Ejen Sewa Hartanah Kuala Lumpur & Selangor
Anda nak sewakan rumah tapi tak sempat nak uruskan? Dengan 12 tahun pengalaman dan ratusan hartanah berjaya disewakan, mari saya bantu anda.
Hubungi Sekarang!
Isi borang di bawah. Saya akan hubungi segera.
Jimatkan Masa Anda Untuk Perkara Lebih Penting
Proses sewa rumah tidaklah terlalu rumit, tetapi boleh jadi beban jika anda sibuk dengan kerja hakiki. Ini kerana urusan pemasaran, nak tapis prospek penyewa, dan dokumentasi sangat memakan masa. Sedangkan masa itulah yang tinggal untuk anda berehat dan juga bersama keluarga. Apa kata anda serahkan kepada saya untuk bantu anda mudahkan semuanya.
Bagaimana Saya Boleh Bantu
Supaya rumah anda cepat dapat penyewa tanpa masalah.
Kajian Pasaran Dan Posisikan Hartanah Anda Dengan Betul
Saya akan jalankan kajian pasaran untuk bantu anda tetapkan sewa bulanan yang optimum dan boleh dapat penyewa dengan cepat.
Pemasaran Yang Berkesan Dan Konsisten
Hartanah anda dipasarkan secara konsisten melalui portal iklan, media sosial, dan rangkaian lebih 200 ejen hartanah. Iklan juga dipantau secara berterusan.
Memastikan Anda Dapat Penyewa Yang Layak
Profil bakal penyewa akan disemak terlebih dahulu untuk memastikan anda dapat penyewa yang berkualiti serta boleh menjaga rumah dengan baik.
Memastikan Proses Sewaan Lancar
Terma perjanjian sewa akan diteliti untuk menjaga kepentingan anda. Penyewa juga akan diingatkan setiap bulan melalui e-mel tentang pembayaran sewa.
Komited Dengan Sewaan Rumah Anda
Saya dengan rendah diri tawarkan servis saya.
Berdaftar
Merupakan perunding hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.
Berpengalaman
Berpengalaman lebih 12 tahun dan telah menguruskan ratusan kes jual beli dan sewaan yang mencabar.
Fokus
Hanya buat sekitar 40 rumah pada sesuatu masa dan beri lebih fokus kepada rumah anda.
Portfolio
Sebilangan dari senarai hartanah yang telah saya sewakan.
Mencari Khidmat Ejen Untuk Sewakan Rumah? Mari Saya Bantu Anda!
Setelah anda tekan butang di bawah dan isi borang, saya akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat rumah. Saya kemudian akan buat kajian pasaran sebelum memulakan proses pemasaran.
Soalan Lazim
Tidak ada. Bayaran fi agensi hanya ada jika sewaan berjaya.
Setelah anda hubungi saya, saya akan lakukan kajian pasaran. Kemudian saya akan buat lawatan ke rumah sebelum mulakan proses pengiklanan. Penglibatan anda dalam proses sewaan sangat mudah dan minimum. Hanya perlu turunkan tandatangan borang setuju sewa dan perjanjian sewaan, setelah ada prospek yang berminat.
Ya. Saya berdaftar dengan nombor REN03847, dan bernaung di bawah Landsworth Properties Sdn Bhd. Kesemua proses yang saya jalankan adalah mengikut lunas undang-undang dan ketetapan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH).
LPPEH atau nama lainnya Board of Valuers, Appraisers, Estate Agents and Properties Managers, adalah badan yang memantau aktiviti hartanah di Malaysia di bawah Kementerian Kewangan.
Khidmat saya meliputi hartanah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Ini termasuklah:
Selangor
- Shah Alam
- Kota Kemuning
- Petaling Jaya / Kelana Jaya
- Subang Jaya / USJ / Sunway
- Sungai Buloh
- Puchong
- Seri Kembangan
- Puncak Alam
- Saujana Utama
- Puncak Alam
- Rawang
- Tasik Puteri
- Gombak
- Klang
- Bangi
- Kajang
- Semenyih
- Putrajaya
- Cyberjaya
- Sepang
- Banting
Kuala Lumpur
- Ampang
- Cheras
- Taman Melawati
- Wangsa Maju
- Ukay Perdana
- Keramat
- Sentul
Saya boleh dihubungi melalui talian 013-9398811. Tetapi saya galakkan anda isi borang di atas supaya saya tidak terlepas pandang. Maklumat yang diisi melalui borang akan terus masuk ke sistem saya. Ini memudahkan saya untuk berikan respon dengan lebih baik.
Hubungi Saya Sekarang
Setelah anda tekan butang di bawah dan isi borang, saya akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat rumah. Saya kemudian akan buat kajian pasaran sebelum memulakan proses pemasaran.
Arif Hussin merupakan perunding hartanah sepenuh masa sejak 2012, dan pengurus agensi di Landsworth Properties. Telah membantu ramai pemilik rumah dalam jualan dan sewaan rumah. Merupakan graduan Association of Chartered Certified Accountants UK. Pernah berkhidmat dengan Deloitte dan Petronas.
Arif Hussin
Perunding Hartanah
Copyright © 2025 · Arif Hussin
REN03847 · Landsworth Properties