Peluang Kerjaya Perunding Hartanah

Kalau anda nak jadi ejen hartanah, saya alu-alukan anda sertai pasukan saya. Saya akan terangkan macam mana saya boleh bantu.

Bila anda masuk ke bidang ini, impian setiap orang adalah untuk berjaya. Tetapi bidang ini ada liku-likunya dan enam bulan pertama adalah fasa yang sangat penting. Kalau selama 6 bulan ni, anda tak dapat bimbingan yang betul atau tak ada pendapatan, anda akan gagal.

Matlamat saya dan pasukan adalah untuk jadikan anda perunding hartanah berpendapatan tinggi secepat mungkin. Kerana bila anda berjaya, kami juga berjaya.

Macam mana cara kami latih anda?

  • Pertama, setelah anda sertai team kami, anda akan ikut kursus intensif untuk lengkapkan diri anda dengan ilmu. Bila selesai kursus ni, anda akan ada pengetahuan macam mereka yang dah berada dalam bidang ni sekitar dua tahun.
  • Kedua, kami akan tunjukkan kepada anda macam mana nak buat strategi jualan yang boleh hasilkan pendapatan RM10,000 sebulan dalam jangkamasa yang paling cepat.
  • Ketiga, dari masa ke semasa, kami pantau perjalanan karier anda melalui sesi coaching on-site dan coaching 1-1 supaya anda berada di jalan yang betul untuk berjaya.

Cuma, kami tak terima semua orang dalam pasukan ni. Ini kerana kami jaga perkara yang paling penting untuk satu pasukan jualan, iaitu budaya pasukan yang berprestasi tinggi. Untuk join team kami:

  • Anda mesti anda azam untuk berjaya. Tak ada pengalaman tak apa, tapi mesti ada semangat.
  • Anda mesti berdisiplin dan boleh buat kerja tanpa pemantauan.
  • Anda mesti ada sifat mengambil berat dengan klien dan juga sesama ahli kumpulan.
  • Dan paling penting sekali, anda mesti berani, boleh diajar dan boleh terima teguran.

Kalau anda ada kriteria yang kami cari, bertindak dan hubungi saya melalui borang di bawah. Jom, jadi perunding hartanah berjaya.

Sertai Pasukan Kami Sekarang

Nota: Untuk kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja.

  • Cth: Puchong, Kajang, Shah Alam, Rawang
  • Max. file size: 100 MB.
    Tidak wajib tetapi permohonan bersama CV akan diberikan prioriti.