Ejen Hartanah Selangor Dan Kuala Lumpur
Mencari ejen hartanah berdaftar untuk jual rumah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur? Dengan 12 tahun pengalaman dan ratusan rumah terjual, mari saya bantu anda.
Hubungi Sekarang!
Isi borang di bawah. Saya akan hubungi segera.
Jual Rumah Tidak Mudah
Dalam pasaran sekarang, ribuan rumah tak berjaya dijual dengan nilai berbillion ringgit. Rumah anda bakal bersaing dalam kolam ini. Boleh ke laku? Realitinya, jual rumah tidak semudah dulu kerana persaingan. Anda juga perlu ada kemahiran dan masa untuk menang dalam pasaran. Masalah mungkin timbul yang akan gagalkan jualan. Apa kata saya bantu anda?
Bagaimana Saya Boleh Bantu
Supaya rumah anda laku cepat tanpa masalah.
Semakan Harga Pasaran Dan Menetapkan Harga Hartanah
Proses nak tetapkan harga rumah adalah mencabar. Saya akan jalankan kajian pasaran untuk bantu anda tetapkan harga rumah yang optimum dan boleh terjual cepat.
Bantu Anda Untuk Buat Perancangan Jualan
Saya akan pastikan anda jelas tentang jangkamasa jualan, kos yang terlibat dan berapa anggaran hasil yang anda akan peroleh. Ini penting supaya anda dapat buat keputusan yang tepat dan penuhi impian anda selepas jualan.
Pemasaran Yang Berkesan Dan Konsisten
Saya juga akan pastikan iklan hartanah anda terima pendedahan yang cukup dan konsisten kepada prospek membeli melalui portal iklan, media sosial dan juga lebih 200 jaringan ejen hartanah yang mungkin sudah ada pembeli. Iklan ini juga akan sentiasa dipantau.
Memastikan Proses Lancar
Setiap prospek adalah unik dan ada keperluan tersendiri. Saya akan saring mereka yang layak. Anda juga akan dihubungkan dengan jaringan peguam dan jurubank yang berpengalaman untuk pastikan proses jualan berjaya.
Komited Dengan Jualan Rumah Anda
Saya dengan rendah diri tawarkan servis saya.
Berdaftar
Merupakan perunding hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.
Berpengalaman
Berpengalaman lebih 12 tahun dan telah menguruskan ratusan kes jual beli yang mencabar.
Fokus
Hanya buat sekitar 30 rumah pada sesuatu masa dan beri lebih fokus kepada rumah anda.
Pemasaran Video
Pemasaran video akan dijalankan untuk rumah yang berada dalam keadaan baik terutama dari jenis banglo, berkembar dan teres. Rumah akan dapat lebih pendedahan kepada bakal pembeli.
Portfolio
Sebilangan dari senarai hartanah yang telah saya jual.
Mencari Khidmat Ejen Hartanah Selangor & Kuala Lumpur? Mari Saya Bantu Anda!
Setelah anda tekan butang di bawah dan isi borang, saya akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat rumah. Saya kemudian akan semak harga semasa rumah anda dan buat kajian pasaran untuk mulakan jualan.
Soalan Lazim
Tidak ada. Bayaran fi agensi hanya ada jika jualan berjaya dan amaun tersebut daripada hasil jualan rumah.
Setelah anda hubungi saya, saya akan lakukan kajian pasaran. Kemudian saya akan buat lawatan ke rumah sebelum mulakan proses pengiklanan. Penglibatan anda dalam proses jualan sangat mudah dan minimum. Hanya perlu turunkan tandatangan borang setuju jual dan perjanjian jual beli, setelah ada pembeli yang berminat.
Ya. Saya berdaftar dengan nombor REN03847, dan bernaung di bawah Landsworth Properties Sdn Bhd. Kesemua proses yang saya jalankan adalah mengikut lunas undang-undang dan ketetapan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH).
LPPEH atau nama lainnya Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Properties Managers, adalah badan yang memantau aktiviti hartanah di Malaysia di bawah Kementerian Kewangan.
Boleh. Fi agensi akan ada diskaun untuk kes sebegini.
Ya. Saya juga buat sewa hartanah.
Khidmat saya meliputi hartanah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ini termasuklah:
Selangor
- Shah Alam
- Kota Kemuning
- Petaling Jaya / Kelana Jaya
- Subang Jaya / USJ / Sunway
- Sungai Buloh
- Puchong
- Seri Kembangan
- Puncak Alam
- Saujana Utama
- Puncak Alam
- Rawang
- Tasik Puteri
- Gombak
- Klang
- Bangi
- Kajang
- Semenyih
- Putrajaya
- Cyberjaya
- Sepang
- Banting
Kuala Lumpur
- Ampang
- Cheras
- Taman Melawati
- Wangsa Maju
- Ukay Perdana
- Keramat
- Sentul
Saya bantu pemilik yang perlukan bantuan jual beli untuk hartanah jenis kediaman bertanah (teres, semi-d, banglo), tanah dan bangunan komersil. Untuk flat, pangsapuri dan condominium, saya hanya buat sewa sahaja.
Saya boleh dihubungi melalui talian 013-9398811. Tetapi saya galakkan anda isi borang di atas supaya saya tidak terlepas pandang. Maklumat yang diisi melalui borang akan terus masuk ke sistem saya. Ini memudahkan saya untuk berikan respon dengan lebih baik.
Hubungi Saya Sekarang
Setelah anda tekan butang di bawah dan isi borang, saya akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat rumah. Saya kemudian akan semak harga semasa rumah anda dan buat kajian pasaran untuk mulakan jualan.
Arif Hussin merupakan perunding hartanah sepenuh masa sejak 2012, dan pengurus agensi di Landsworth Properties. Telah membantu ramai pemilik rumah dalam jualan rumah. Merupakan graduan Association of Chartered Certified Accountants UK. Pernah berkhidmat dengan Deloitte dan Petronas.
Arif Hussin
Perunding Hartanah
Copyright © 2024 · Arif Hussin
REN03847 · Landsworth Properties