Berapa Pendapatan Ejen Hartanah. Ada Gaji Ke?

Kebelakangan ini ramai yang berminat nak jadi ejen atau perunding hartanah. Mungkin anda pun sama. Jadi dalam artikel ini saya nak terangkan tentang pendapatan / gaji seorang ejen, supaya anda faham dan bersedia.

Gaji Ejen Hartanah

Ejen hartanah ni ada gaji ke? Jawapannya, tak ada. Pendapatan hakiki seorang perunding hartanah adalah melalui komisen jualan atau sewaan rumah.

Kalau anda masih berminat dengan bidang ini, tapi nak kerja yang ada gaji tetap, mungkin boleh sertai syarikat pemaju hartanah.

pendapatan dan gaji ejen perudning hartanah

Pemaju mungkin bayar gaji bulanan dan komisen untuk setiap jualan. Keburukannya, anda hanya boleh jual produk pemaju tersebut sahaja. Dan potensi pendapatan anda tak setinggi ejen yang bekerja bawah agensi hartanah.

Berbalik kepada topik. Tinggi ke pendapatan ejen ni? Potensi tu tinggi sebab ejen boleh jana pendapatan dari beberapa sumber.

Sumber Pendapatan Perunding Hartanah

1. Komisen Jualan Rumah

Pertama sekali, ejen akan dapat komisen dari kes jualan rumah yang berjaya. Katakan rumah berharga RM500,000 dan fi agensi ialah 3%. Ini bersamaan RM15,000.

RM15,000 ini anda akan kongsi dengan agensi. Sebagai perunding hartanah baru, peratus perkongsian anda sekitar 60%. Ini bermakna komisen bersih anda ialah RM9,000 (RM15,000 x 60%).

Besarkan amaun ni. Dan bukanlah perkara pelik kalau seorang ejen berjaya tu dapat RM20,000 ke RM30,000 sebulan. Bahkan lebih untuk ejen tahap elit.

Tapi bukan tu je…

2. Fi Rujukan Peguam Jual Beli

Setelah berjaya jual rumah, klien tadi mungkin beli rumah dengan anda. Dekat sini, anda dapat komisen jualan sekali lagi.

Pada masa yang sama, anda juga boleh rekemen khidmat peguam hartanah yang baik kepada klien.

Sesetengah peguam hartanah, akan hadiahkan anda fi perujuk (referral fee).

Untuk rumah yang berharga RM500,000, fi perujuk mungkin sekitar RM3000 untuk perjanjian jual beli dan juga perjanjian pinjaman.

3. Fi Dari Servis Tambahan

Klien yang beli rumah dengan anda, mungkin perlukan beberapa servis tambahan setelah beli rumah.

Ini termasuklah khidmat untuk baiki atau ubahsuai rumah tersebut.

Bukanlah kena buat sendiri. Kita lantik je kontraktor dan tolong klien untuk uruskan kerja ini.

Kemudian kita caj klien untuk khidmat pengurusan. Sesetengah kontraktor juga mungkin boleh hadiahkan anda fi perujuk jika gunakan khidmat mereka.

4. Fi Khidmat Sewaan Rumah

Setelah anda siapkan rumah klien, boleh jadi klien minta bantuan untuk cari penyewa pula.

sumber pendapatan dan gaji ejen perudning hartanah

Fi agensi untuk sewaan rumah biasanya sama dengan sebulan sewa. Katakan sewa rumah ialah RM2,000. Anda akan dapat komisen bersih RM1,200 (RM2000 x 60% peratus perkongsian).

Nota: komisen sewa boleh jadi lagi tinggi, kalau kontrak sewa tu lama.

5. Fi Pembaharuan Kontrak Sewa

Bila kontrak sewa rumah klien anda tamat, anda boleh bantu pemilik untuk perbaharui kontrak sewa mereka.

Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah, benarkan kita untuk caj klien bersamaan dengan separuh sewa.

Katakan sewa bulanan rumah ialah RM2,000. Fi agensi akan jadi RM1,000. Dan anda akan terima komisen bersih sebanyak RM600 (RM1,000 x 60%). Jadila, kerja ni tak susah pun.

6. Fi Rujukan Peguam Untuk Refinancing

Selang beberapa tahun setelah klien beli rumah, mereka nak refinance pula rumah mereka.

Anda boleh bantu mereka buat refinancing. Khidmat ini biasanya saya tawarkan secara percuma untuk klien.

Kita dapat upah biasanya dari fi perujuk peguam, macam dalam kes jual beli.

Apa pun, bila kita rekemen khidmat peguam kepada klien, ingat. Rekemen peguam yang boleh buat kerja. Jangan main rekemen, kita kena jaga nama baik kita dengan klien.

Jadi, banyakkan sumber pendapatan ejen hartanah ni. Macam anda lihat, setiap langkah dalam cycle jual beli tu ada peluang untuk kita.

Rasa nak jadi ejen tak? Nanti dulu, saya nak pesan kepada anda…

Kerjaya Ejen Hartanah Ni Bukan Mudah

Kerjaya ejen hartanah nampak mudah atas kertas. Kebanyakan akan terpesona dengan apa yang saya tulis ni. Tetapi bidang ini bukan semudah yang ramai sangka.

9 dari 10 perunding hartanah baru, gagal dalam bidang ini. Anda mungkin sampai tahap tak ada pendapatan dan tak boleh bertahan untuk peringkat awal. Sebab apa?

Sebab semua pendapatan yang saya cerita tadi ada tempohnya. Kita ambil contoh komisen jual beli. Anda hanya terima pendapatan kalau pembeli tandatangan perjanjian jual beli.

pendapatan dan gaji ejen perudning hartanah

Tempoh dari kita iklankan listing sehingga tandatangan perjanjian jual beli tersebut, mungkin 3 bulan. Selama 3 bulan tu anda kena bertahan sebab kita tak ada gaji. Sama juga untuk pendapatan lain. Yang cepat pun mungkin untuk kes sewaan.

Kalau anda nak sertai bidang ini, persiapkan diri anda dengan ilmu. Saya ada buat kursus Blueprint Perunding Hartanah untuk yang berminat dengan kerjaya ini.

Kursus tu murah sahaja berbanding konten yang saya kongsi. Niat saya sebenarnya untuk bantu anda mulakan kerjaya ini dengan betul.

Kalau anda berjaya konsisten, saya yakin anda tak toleh ke belakang lagi.

Sebelum akhiri, berikut artikel lain yang boleh bantu anda:

Leave a Comment