Kos-kos Membeli Hartanah

Sebelum anda membuat pembelian hartanah, adalah penting untuk anda tahu kos-kos yang terlibat. Membeli hartanah bukan setakat perlu menyediakan tunai yang cukup untuk membayar deposit permulaan, bahkan lebih. Di sini, kami perincikan antara kos-kos utama pembelian hartanah.

Deposit

Deposit adalah sebanyak 10% atau amaun perbezaan di antara harga rumah dan amaun pembiayaan.

Fi Jurunilai

RM100,000 pertama – 0.250%

RM1,900,000 seterusnya – 0.200%

RM5,000,000 seterusnya – 0.167%

RM8,000,000 seterusnya – 0.125%

RM35,000,000 seterusnya – 0.100%

Fi Guaman Untuk Perjanjian Jual Beli (SPA)

Harga Rumah, Fi Guaman

RM150,000 pertama – 1.0%

RM850,000 seterusnya – 0.7%

RM2,000,000 seterusnya – 0.6%

RM2,000,000 seterusnya – 0.5%

RM2,500,000 seterusnya – 0.4%

Baki seterusnya – 0.3%

Duti Setem Untuk Perjanjian Jual Beli (SPA)

Untuk duti setem, 50% diskaun diberi untuk pembelian rumah pertama yang bernilai tidak lebih daripada RM400,000.

RM100,000 pertama – 1.0%

RM400,000 seterusnya – 2.0%

Baki seterusnya – 3.0%

Fi Guaman Untuk Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement)

RM150,000 pertama – 1.0%

RM850,000 seterusnya – 0.7%

RM2,000,000 seterusnya – 0.6%

RM2,000,000 seterusnya – 0.5%

RM2,500,000 seterusnya – 0.4%

Baki seterusnya – 0.3%

Duti Setem Untuk Perjanjian Pembiayaan (Loan Agreement)

Duti setem untuk perjanjian pembiayaan adalah sebanyak 0.5% daripada amaun pembiayaan rumah. Seperti di atas, 50% diskaun diberi untuk duti setem bagi pembelian rumah pertama yang bernilai tidak lebih daripada RM400,000.

Kos-kos Lain

Kos-kos lain termasuk ‘Disbursement Fee’ oleh peguam dan jurunilai dan juga cukai kerajaan ke atas fi profesional.

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.