Kenapa Anda Mesti Beli Rumah Dengan Pemaju Berlesen

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan Dan Perlesenan) 1966 melindungi hak pembeli rumah daripada pemaju.

Di bawah akta ini, pemaju yang membina dan menjual lebih daripada 4 unit rumah pada sesuatu masa, mestilah mendapatkan lesen daripada Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Deposit / wang yang diterima pemaju daripada pembeli, akan didepositkan ke dalam Housing Development Account yang akan diaudit setiap tahun. Wang ini hanya boleh dikeluarkan untuk tujuan pemajuan perumahan seperti yang termaktub dalam akta.

Jadi, untuk yang bercadang beli rumah belum siap daripada pemaju, adalah dinasihatkan anda kenali pemaju anda. Lesen pemaju adalah salah satu cara selain track record.

Ada pemaju guna term-term Islamik, bina rumah ada pulangan bulanan & harga pula tersangatlah murah.

Hati-hati kawan, takut-takut tersontot.

Rumah subsale pun ada kalau was-was. Ehem

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.