Anda ada rumah yang anda beli guna pinjaman LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam). Sekarang anda tengah fikir nak jual rumah. Boleh ke jual? Macam mana cara jual rumah loan kerajaan ni? Siapa yang akan selesaikan hutang anda? Jom ikuti.
Boleh Ke Jual Rumah Yang Masih Ada Loan Kerajaan?
Jawapan ringkasnya:
Nampak macam senangkan. Tapi macam mana caranya?
Proses Jual Rumah Loan Kerajaan
Prosedur jual rumah loan kerajaan ni adalah seperti berikut:

1) Tandatangan perjanjian jual beli
Bila pembeli dah dapat pinjaman, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli yang peguam sediakan.
Mereka juga akan bantu penjual untuk buat pindah milik kepada pembeli.
2) Peguam minta bank pembeli untuk jelaskan hutang LPPSA
Peguam akan mohon supaya bank pembeli bayar baki hutang pinjaman kerajaan anda.
Bayaran baki hutang penjual ini kita panggil sebagai bayaran pertama atau ‘first disbursement’.
Bayaran pertama ni penting sebab nak keluarkan geran asal rumah penjual dari LPPSA.
Bila dah dijelaskan, peguam akan terima geran asal tersebut.
Keseluruhan proses ini kita panggil sebagai pelepasan gadaian atau ‘discharge of charge’.
3) Peguam buat pindah milik dan cagarkan geran ke bank pembeli
Peguam kemudian buat pindah milik geran tu kepada nama pembeli.
Bila nama dah didaftarkan, geran tu dicagarkan pula kepada bank pembeli.
Kenapa kena cagar?
Mestilah bank nak geran tu sebagai jaminan yang pembeli akan bayar hutang. Kalau tak mereka akan lelong rumah tu.
4) Bank bayar keuntungan
Peguam juga akan mohon untuk bank pembeli bayar baki keuntungan anda. Bank pembeli akan bayar amaun tu kepada peguam.
Peguam akan tolak kos-kos yang terlibat (jika ada) dan kemudian buat bayaran kepada penjual.
Berapa Lama Proses Jual Rumah Pinjaman Kerajaan Ni
Proses jual rumah pinjaman kerajaan ni lebih lama dari biasa. Saya boleh kata mungkin perlukan tambahan masa tiga bulan dari loan bank.
Anda boleh rujuk artikel saya tentang Berapa Lama Proses Dan Tempoh Dapat Duit Jual Rumah.
Dalam artikel tu saya ada berikan anggaran masa untuk selesaikan proses jualan rumah.
Dari jangkamasa yang saya berikan, tambahkan lagi tiga bulan untuk loan LPPSA.
Penutup
Macam tu lah cara jual rumah loan kerajaan ni. Anda tak perlu risau sebenarnya, sebab proses tu peguam akan buat.
Ringkasnya saya simpulkan prosesnya macam ni:
- Tandatangan perjanjian jual beli
- Peguam minta bank pembeli bayar baki loan LPPSA anda
- Peguam buat pindahmilik dan cagarkan geran kepada bank pembeli
- Bank pembeli bayar keuntungan anda melalui peguam
Sekian sahaja dari saya. Semoga artikel ini bermanfaat. Berikut artikel lain yang boleh membantu anda:
Saya beli tanah dan buat rumah guna loan LPPSA di Kuantan..rumah belum duduk dan baru siap.. harga loan tanah (RM85k) + harga rumah (RM 500k)… boleh ke untuk saya jual tanah dan rumah tersebut, potongan LPPSA akan mula pada bulan ni Feb 2023.
Assalamualaikum tuan…sy nak jual rumah saya yg terbengkalai dari tahun 2012(loan lppsa)pemaju dah muflis…
Pemaju dah claim Sebanyak 80%…
20% masih di Lppsa
Boleh kah sy jual rumah tersebut
Jual tu boleh. Tapi kalau rumah terbengkalai dan tak ada CF, nilaian tu hanya kira harga tanah. Pembeli akan sukar dapat pinjaman yang mencukupi.
Assalam tuan saya ada beli rumah start potongan 2021.. sy nak jual semula rumah tersebut tp tak tahu cara dia sebab saya akn berhenti kerja
Salam tuan. Untuk jualan rumah, encik boleh rujuk artikel ini:
https://bit.ly/panduan-jual-rumah
Assalam En Arif. Sy bercadang nak jual rumah pinjaman LPPSA. Harga rumah masa dibeli ialah rm370k thn 2018. Dan sy brcadang ingin membeli tanah dan buat rumah sendiri atas tanah trsebut. Pada pandangan encik, adakah untung pnjualan rumah tu dpt menampung kos beli tanah n mmbina rumah nanti? Mohon juga nasihat brkaitan urusan ini dr pihak encik. Terima ksh
Secara personal, saya rasa kalau rumah tu beli pada tahun 2018, mungkin tak berapa untung. Market tak banyak pergerakan sejak 5 tahun lepas. Apa pun saya boleh bantu puan untuk buat kiraan lebih tepat. Puan Whatsapp saya ya, klik link di bawah:
wa.me/60139398811
Salam
Kalau nak jual rumah berstatus RUMAWIP yang belum siap (jangka siap 2024) pinjaman LPPSA dah bayar sejak tahun 2019. Boleh ke?
Salam. RUMAWIP tu ada moratorium 10 tahun tuan. Jadi kalau beli 2019, belum boleh jual.
Salam Tuan saya ada buat rumah dengan kos RM 200K,atas tanah lot berharga lebih kurang RM120K melalui pinjaman LPPSA lebih kurang 5 tahun dh buat bayaran..sekarang berhajat nak jual tanah dan rumah tersebut, berapa anggaran untung bersih yang saya boleh dapat ya.
Salam tuan. Mohon maaf, saya nak buat kiraan tapi info tak cukup. Perlu ada harga jual, tarikh belian dan baki pinjaman.