Ilham Apartment TTDI Jaya Shah Alam

Ilham Apartment, TTDI Jaya, Shah Alam

Ilham Apartment adalah satu pangsapuri yang terletak di dalam lingkungan kemudahan bandar. Dibina oleh pemaju MK Land dan terletak di TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam, Selangor.

Apartment ini berstatus hak milik kekal dan mempunyai binaan 18 tingkat. Kawasan pangsapuri ini berpagar dengan kawalan keselamatan 24 jam yang dapat memastikan keselamatan penduduk.

Pangsapuri 3 blok ini mempunyai luas kediaman 785 kaki persegi dengan susun atur binaan yang tampak luas. Setiap unit lengkap dengan ciri-ciri asas dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi, lengkap dengan dapur dan ruang tamu.

Pemaju memahami keperluan dan kepentingan penduduk kehidupan bandar untuk mendapatkan gaya hidup sihat. Ilham Apartment dilengkapi dengan kemudahan gelanggang tenis pelbagai guna yang boleh digunakan penduduk untuk bersukan.

Selain itu, terdapat juga gelanggang bola keranjang yang boleh digunakan penduduk untuk aktiviti rekreasi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Setiap unit mempunyai satu ruang parkir kereta. Ini memudahkan penduduk untuk meletakkan kereta tanpa perlu bersaing dengan pemegang unit lain.

Dari segi kemudahan, pasar raya besar seperti Giant, Tesco Extra, dan Jusco Bukit Raja terletak dalam lingkungan jangkauan.

Selain itu, terdapat banyak institusi pendidikan tinggi yang berdekatan dengan Pangsapuri Ilham. Antaranya:

  • Universiti Pengurusan dan Sains (MSU)
  • PTPTL
  • Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Selangor (UNISEL)
  • Politeknik Shah Alam.

Sekolah rendah dan menengah juga boleh didapati berhampiran dengan kawasan ini.

Pada hujung minggu, tuan puan hanya perlu memandu beberapa minit untuk sampai ke pusat membeli belah. Pusat membeli belah seperti Sunway Pyramid, SACC mall dan Subang Parade adalah sangat berdekatan.

Ilham Apartment juga terletak berdekatan bank, 7-Eleven kedai serbaneka, pasar mini, stesen minyak, kedai makan, restoran dan masjid.

pangsapuri ilham ttdi jaya shah alam
Reka bentuk dalaman Pangsapuri Ilham TTDI Jaya.

Kawasan pangsapuri ini juga bersebelahan dengan kawasan perindustrian dan menjadi tumpuan perkerja di kawasan tersebut dan bandar Shah Alam umumnya. Taman rekreasi juga boleh didapati di sekitar Shah Alam seperti Taman Wet World Air, i-City dan Stadium Shah Alam.

Secara kesimpulan, tinggal di pangsapuri ini sangat memudahkan kerana banyak fasiliti berhampiran.

Butiran hartanah

  • Nama: Ilham Apartment
  • Alamat: Jalan Sastera U2 / 1, TTDI Jaya, 40150 Shah Alam, Selangor
  • Pemaju: MK Land
  • Jenis: Pangsapuri kos sederhana
  • Bilangan blok: 3
  • Bilangan Tingkat: 18
  • Bilangan Bilik tidur: 3
  • Bilangan Bilik air: 2
  • Keluasan: 785 kaki persegi
  • Bayaran maintenance: RM0.15 setiap kaki persegi

Kemudahan

  • Tempat letak kereta
  • Sekuriti 24 jam
  • Gelanggang sukan pelbagai guna
  • Gelanggang bola keranjang

Lokasi Hartanah

Analisis

Ilham Apartment terletak di hadapan Persiaran Astaka dan mudah diakses melalui Lebuhraya Guthrie Corridor. Tuan puan akan meyusuri Jalan Monfort sebelum sampai ke pangsapuri ini.

Penduduk apartment juga boleh sampai ke Bukit Jelutong hanya beberapa minit memandu kerana jaraknya hanya beberapa kilometer.

Selain daripada itu, Pangsapuri Ilham boleh dicapai melalui Lebuhraya Utara Lembah Klang. Lebuhraya NKVE bersambung dengan Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Lingkaran Tengah (ELITE) Highway.

Pada waktu sibuk, jalan utama seperti Guthrie Highway agak sesak kerana kawasan ini berkepadatan tinggi. Luar waktu ini tuan puan boleh menikmati perjalanan yang lancar.

Ingin beli atau jual hartanah di Ilham Apartment?

Jika tuan puan perlukan bantuan untuk menjual atau membeli pangsapuri ini, bolehlah hubungi saya dengan mengisi borang di bawah. Saya merupakan ejen hartanah Ilham Apartment yang kerap menjalankan transaksi jual beli di sini.

Jual Beli Hartanah
Sending

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.