Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah

Dalam artikel ni, saya akan terangkan apakah maksud dan tujuan SNP / SPA dalam jual beli rumah.

1) Maksud S&P Dalam Jual Beli Hartanah

SNP / SPA ni singkatan dari Sales And Purchase Agreement atau dalam Bahasa Melayu – Perjanjian Jual Beli. Ianya merupakan perjanjian yang pembeli dan penjual tandatangan dalam satu transaksi jual beli hartanah.

2) Bila Ada SNP, Tak Bermaksud Hartanah Adalah Milik Anda

Tapi jangan salah faham, kalau anda dah tandatangan S&P, rumah yang anda beli tu belum jadi milik anda.

Peguam masih kena buat proses pindah milik dekat pejabat tanah untuk tukar nama dalam geran, dari penjual kepada pembeli. Barulah rumah tu jadi milik anda.

Bukti hakmilik satu hartanah ni, bukan perjanjian jual beli ya. Tapi geran rumah tu.

Kalau nama anda tak ada dalam geran, SNP tu tak laku nak kata suatu rumah tu hak anda.

3) Kalau tandatangan S&P tak bermaksud hartanah jadi milik kita, kat mana pentingnya?

Baik tukar nama terus dekat pejabat tanah, betul tak?

Bila kita jual beli rumah, proses jual beli tu makan masa. Peguam perlu uruskan banyak perkara sebelum mereka boleh buat pindah milik dari penjual kepada pembeli.

Terutama bila urusan tu melibatkan pinjaman dengan institusi kewangan.

Dalam tempoh proses tu, pembeli, penjual dan bank mestilah nak kepastian jual beli tu memang jadi. Pembeli dan penjual juga mesti nak kepentingan mereka dijaga.

Ambil contoh hartanah leasehold yang ada geran individu misalnya. Keseluruhan proses boleh makan masa enam ke tujuh bulan barulah selesai.

Apa jadi kalau dalam tempoh tu tak ada perjanjian pun? Mestilah kacau bilau.

Pembeli atau penjual mungkin boleh batalkan jual beli tanpa segan silu pun. Atau mungkin juga timbul isu-isu lain yang mana tak jelas dari awal.

Itulah sebab kenapa ada Perjanjian Jual Beli ni.

Nota: ada situasi yang mana anda tak perlu perjanjian jual beli. Misalnya dalam kes yang mana penjual tak ada hutang dengan bank, pembeli bayar tunai dan hartanah bebas sekatan. Dalam situasi macam ni, terus ke pejabat tanah untuk buat pindah milik pun boleh.

4) Bila Perlu Tandatangan SNP?

Biasanya pembeli tandatangan perjanjian jual beli ni selepas dah lulus pinjaman perumahan.

Anda boleh je tandatangan S&P tu sebelum pinjaman lulus. Tapi kalau loan tak lulus sakitlah.

Nak batalkan SNP tu ada kos dan mungkin penalti. Senak perut juga bayar semua tu.

Kalau beli rumah tunai, tandatangan terus pun boleh kalau dah minat dengan rumah yang anda nak beli tu.

5) Apa Kandungan Dan Terma Utama Dalam SNP?

Antara kandungan penting perjanjian jual beli ialah:

  • Butiran pembeli dan penjual
  • Butiran rumah – harga, alamat, saiz, nombor geran dan lain-lain
  • Keadaan rumah semasa belian
  • Tanggungjawab pembeli dan penjual
  • Apa jadi kalau berlaku pembatalan jualan / belian
  • Apa jadi kalau berlaku kelewatan belian
  • Cara pembayaran kepada penjual
  • Tempoh masa jual beli
  • Cara serahan kosong rumah
  • Bayaran utiliti

Contoh Perjanjian Jual Beli / Sales And Purchase Agreement

Kalau anda nak tengok rupa dan kandungan S&P ni, anda boleh muat turun dari link di bawah.

Conton Perjanjian Jual Beli

7) Apa Beza Perjanjian Jual Beli Dan Perjanjian Pinjaman?

Perjanjian jual beli ni adalah antara penjual dan juga pembeli.

Perjanjian pinjaman pula antara pembeli dan juga bank (atau institusi kewangan lain) yang bagi pinjaman kepada anda untuk beli suatu rumah tu.

8) Saya Keliru. Apa Senarai Perjanjian Yang Saya Kena Tandatangan Dalam Belian Rumah.

Bila anda beli rumah ada beberapa perjanjian yang anda kena tandatangan.

Ni saya senaraikan mengikut urutan proses jual beli.

  • Booking form – perjanjian antara pembeli dan penjual semasa dalam tempoh pembeli mohon pinjaman perumahan. Anda tandatangan ni selepas dah tengok dan berkenan dengan rumah. Bank akan minta borang ni untuk mohon pinjaman.
  • Surat tawaran pinjaman (Loan letter of offer) – merupakan surat tawaran pinjaman dari bank. Anda tandatangan surat ni selepas loan lulus dan sebelum tandatangan perjanjian jual beli.
  • Perjanjian jual beli – merupakan perjanjian antara pembeli dan penjual dalam tempoh sebelum pindah milik dibuat
  • Perjanjian pinjaman – merupakan perjanjian antara pembeli dan institusi kewangan. Anda tandatangan perjanjian ni selepas tandatangan SNP.

Penutup

Sekian sahaja artikel ni. Mudah anda faham apa maksud dan tujuan SNP dalam belian rumah. Kalau ada soalan, boleh tanyakan kat ruangan komen di bawah.

Leave a Comment

104 thoughts on “Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah”

  1. saya nak tny klu snp ade 2 nama…tu dikira pemilikan bersama ke? jadi kalau bercerai kena bahagi ke? sbb yg byrnya seorang shj? ada cara lain x utk ubah jadi 1 nama shj?

    Reply
    • Ya, dikira pemilikan bersama dan kena bahagi sama rata kalau ikut proses biasa. Jika satu pihak dalam perceraian nak tuntut lebih, dan sepihak lagi tidak setuju, seeloknya buat tuntutan harta sepencarian di mahkamah.

  2. Assalamualaikum..saya beli rumah subsales baru ni..dan legal fee smua dh termasuk dalam loan.. pada awalnya vendor nk assign lawyer A tapi disebabkan lawyer A bukan panel dengan bank jd untuk loan terpaksa assign lawyer B..jd lawyer B sudah receive bayaran dari bank dan semasa nak ambil kunci..vendor minta untuk saya bayar lawyer A means s&p lawyer..adakah saya masih perlu buat bayaran tersebut sedangkan saya dh buat bayaran untuk legal fee kepada lawyer B??

    Reply
    • Salam tuan. Dari tulisan encik, apa yang saya faham
      1) Encik bayar fi lawyer B untuk perjanjian pinjaman (melalui pinjaman)
      2) Encik bayar fi lawyer A untuk perjanjian jual beli

      Kedua bayaran ni normal untuk proses jual beli.

  3. assalam maaf tuan sy nk bertanye .rumah apartmen yg sy sewa.asalnye dari tuan rumah .perjanjiannye dia menyuruh sy melunaskan hutang nye di bank.sebb sy menyewa rumah nye.(masa tu owner rumah dalam masalah byk hutang dgn bank dan rumah yg sy sewa tu hampir kena lelong ,cakap mulut sahaje katanye ” kau duduk lah rumah tu dan bayar je direct dgn bank”dan selepas 5 tahun dia nk menjual rumah tersebut dengan harga semasa.sampai sekarang sy masih bayar dgn bank rumah tu.persoalannye.,bagaimana sy nk selesai masalah ini.dengan keadaan zaman skrg ,ekonomi ,sesak juga..,sepatutnye .masa rumah tu hampir kena lelong boleh ke pindah hak milik.sbb hutang bank masih ada…kami ada la surat perjanjian ..tapi mcm tak cukup kuat.andai kata dia menjual rumah tu kpd org lain dgn harga semasa. untung la dia ibarat sy tolong saja la.sbb masa dia tgh susah sy tolong dia lunaskan nama dia hampir blaklist di bank.

    Reply
    • Salam tuan. Tak ada cara untuk halang pemilik dari jual rumah tersebut kerana dia penama yang sah sehingga sekarang. Dalam kes encik ini, installment pemilik yang encik bayarkan mungkin dikira ganti kepada sewa. Jika encik bayar lebih dari sepatutnya terutama tunggakan ketika rumah nak dilelong, encik patut tuntut semula dari pemilik. Langkah alternatif, boleh cuba kaveat rumah tu di pejabat tanah untuk dapatkan hak encik.

  4. Salam… Smasa nk mhon sy tak bgtau pulak agen nk guna pguam sndri, bila dah lulus sy nak lntik pguam sndri akan jd mslah ke tuan..?tapi smlm agen ada juga bgtau, klau sy nk lntik penguam sndri utk snp ok je, kalau utk LA tu dia mintak sy buat dgn penguam dia…. Bila dia markup loan tnpa bgtau sy, jd sy rasa macam xsyok plk klau nk guna pguam dia… Risau ada pnipuan/kos cas guaman tggi,tkot kejenya tak akan berpihak kat sy sdgkan sy byr kos guaman smua… Kemungkinanan penguam inj juga akan digunakn utk penjual..

    Reply
    • Kebanyakan bank kena assign lawyer tu sebelum proses pinjaman. Kalau dah submit, boleh try tanya. Loan agreement ni termanya standard, jadi penipuan terma tu sukar nak berlaku. Dari segi caj, encik boleh minta quotation dan bandingkan dengan peguam encik sendiri. Akan ada beza, tapi selalunya beza tak terlalu besar.

  5. Assalamualaikum..saya beli rumah mlalui agen, hrga 175k dan buat loan pakej full loan..loan baru lulus tpi sy tgk 200k sb agen markup tnpa bgtau saya.. Saya mintk banker reduce balik loan tu ke harga 175k…soalanya.

    1..urusan reduce tu akan jd kmgkin loan sy gagal tak?
    2..slpas loan lulus, elok sy lntik lawyer sndri atau pakai lawyer agen saja
    3…atau utk snp sy lantik sndri lawyer dan utk LA saya pakai lawyer banker
    4..slpas sain snp, adakah blh berlaku lagi kes2 pnipuan dri pihak penjual

    Reply
    • Salam tuan.
      1. Sepatutnya boleh lulus.
      2. Yang ini terpulang encik. Tapi pastikan peguam tu kepakaran dia jual beli hartanah.
      3. Kalau boleh pastikan peguam SNP & LA, peguam yang sama. Kena tanya peguam yang encik lantik tu sama ada mereka panel dengan bank yang encik nak mohon. Beritahu banker sebelum mohon pinjaman kalau nak guna peguam sendiri / agent.
      4. Sebelum sign S&P, peguam akan buat carian rasmi dan pastikan pemilik adalah pemilik sebenar rumah. Mereka juga akan make sure tak ada halangan dalam geran tu. Jadi nak berlaku penipuan tu sangat tipis. Apa pun encik mesti teliti / minta peguam rumuskan, terma perjanjian.

  6. Assalamualaikum Tuan saya ingin bertanya sekiranya tidak keberatan untuk tuan menjawabnya..

    1. Saya mewarisi rumah pusaka dan ingin menjualnya…. yang ada pada saya hanyalah geran dan 4 penama perlukah saya mencari SNP yang tuan maksudkan dalam artikel tuan ini … Untuk pengetahuan tuan rumah arwah ayah saya ini sudah selesai pembayaran sepenuhnya ..

    Reply
    • Salam. Kalau geran asal sudah ada, tak perlu tuan. Boleh terus ke pejabat pusaka kecil untuk turun milik.