Menentukan ‘Breakeven Price’ Untuk Pelaburan Hartanah

Objektif Pelaburan Hartanah Sewaan

Ramai di antara kita yang melabur dalam pelaburan sewa atau ‘Income Property’.

Objektif pelaburan hartanah jenis Income Property ini antaranya adalah untuk memaksimumkan kadar sewa rumah dan memastikan pendapatan dari sewa tersebut mampu menampung bayaran bulanan pinjaman perumahan atau ‘Monthly Instalment’.

Harga Beli Itu Kunci

Sebenarnya, berapa harga yang anda bayar untuk membeli sebuah rumah, akan menentukan sama ada pendapaan sewa rumah tersebut mampu menampung Monthly Instalment.

Jadi, sebelum anda membuat rundingan dengan pemilik rumah untuk membeli Income Property, pastikan anda tahu berapakah had maksimum harga yang anda patut bayar untuk menjamin Monthly Instalment rumah tersebut tidak melebihi pendapatan sewa.

Kiraan Breakeven Price

Situasi dimana harga Income Property yang mana sewanya dapat menampung Monthly Instalment adalah dipanggil ‘Breakeven Price’.

Dalam tutorial ini saya akan menunjukkan bagaimanakah cara untuk mengira Breakeven Price untuk sesebuah Income Property.

Data Yang Diperlukan

Untuk mengira harga maksimum rumah yang mana sewanya dapat menampung monthly Instalment, kita perlukan data berikut.

1. Kadar faedah semasa pinjaman perumahan
2. Tempoh pinjaman perumahan dalam bulan
3. Kadar sewa bulanan
4. Kadar peratus deposit yang dibayar

Formula Excel

Setelah mengetahui data tersebut, kita kemudiannya akan menggunakan formula Microsoft Excel berikut:

=pv(a/12,b,-c)*100/(100-d)

Dimana:
a = Kadar faedah pinjaman perumahan
b = Tempoh pinjaman perumahan dalam bulan
c = Kadar sewa bulanan
d = Kadar peratus deposit yang dibayar

Contoh Kiraan

Kita ambil satu contoh. Katakan anda sedang berunding dengan pemilik rumah untuk membeli sebuah Income Property.

Anda ketahui yang kadar faedah semasa pinjaman perumahan ialah 4.45% dan anda mampu untuk membuat pinjaman selamat 30 tahun iaitu 360 bulan.

Anda juga sudah selidik dan dapati, kadar sewa bulanan rumah tersebut adalah sebanyak RM2,000. Jika membeli, anda merancang untuk membayar 10% daripada harga belian.

Dengan data yang ada, anda sudah boleh melengkapkan formula Microsoft Excel tadi menjadi:

=pv(4.45%/12,360,-2000)*100%/(100%-10%)

Jika kita mengaplikasikan formula ini dalam microsoft excel, kita akan dapati harga maksimum rumah yang patut anda tawarkan kepada pemilik adalah sebanyak RM441,163.

Harga ini adalah Breakeven Price untuk Income Property ini. Kerana formula ini agak panjang, anda juga boleh gunakan metod ini dalam excel.

Buktian

Sekarang mari kita buktikan Monthly Instalment adalah sama dengan sewa. Jika kita lihat menerusi kalkulator pinjaman perumahan ini, Monthly Instalment untuk rumah yang bernilai RM441,163, pada kadar faedah 4.45% dan tempoh pinjaman 30 tahun, dengan 10% deposit, adalah sebanyak RM2,000.

Anda akan dapati, Monthly Installment ini dapat ditampung dengan sewa bulanan rumah tersebut iaitu sebanyak RM2,000.

Saya pasti, dengan teknik ini pastinya dapat membantu anda menjadi pelabur yang berjaya. Melabur dalam Income Property adalah langkah yang bijak dan cepat dalam membina aset dan kekayaan jika kena caranya.

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.