Cara Jual Rumah Loan Kerajaan. Mudah Je Rupanya.

Anda ada rumah yang anda beli guna pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Sekarang anda tengah fikir nak jual rumah. Boleh ke jual? Macam mana cara jual rumah loan kerajaan ni? Siapa yang akan selesaikan hutang anda? Jom ikuti.

Boleh Ke Jual Rumah Yang Masih Ada Loan Kerajaan?

Jawapan ringkasnya:

Ya, anda boleh jual rumah yang masih ada hutang pinjaman kerajaan. Pembeli yang akan selesaikan pinjaman anda dan bayar keuntungan.

Nampak macam senangkan. Tapi macam mana caranya?

Proses Jual Rumah Loan Kerajaan

Prosedur jual rumah loan kerajaan ni adalah seperti berikut:

cara jual rumah loan hutang pinjaman kerajaan lppsa

1) Tandatangan perjanjian jual beli

Bila pembeli dah dapat pinjaman, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli yang peguam sediakan.

Mereka juga akan bantu penjual untuk buat pindah milik kepada pembeli.

2) Peguam minta bank pembeli untuk jelaskan hutang LPPSA

Peguam akan mohon supaya bank pembeli bayar baki hutang pinjaman kerajaan anda.

Bayaran baki hutang penjual ini kita panggil sebagai bayaran pertama atau ‘first disbursement’.

Bayaran pertama ni penting sebab nak keluarkan geran asal rumah penjual dari LPPSA.

Bila dah dijelaskan, peguam akan terima geran asal tersebut.

Keseluruhan proses ini kita panggil sebagai pelepasan gadaian atau ‘discharge of charge’.

3) Peguam buat pindah milik dan cagarkan geran ke bank pembeli

Peguam kemudian buat pindah milik geran tu kepada nama pembeli.

Bila nama dah didaftarkan, geran tu dicagarkan pula kepada bank pembeli.

Kenapa kena cagar?

Mestilah bank nak geran tu sebagai jaminan yang pembeli akan bayar hutang. Kalau tak mereka akan lelong rumah tu.

4) Bank bayar keuntungan

Peguam juga akan mohon untuk bank pembeli bayar baki keuntungan anda. Bank pembeli akan bayar amaun tu kepada peguam.

Peguam akan tolak kos-kos yang terlibat (jika ada) dan kemudian buat bayaran kepada penjual.

Berapa Lama Proses Jual Rumah Pinjaman Kerajaan Ni

Proses jual rumah pinjaman kerajaan ni lebih lama dari biasa. Saya boleh kata mungkin perlukan tambahan masa dua ke tiga bulan dari loan bank.

Anda boleh rujuk artikel saya tentang Berapa Lama Proses Dan Tempoh Dapat Duit Jual Rumah.

Dalam artikel tu saya ada berikan anggaran masa untuk selesaikan proses jualan rumah.

Dari jangkamasa yang saya berikan, tambahkan lagi tiga bulan untuk loan LPPSA.

Penutup

Macam tu lah cara jual rumah loan kerajaan ni. Anda tak perlu risau sebenarnya, sebab proses tu peguam akan buat.

Ringkasnya saya simpulkan prosesnya macam ni:

  • Tandatangan perjanjian jual beli
  • Peguam minta bank pembeli bayar baki loan LPPSA anda
  • Peguam buat pindahmilik dan cagarkan geran kepada bank pembeli
  • Bank pembeli bayar keuntungan anda melalui peguam

Sekian sahaja dari saya. Semoga artikel ini bermanfaat. Berikut artikel lain yang boleh membantu anda:

Leave a Comment

87 thoughts on “Cara Jual Rumah Loan Kerajaan. Mudah Je Rupanya.”

  1. Salam…saya ingin jual rumah dari loan lppsa..saya juga sudah membayar selama hampir 13 tahun..bagaimana caranya..dgn harga rumah belian asal 80 k..

    Reply
    • Salam tuan. Proses jualan rumah dengan loan LPPSA, sama sahaja dengan proses jualan biasa. Setelah ada pembeli nanti, bank mereka akan selesaikan hutang encik dengan LPPSA. Kemudian bank pembeli bayar encik untuk hasil jualan.

  2. Saya baru 4 tahun membeli rumah guna lppsa..rumah saya leasehold..boleh ke saya nak jual rumah tu skrg..ada kena penalti ke?

    Reply
    • Salam puan. Jual tu boleh, cuma mungkin akan ada cukai keuntungan harta tanah. Alternatifnya, puan boleh guna pengecualian sekali seumur hidup, untuk kecualikan cukai keuntungan tu.

    • Salam. Pemilik tentukan berapa harga nak jual. Tapi seeloknya ikut harga pasaran semasa. Cara nak semak nilaian tu boleh tanya penilai bank.

  3. Saya ada membeli rumah menggunakan pinjaman LPPSA..baru 2tahun..dan masih dalam tempoh pinjaman.. saya berhasrat untuk refinance menggunakan pinjaman bank. Adakah tindakan saya tepat?
    Mohon nasihat dan pandangan tuan.

    Reply
    • Tepat atau tidak keputusan untuk refinance rumah dari LPPSA ni bergantung kepada individu. Bila puan refinance, kadar keuntungan tu tak lagi tetap, sebab rate bank ni akan sentiasa berubah. Dalam pasaran sekarang, rate bank sama atau lebih tinggi sikit berbanding LPPSA. Penjimatan bayaran bulanan yang puan dapat nanti, mungkin tak ada pun. Tambah pula rumah tu baru beli, saya jangka harga pasarannya masih berlegar sekitar harga belian dan tak banyak cash yang puan boleh keluarkan. Apa pun pertimbanglah poin yang saya sebut ni. Saya tak ada maklumat lengkap tentang rumah dan kedudukan kewangan untuk bagi pendapat lebih baik.

  4. Assalamualaikum, saya baru 3 bulan bayar loan rumah melalui LPPSA, sekarang sy ubah fikiran untuk jual semula rumah tersebut..boleh atau tidak?

    Reply
  5. SALAM TUAN, SY INGIN MENJUAL RUMAH YG MASIH BERBAKI LOAN KERAJAAN KEPADA AGEN HARTANAH. PIHAK AGEN MEMERLUKAN DOKUMEN GEAN UNIT TSB TETAPI SY TIDAK MENYIMPAN NYA DAN TIDAK PASTI ADAKAH GERAN TSB TELAH DITUKAR KEATAS NAMA SY ATAUPUN TIDAK. JADI DIMANA SY BOLEH MEMBUAT RUJUKAN DAN PERTANYAAN..ADAKAH MELALUI LPPSA ATAU PIHAK PEMAJU. UTK MAKLUMAT TUAN, SY TIDAK MENGHUBUNGI PIHAK PEMAJU TETAPI GAGAL DISEBABKAN NO TALIAN TIDAK DAPAT DIHUBUNGI. TERIMA KASIH TUAN

    Reply
    • Salam tuan,

      Encik boleh dapatkan maklumat geran tu melalui cara berikut
      1. Dapatkan cukai tanah. Buat carian rasmi di pejabat tanah. Carian tu dah cukup untuk pembeli mohon pinjaman.

      2. Hubungi peguam semasa encik beli rumah dan dapatkan salinan.

      3. Hubungi pemaju.

      4. Hubungi LPPSA.

      5. Dekat S&P tu biasanya ada sebut nombor lot rumah, daerah dan mukim. Boleh buat carian guna maklumat tu juga.

    • Keuntungan Jual rumah ni Sama banyak dengan apa Yang Di bayar sebelum ni ke…contoh dah bayar rm1700x48….dapat banyak Tu ke keuntungan atau lebih?Mohon penjelasan

    • Keuntungan jual rumah kena kira macam ni tuan:

      Harga jual – baki pinjaman – kos jualan rumah (lawyer, ejen dll.)

      Cara kiraan encik tu tak tepat kerana tak ambil kira harga jualan semasa. Dan berapa kita bayar installment tu tidaklah semuanya mengurangkan baki pinjaman. Sebahagian besar dari installment yang kita bayar, adalah untuk tujuan bayaran faedah / keuntungan bank.