Kalkulator Kelayakan Pinjaman Perumahan

Untuk yang nak beli rumah, boleh guna kalkulator kelayakan pinjaman perumahan yang ambe sediakan ni.


.

.

Panduan Penggunaan Kalkulator Kelayakan Pinjaman Perumahan

Isikan ruangan pendapatan bersih, installment rumah baru dan installment pinjaman sedia ada dan kemudian tekan butang.

Andaian

Kalkulator ini mengandaikan:
• DSR bank 60% untuk pendapatan bersih bawah RM3000

• DSR Bank 70% untuk pendapatan bersih atas RM3000

• Net disposable income minimum yang diperlukan RM1200.

Status pinjaman adalah lulus jika DSR anda di bawah DSR bank tersebut dan NDI lebih daripada RM1200.

Kriteria ini adalah secara kasar. Setiap bank mempunyai had DSR dan NDI yang berlainan. Anda bertanggungjawab sepenuhnya dengan penggunaan kalkulator ini.

Untuk mendapatkan lebih butiran tentang cara kiraan kalkulator ini, tuan puan boleh rujuk posting Cara Kira Kelayakan Pinjaman Perumahan.

Pendapatan Bersih

Pendapatan bersih adalah jumlah pendapatan kasar tolak potongan KWSP, SOCSO cukai dan zakat.

Jika anda mempunyai pendapatan tidak tetap seperti overtime, puratakan pendapatan tersebut sepanjang 6 bulan lepas dan darab 80%.

Amaun ini kemudian ditambah kepada pendapatan bersih.

Installment Rumah Baru

Gunakan kalkulator pinjaman perumahan untuk mendapatkan installment rumah yang ingin dibeli.

Buat anggaran lebih sikit kerana installment yang sebenar termasuk insuran dan kos peguam pinjaman.

Installment Pinjaman Sedia Ada

Installment pinjaman sedia ada adalah jumlah bayaran bulanan untuk pinjaman yang tuan puan ambil seperti loan kereta, kad kredit, pinjaman peribadi dan lain-lain.

Untuk mendapatkan anggaran tepat, ambe cadangkan tuan puan dapatkan laporan CCRIS.

Untuk kad kredit, amaun yang dikira sebagai komitmen bulanan adalah 5% dari baki tertunggak.

Kelulusan

Anda boleh lulus jika:

  • Mempunyai DSR lebih rendah daripada DSR bank
  • NDI melebihi RM1200

Namun begitu perlu diingat bank juga menilai beberapa faktor lain. Antaranya pattern pembayaran melalui laporan CCRIS, majikan, jenis pekerjaan dan lain-lain.

Kelulusan ini hanyalah anggaran kuantitatif.

Penutup

Tu sahaja perkongsian ambe kali ni. Berikut artikel lain yang boleh membantu tuan-puan:

Leave a Comment

4 thoughts on “Kalkulator Kelayakan Pinjaman Perumahan”

  1. Salam tuan.
    Saya banyak lihat iklan2 penjualan rumah. Yang boleh di invest seperti rental/airbnb di area kl. Saya ingin membeli untuk membuat invest seperti dalam iklan. Adakah selamat untuk saya membeli? Dengan ekonomi yang tak menentu sekarang ni. Saya tiada pengalaman dan tiada ilmu untuk membeli rumah untuk membuat invest. Boleh tuan berikan pandangan?

    Pendapatan bersih saya rm6k sebulan. Komitmen wajib rm1k sebulan.

    Reply
  2. Assalammualaikum… Tuan arif..sy nak beli rumah..join dgn wife utk first house.. Gaji sy bersih 1250 tolak semua komitmen, wife 1200 tak Ada apa komitmen..kat sini total 2450..boleh lulus tak harga rumah 140-160k..apa pandangan tuan arif..terima kasih..

    Reply
  3. Assalammualaikum wbt.Encik Arif,saya ingin bertanya,saya telah membeli tanah dengan menggunakan loan LPPSA.Bolehkah saya ingin membeli rumah dengan menggunakan loan LPPSA lagi..? Mohon Encik Arif berikan pandangan dan cadangan terbaik untuk saya.Sekian,Terima Kasih.

    Reply