Inflasi Dan Hartanah

Apa Itu Inflasi

Konsep inflasi perlu difahami kerana ianya mempunyai implikasi ke atas kewangan. Inflasi boleh ditakrifkan sebagai kenaikan am harga barangan dan juga servis.

Sebagai contoh, 10 tahun dahulu anda mungkin boleh membeli secawan minuman dengan RM1 sahaja. Tetapi pada hari ini, minuman yang sama mungkin harganya sudah melebihi RM2.

Inflasi akan menghakis nilai wang. Tetapi dengan perancangan kewangan yang bijak, dapat memastikan anda terlindung daripada risiko ekonomi ini.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dalam tutorial kali ini, saya ingin berkongsi tentang inflasi dan bagaimana melabur dalam hartanah boleh melindung kekayaan anda.

Kesan Inflasi

Setiap tahun kadar inflasi amnya akan meningkat beberapa peratus. Secara kasarnya inflasi berada pada kadar 1% hingga 3% setahun.

Ini bermakna RM1000 yang anda ada pada hari ini boleh membeli lebih banyak barangan berbanding dengan 10 tahun akan datang. Dengan kata lain, nilai ringgit anda akan berkurang pada setiap tahun.

Inflasi Terkawal

Inflasi yang terkawal bukanlah suatu fenomena yang buruk. Ia selalunya bermakna, rakyat sesebuah negara mempunyai lebihan hasil dan ada permintaan untuk barangan dan servis.

Hyperinflasi

Situasi dimana kadar inflasi meningkat dengan tidak terkawal dipanggil hyperinflasi. Ini adalah situasi ekonomi yang tidak sihat. Dalam situasi ini penghakisan nilai wang berlaku dengan sangat cepat.

Negara Zimbabwe pernah mengalami situasi ini. Saya pernah diberitahu, pada suatu ketika dahulu, jika anda makan di restoran di Zimbabwe, harga semasa membuat bayaran boleh meningkat dua kali ganda berbanding dengan harga menu makanan tersebut.

Deflasi

Deflasi atau inflasi negatif juga adalah situasi ekonomi yang tidak sihat.

Situasi deflasi bermaksud, harga suatu barangan atau servis semakin menurun berkadaran dengan masa. Ini bermakna semakin banyak anda menyimpan, semakin tinggi nilai wang anda.

Situasi ini tidak menggalakkan rakyat melabur atau berbelanja, yang seterusnya menguncupkan ekonomi.

Bagaimana Melindung Kekayaan Daripada Inflasi

Untuk melawan inflasi, wang yang anda ada, perlu dilaburkan untuk mendapatkan pulangan sekurang-kurangya sama dengan kadar inflasi. Ini bagi memastikan wang tersebut boleh mengekalkan nilainya.

Lihat sahaja contoh ini. Jika anda tidak melabur dan kadar inflasi ialah 3% setahun, nilai RM10,000 yang anda mungkin ada pada hari ini menguncup sehingga RM5,500 pada 20 tahun akan datang dan RM3,000 pada 30 tahun akan datang.

Amaun yang terhakis merupakan suatu jumlah yang sangat besar.

Melabur Dalam Hartanah Sebagai Method Melawan Inflasi

Tetapi sudah pasti dalam perancangan kewangan yang baik, anda inginkan pelaburan yang pulangannya lebih daripada nilai inflasi. Untuk mencapai objektif ini anda boleh melabur dalam hartanah.

Pelaburan hartanah adalah metod yang baik untuk melindungi aset anda daripada inflasi. Jika inflasi meningkat sebanyak 3 peratus setahun, nilai rumah akan turut meningkat.

Jika anda menyewakan rumah tersebut, anda juga boleh memilih untuk menaikkan sewa rumah anda untuk menampung kadar inflasi.

Selain itu, jika rumah anda dibiayai dengan pinjaman, nilai pinjaman tersebut akan berkurang semakin tinggi kadar inflasi.

Adakah Hartanah Pelaburan Yang Baik Untuk Tahun Selepas 2014

Berdasarkan data historikal, harga hartanah di Lembah Klang secara kasarnya meningkat sebanyak 18% setahun.

Walaupun dikatakan period selepas tahun 2014, pasaran hartanah akan mengalami kelembapan, saya pasti jika anda menganalisis dan membeli dengan betul, insyaAllah hartanah masih boleh memberi pulangan yang baik.

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.