam ini. Boleh ke laku? Realitinya, jual rumah tidak semudah dulu kerana persaingan. Anda juga perlu ada kemahiran dan masa untuk menang dalam pasaran. Masalah mungkin timbul yang akan gagalkan jualan. Apa kata saya bantu anda?
Bagaimana Saya Boleh Bantu
Supaya rumah anda terjual cepat tanpa masalah.

Khidmat Nasihat Menetapkan Harga Hartanah
Proses nak tetapkan harga rumah adalah mencabar. Saya akan jalankan kajian pasaran untuk bantu anda tetapkan harga rumah yang optimum dan boleh terjual cepat.

Bantu Anda Untuk Buat Perancangan Jualan
Saya akan pastikan anda jelas tentang jangkamasa jualan, kos yang terlibat dan berapa anggaran hasil yang anda akan peroleh. Ini penting supaya anda dapat buat keputusan yang tepat dan penuhi impian anda selepas jualan.

Pemasaran Yang Berkesan Dan Konsisten
Saya juga akan pastikan rumah anda terima pendedahan yang cukup dan konsisten kepada prospek membeli melalui portal iklan, media sosial dan juga lebih 200 jaringan perunding hartanah berpengalaman yang mungkin sudah ada pembeli. Iklan ini juga akan sentiasa dipantau.

Memastikan Proses Lancar
Setiap prospek adalah unik dan ada keperluan tersendiri. Saya akan saring pembeli yang layak. Anda dan pembeli juga akan dihubungkan dengan jaringan peguam dan jurubank yang berpengalaman untuk pastikan proses jual beli berjaya.
Komited Dengan Jualan Rumah Anda
Saya dengan rendah diri tawarkan khidmat saya.

Berdaftar
Merupakan perunding hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.

Berpengalaman
Berpengalaman lebih 10 tahun dan telah menguruskan ratusan kes jual beli yang mencabar.

Fokus
Hanya buat sekitar 30 rumah pada sesuatu masa dan beri lebih fokus kepada rumah anda.
Pemasaran Video
Pemasaran video akan dijalankan untuk rumah yang berada dalam keadaan baik terutama dari jenis banglo, berkembar dan teres. Rumah akan dapat lebih pendedahan kepada bakal pembeli.
Portfolio
Sebilangan dari ratusan hartanah yang telah saya bantu pemilik jualkan.










Hubungi Saya Sekarang
Setelah anda tekan butang di bawah dan isi borang, saya akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat rumah. Saya kemudian akan terus jalankan kajian pasaran untuk mulakan jualan.
Soalan Lazim
Tidak ada. Bayaran fi agensi hanya ada jika jualan berjaya dan amaun tersebut daripada hasil jualan rumah.
Setelah anda hubungi saya, saya akan lakukan kajian pasaran. Kemudian saya akan buat lawatan ke rumah sebelum mulakan proses pemasaran. Penglibatan pemilik dalam proses jualan sangat mudah dan minimum. Hanya perlu turunkan tandatangan borang setuju jual dan perjanjian jual beli, setelah ada pembeli yang berminat.
Ya. Saya perunding hartanah berdaftar REN03847, di bawah Landsworth Properties Sdn Bhd. Kesemua proses yang saya jalankan adalah mengikut lunas undang-undang dan ketetapan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.
Boleh. Fi agensi akan ada diskaun untuk kes sebegini.
Saya boleh dihubungi melalui talian 013-9398811. Tetapi saya galakkan anda isi borang di atas supaya saya tidak terlepas pandang. Maklumat yang diisi melalui borang akan terus masuk ke sistem saya. Ini memudahkan saya untuk berikan respon dengan lebih baik.
Hubungi Saya Sekarang
Setelah anda tekan butang di bawah dan isi borang, saya akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat rumah. Saya kemudian akan terus jalankan kajian pasaran untuk mulakan jualan.
Arif Hussin merupakan perunding hartanah sepenuh masa sejak 2012, dan pengurus agensi di Landsworth Properties. Telah membantu ratusan pemilik rumah dalam jualan rumah. Merupakan graduan Association of Chartered Certified Accountants UK. Pernah berkhidmat dengan Deloitte dan Petronas.

Arif Hussin
Perunding Hartanah
Copyright © 2022 · Arif Hussin
REN03847 · Landsworth Properties