Menilai Kekuatan Pelaburan Hartanah Melalui Kadar Kenaikan Masa Lepas

Ada beberapa cara untuk anda menilai kekuatan sesebuah pelaburan hartanah. Salah satunya adalah dengan mengetahui berapakah peratus kenaikan tahunan nilai hartanah tersebut di masa lepas.

Contohnya, jika nilai sesebuah hartanah meningkat sebanyak 30% setahun pada masa lepas, sudah tentu ianya mempunyai kelebihan berbanding  dengan pelaburan yang peningkatannya adalah lebih rendah.

Informasi ini dapat menjadi indikatif kekuatan pelaburan tersebut. Ianya juga dapat membantu anda untuk membuat unjuran tentang nilai sesebuah hartanah pada masa hadapan.

Jika pada masa lepas, peningkatan adalah sebanyak 30% setahun, besar kemungkinan, nilai hartanah tersebut akan meningkat sebanyak nilai yang sama pada tahun-tahun berikutnya.

Dalam tutorial kali ini saya akan menyingkap cara untuk menentukan peratus kenaikan tahunan nilai hartanah.

Tidak Boleh Guna Kiraan Mudah

Mengira peratus kenaikan nilai tahunan hartanah tidak boleh dilakukan dengan kiraan mudah. Contohnya jika sebuah hartanah bernilai RM100,000 pada 5 tahun lepas dan RM200,000 pada tahun semasa.

Dengan kiraan mudah, kita akan dapati nilai hartanah tersebut meningkat sebanyak 20% setahun. Kiraan ini tidak tepat kerana peratus kenaikan nilai hartanah perlu ditentukan menggunakan konsep ‘Time Value of Money’ dan ‘Compounding’.

Kedua konsep ini akan saya huraikan lebih lanjut dalam tutorial akan datang.

Metod Pengiraan Menggunakan Excel

Untuk mengira peratusan kenaikan nilai hartanah dengan cara yang betul, anda perlukan tiga data:

1. Nilai hartanah semasa
2. Nilai hartanah pada masa lepas
3. Tempoh tahun antara nilai hartanah masa lepas dan semasa

Kita kemudiannya akan menggunakan formula excel berikut:

=rate(a,,b,-c)

Di mana:

a = Tempoh tahun antara nilai hartanah masa lepas dan semasa
b = Nilai hartanah pada masa lepas
c = Nilai hartanah semasa

Contoh Pengiraan

Jika kita ambil contoh tadi, dimana nilai hartanah pada 5 tahun lepas ialah RM100,000 dan nilai semasa ialah RM200,000 formula excel tadi akan menjadi =rate(5,,100000,-200000).

Formula ini akan menghasilkan kadar peratusan kenaikan nilai tahunan hartanah sebanyak 14.87%. Dengan kadar kenaikan ini, anda boleh membuat perbandingan dengan hartanah lain yang berpotensi.

Andai kata Hartanah A mempunyai kadar kenaikan 14.87% manakala Hartanah B sebanyak 10%, sudah pasti dari segi kuantitatif Hartanah A mempunyai kelebihan.

Tetapi jangan lupa juga untuk menilai hartanah tersebut dari aspek lain.

Guna Kiraan Ini Untuk Menentukan Nilai Pelaburan Hartanah Masa Hadapan

Jika anda ikuti tutorial saya sebelum ini, anda akan dapati peratusan kenaikan tahunan nilai hartanah adalah salah satu pembolehubah untuk membuat anggaran nilai hartanah di masa hadapan.

Teknik yang dibincang dalam tutorial kali ini dapat memastikan peratusan kenaikan tahunan nilai hartanah yang digunakan adalah lebih tepat.

Gunakan Propwall Untuk Mendapatkan Data

Sebelum saya akhiri tutorial ini, ingin saya berkongsi sedikit tentang Propwall. Propwall mempunyai pengkalan data yang sangat luas.

Anda boleh mendapatkan data seperti ‘Launching Price’ sesebuah hartanah pada suatu tahun, dan juga nilai semasa. Data ini boleh digunakan untuk mengira kadar peratusan kenaikan tahunan nilai hartanah.

1 thought on “Menilai Kekuatan Pelaburan Hartanah Melalui Kadar Kenaikan Masa Lepas

  1. jika pada tahun 2010 saya membeli rumah dengan harga sekitar rm120000. Berapakah anggaran nilai rumah itu sekarang. terima kasih.

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.