Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah

Dalam artikel ni, saya akan terangkan apakah maksud dan tujuan SNP / SPA dalam jual beli rumah.

1) Maksud S&P Dalam Jual Beli Hartanah

SNP / SPA ni singkatan dari Sales And Purchase Agreement atau dalam Bahasa Melayu – Perjanjian Jual Beli. Ianya merupakan perjanjian yang pembeli dan penjual tandatangan dalam satu transaksi jual beli hartanah.

2) Bila Ada SNP, Tak Bermaksud Hartanah Adalah Milik Anda

Tapi jangan salah faham, kalau anda dah tandatangan S&P, rumah yang anda beli tu belum jadi milik anda.

Peguam masih kena buat proses pindah milik dekat pejabat tanah untuk tukar nama dalam geran, dari penjual kepada pembeli. Barulah rumah tu jadi milik anda.

Bukti hakmilik satu hartanah ni, bukan perjanjian jual beli ya. Tapi geran rumah tu.

Kalau nama anda tak ada dalam geran, SNP tu tak laku nak kata suatu rumah tu hak anda.

3) Kalau tandatangan S&P tak bermaksud hartanah jadi milik kita, kat mana pentingnya?

Baik tukar nama terus dekat pejabat tanah, betul tak?

Bila kita jual beli rumah, proses jual beli tu makan masa. Peguam perlu uruskan banyak perkara sebelum mereka boleh buat pindah milik dari penjual kepada pembeli.

Terutama bila urusan tu melibatkan pinjaman dengan institusi kewangan.

Dalam tempoh proses tu, pembeli, penjual dan bank mestilah nak kepastian jual beli tu memang jadi. Pembeli dan penjual juga mesti nak kepentingan mereka dijaga.

Ambil contoh hartanah leasehold yang ada geran individu misalnya. Keseluruhan proses boleh makan masa enam ke tujuh bulan barulah selesai.

Apa jadi kalau dalam tempoh tu tak ada perjanjian pun? Mestilah kacau bilau.

Pembeli atau penjual mungkin boleh batalkan jual beli tanpa segan silu pun. Atau mungkin juga timbul isu-isu lain yang mana tak jelas dari awal.

Itulah sebab kenapa ada Perjanjian Jual Beli ni.

Nota: ada situasi yang mana anda tak perlu perjanjian jual beli. Misalnya dalam kes yang mana penjual tak ada hutang dengan bank, pembeli bayar tunai dan hartanah bebas sekatan. Dalam situasi macam ni, terus ke pejabat tanah untuk buat pindah milik pun boleh.

4) Bila Perlu Tandatangan SNP?

Biasanya pembeli tandatangan perjanjian jual beli ni selepas dah lulus pinjaman perumahan.

Anda boleh je tandatangan S&P tu sebelum pinjaman lulus. Tapi kalau loan tak lulus sakitlah.

Nak batalkan SNP tu ada kos dan mungkin penalti. Senak perut juga bayar semua tu.

Kalau beli rumah tunai, tandatangan terus pun boleh kalau dah minat dengan rumah yang anda nak beli tu.

5) Apa Kandungan Dan Terma Utama Dalam SNP?

Antara kandungan penting perjanjian jual beli ialah:

  • Butiran pembeli dan penjual
  • Butiran rumah – harga, alamat, saiz, nombor geran dan lain-lain
  • Keadaan rumah semasa belian
  • Tanggungjawab pembeli dan penjual
  • Apa jadi kalau berlaku pembatalan jualan / belian
  • Apa jadi kalau berlaku kelewatan belian
  • Cara pembayaran kepada penjual
  • Tempoh masa jual beli
  • Cara serahan kosong rumah
  • Bayaran utiliti

Contoh Perjanjian Jual Beli / Sales And Purchase Agreement

Kalau anda nak tengok rupa dan kandungan S&P ni, anda boleh muat turun dari link di bawah.

Conton Perjanjian Jual Beli

7) Apa Beza Perjanjian Jual Beli Dan Perjanjian Pinjaman?

Perjanjian jual beli ni adalah antara penjual dan juga pembeli.

Perjanjian pinjaman pula antara pembeli dan juga bank (atau institusi kewangan lain) yang bagi pinjaman kepada anda untuk beli suatu rumah tu.

8) Saya Keliru. Apa Senarai Perjanjian Yang Saya Kena Tandatangan Dalam Belian Rumah.

Bila anda beli rumah ada beberapa perjanjian yang anda kena tandatangan.

Ni saya senaraikan mengikut urutan proses jual beli.

  • Booking form – perjanjian antara pembeli dan penjual semasa dalam tempoh pembeli mohon pinjaman perumahan. Anda tandatangan ni selepas dah tengok dan berkenan dengan rumah. Bank akan minta borang ni untuk mohon pinjaman.
  • Surat tawaran pinjaman (Loan letter of offer) – merupakan surat tawaran pinjaman dari bank. Anda tandatangan surat ni selepas loan lulus dan sebelum tandatangan perjanjian jual beli.
  • Perjanjian jual beli – merupakan perjanjian antara pembeli dan penjual dalam tempoh sebelum pindah milik dibuat
  • Perjanjian pinjaman – merupakan perjanjian antara pembeli dan institusi kewangan. Anda tandatangan perjanjian ni selepas tandatangan SNP.

Penutup

Sekian sahaja artikel ni. Mudah anda faham apa maksud dan tujuan SNP dalam belian rumah. Kalau ada soalan, boleh tanyakan kat ruangan komen di bawah.

Leave a Comment

102 thoughts on “Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah”

  1. Hi tuan..saya nak tanya…saya dh byr booking umh n umah dh lulus loan umh tapi saya nak cancel x sign ape2 lagi dn snp pon belom sign lagi…ada apa2 kene caj ke dari pemaju?

    Reply
    • Salam. Kalau beli dengan pemaju, boleh cancel sebelum sign S&P dan sepatutnya tak ada apa-apa implikasi. Sebelum ni pernah jadi kes mahkamah tentang ni dah mahkamah memihak kepada pembeli.

  2. prosedur klu Lppsa memang mesti sign Agreement S&P dulu, jika pinjaman tidak lukus mcmna ya. perlu bayar pemaju ka? ini pinjaman rumah pertama guna lppsa

    Reply
    • Puan kena semak deraf perjanjian jual beli. Boleh dapatkan dari pemaju. Biasanya jika loan LPPSA tak lulus, booking / deposit akan dapat balik.

  3. Salam tuan. Loan rumah dah lulus tapi saya nak cancel/reject atas sebab tertentu. Belum sign apa apa lagi. Boleh ke? Dan adakah saya perlu bayar apa apa penalti nanti?
    Tkasih.

    Reply
    • Salam. Kalau beli dgn pemaju, tak ada bayar. Rumah subsale, mungkin ada penalti. Kena rujuk OTP yang puan tandatangan.

  4. salam..
    1)saya ada minta salinan geran utk cek hartanah sebelum byr deposit utk beli rumah subsale.tapi ejen hartanah kata selepas SNP baru boleh bagi..adakah memang begitu caranya?
    2) kenapa ad ejen hartanah tiada dlm list lppeh?adakah kerana lesen sudah expired? bagaimana nak tahu ejen tu pernah ada salah laku?

    Reply
    • Salam
      1) Selepas dah bayar booking, penjual patut beri salinan geran tu untuk tujuan pinjaman.
      2) Boleh jadi REN tu baru dan belum ada ren tag. Next step puan wajib semak sama ada mereka berdaftar dgn agensi yang sah.

  5. Selamat Sejahtera.

    Saya pertama kali beli rumah dari developer. Pinjaman perumahan melalui LPPSA. Boleh tuan kongsikan proses yang terlibat kerana saya memang tiada pengalaman langsung dalam urusan pembelian rumah. Terima kasih.

    Reply
  6. Salam Tuan, saya telah batalkan house booking dengan satu developer ni sebelum saya sign s&p. Pihak developer meminta saya membayar denda kerana membatalkan loan even saya belum sign s&p. Jadi disini dimana saya boleh dapatkan khidmat nasihat dan membuat laporan sekiranya saya dipaksa untuk membayar denda tersebut

    Reply
    • Salam tuan. Pemaju tidak boleh kenakan penalti dalam kes tuan ini. Untuk aduan, encik boleh hubungi Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

    • Assalamualaikum Tuan. Kes sy .sy telah menandatangani Surat s n p. Tetapi Belum bayar lagi booking fee. Sy bercadang cancelkan pembelian rumah sub sale tersebut.adakah perlu say membayar penalti.seperti mana dlm form tesebut.3.18 % Dari nilai harga

    • Salam. Ya masih perlu bayar ikut perjanjian. Tapi encik tgk juga S&P tu, takut kat situ sebut 10%