Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah

Dalam artikel ni, saya akan terangkan apakah maksud dan tujuan SNP / SPA dalam jual beli rumah.

1) Maksud S&P Dalam Jual Beli Hartanah

SNP / SPA ni singkatan dari Sales And Purchase Agreement atau dalam Bahasa Melayu – Perjanjian Jual Beli. Ianya merupakan perjanjian yang pembeli dan penjual tandatangan dalam satu transaksi jual beli hartanah.

2) Bila Ada SNP, Tak Bermaksud Hartanah Adalah Milik Anda

Tapi jangan salah faham, kalau anda dah tandatangan S&P, rumah yang anda beli tu belum jadi milik anda.

Peguam masih kena buat proses pindah milik dekat pejabat tanah untuk tukar nama dalam geran, dari penjual kepada pembeli. Barulah rumah tu jadi milik anda.

Bukti hakmilik satu hartanah ni, bukan perjanjian jual beli ya. Tapi geran rumah tu.

Kalau nama anda tak ada dalam geran, SNP tu tak laku nak kata suatu rumah tu hak anda.

3) Kalau tandatangan S&P tak bermaksud hartanah jadi milik kita, kat mana pentingnya?

Baik tukar nama terus dekat pejabat tanah, betul tak?

Bila kita jual beli rumah, proses jual beli tu makan masa. Peguam perlu uruskan banyak perkara sebelum mereka boleh buat pindah milik dari penjual kepada pembeli.

Terutama bila urusan tu melibatkan pinjaman dengan institusi kewangan.

Dalam tempoh proses tu, pembeli, penjual dan bank mestilah nak kepastian jual beli tu memang jadi. Pembeli dan penjual juga mesti nak kepentingan mereka dijaga.

Ambil contoh hartanah leasehold yang ada geran individu misalnya. Keseluruhan proses boleh makan masa enam ke tujuh bulan barulah selesai.

Apa jadi kalau dalam tempoh tu tak ada perjanjian pun? Mestilah kacau bilau.

Pembeli atau penjual mungkin boleh batalkan jual beli tanpa segan silu pun. Atau mungkin juga timbul isu-isu lain yang mana tak jelas dari awal.

Itulah sebab kenapa ada Perjanjian Jual Beli ni.

Nota: ada situasi yang mana anda tak perlu perjanjian jual beli. Misalnya dalam kes yang mana penjual tak ada hutang dengan bank, pembeli bayar tunai dan hartanah bebas sekatan. Dalam situasi macam ni, terus ke pejabat tanah untuk buat pindah milik pun boleh.

4) Bila Perlu Tandatangan SNP?

Biasanya pembeli tandatangan perjanjian jual beli ni selepas dah lulus pinjaman perumahan.

Anda boleh je tandatangan S&P tu sebelum pinjaman lulus. Tapi kalau loan tak lulus sakitlah.

Nak batalkan SNP tu ada kos dan mungkin penalti. Senak perut juga bayar semua tu.

Kalau beli rumah tunai, tandatangan terus pun boleh kalau dah minat dengan rumah yang anda nak beli tu.

5) Apa Kandungan Dan Terma Utama Dalam SNP?

Antara kandungan penting perjanjian jual beli ialah:

  • Butiran pembeli dan penjual
  • Butiran rumah – harga, alamat, saiz, nombor geran dan lain-lain
  • Keadaan rumah semasa belian
  • Tanggungjawab pembeli dan penjual
  • Apa jadi kalau berlaku pembatalan jualan / belian
  • Apa jadi kalau berlaku kelewatan belian
  • Cara pembayaran kepada penjual
  • Tempoh masa jual beli
  • Cara serahan kosong rumah
  • Bayaran utiliti

Contoh Perjanjian Jual Beli / Sales And Purchase Agreement

Kalau anda nak tengok rupa dan kandungan S&P ni, anda boleh muat turun dari link di bawah.

Conton Perjanjian Jual Beli

7) Apa Beza Perjanjian Jual Beli Dan Perjanjian Pinjaman?

Perjanjian jual beli ni adalah antara penjual dan juga pembeli.

Perjanjian pinjaman pula antara pembeli dan juga bank (atau institusi kewangan lain) yang bagi pinjaman kepada anda untuk beli suatu rumah tu.

8) Saya Keliru. Apa Senarai Perjanjian Yang Saya Kena Tandatangan Dalam Belian Rumah.

Bila anda beli rumah ada beberapa perjanjian yang anda kena tandatangan.

Ni saya senaraikan mengikut urutan proses jual beli.

  • Booking form – perjanjian antara pembeli dan penjual semasa dalam tempoh pembeli mohon pinjaman perumahan. Anda tandatangan ni selepas dah tengok dan berkenan dengan rumah. Bank akan minta borang ni untuk mohon pinjaman.
  • Surat tawaran pinjaman (Loan letter of offer) – merupakan surat tawaran pinjaman dari bank. Anda tandatangan surat ni selepas loan lulus dan sebelum tandatangan perjanjian jual beli.
  • Perjanjian jual beli – merupakan perjanjian antara pembeli dan penjual dalam tempoh sebelum pindah milik dibuat
  • Perjanjian pinjaman – merupakan perjanjian antara pembeli dan institusi kewangan. Anda tandatangan perjanjian ni selepas tandatangan SNP.

Penutup

Sekian sahaja artikel ni. Mudah anda faham apa maksud dan tujuan SNP dalam belian rumah. Kalau ada soalan, boleh tanyakan kat ruangan komen di bawah.

Leave a Comment

104 thoughts on “Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah”

  1. Assalmualaikum tuan nak tanya ..harga rumah 502k tapi pinjaman lulus 80% kt bank .. so saya nak tanya bank letak pinjamann saya 80% tapi dia still letak rumah harga 502k kt S&P ..
    1.adakah boleh mcm ni ?
    2. Rumah masih dlm pembinaan .. saya tanya develop dia cakap dapat kunci baru bayar .. boleh ke macam tu ? sebab setahu saya ikut progress rumah kan ..
    3. Lepas sign s&p semua nnti peguam baru bagi surat tu semua dekat kita melalui post kan ? biasa ambil masa berapa lama ya

    Terima kasih

    Reply
    • Salam

      1. Dalam S&P akan ikut harga yang dipersetujui iaitu RM502K. Dalam perjanjian pinjaman akan ikut amaun pinjaman.
      2. Akan ikut progress melainkan rumah tu memang pemaju dah siap bina.
      3. Untuk S&P, sekitar 2 minggu paling cepat.

  2. Salam tuan.. Nak tanya.. Lawyer ada bg tahu.. ‘Dah dapat presentation slip tp tunggu land search pulak’.. Apa maksud dia ye tuan?

    Reply
    • Boleh request dari peguam puan nanti untuk sediakan dalam Bahasa Melayu. Saya tak ada contoh dalam BM tu puan. Mohon maaf.

  3. Salam tuan, saya nak tanya. Saya dah sign LO & sign SNP. Skrg tgh tunggu owner sign SNP. Selepas tu kena tggu berapa lama untuk next step ye? Akan ada apa2 lagi ke yang nak kena sign dgn bank ?

    Reply
    • Salam. Next encik kena sign loan agreement dengan bank. Proses pindah milik bergantung kepada jenis geran rumah. Secara umum jika rumah tu status gerannya individu / strata, tempoh pindah milik untuk hartanah:

      1. Freehold – sekitar 3 bulan
      2. Leasehold – sekitar 6 bulan

      Apa pun elok encik rujuk peguam jual beli yang uruskan. Setiap kes tu unik dan tempoh mungkin berbeza.

  4. Assalamualaikum Tuan
    saya nak tny baru ni sy hendak beli rumah guna lppsa.
    Peguam lppsa ada bayaran yg masuk dlm pinjaman 4k lebih.
    Pemaju mintak sy rm1300 sign spa. Adakah bayaran ni sama?
    Tq

    Reply