Berapa Lama Proses Dan Tempoh Dapat Duit Jual Rumah?

Anda tengah fikir nak jual rumah. Agak urgent juga kerana ada hajat yang anda kena penuhi selepas jual. Atau memang dah ada pembeli dan tertanya-tanya, berapa lama tempoh dapat duit bila jual rumah. Mari saya terangkan.

Sebelum saya mula, saya kena bagi amaran dulu:

Tempoh masa yang saya tulis dalam artikel ni hanyalah anggaran berdasarkan pengalaman saya. Tempoh ni boleh jadi lebih lama kalau kes anda rumit atau bermasalah. Panduan ini juga tidak boleh menggantikan khidmat nasihat peguam dan saya tak bertanggung jawab atas apa-apa kerugian.

Tempoh Dapat Duit Jual Rumah

Berapa lama tempoh anda akan dapat duit jual rumah ni bergantung kepada tiga perkara:

  • Berapa lama anda akan dapat pembeli
  • Proses pinjaman dan tandatangan perjanjian jual beli
  • Proses pindah milik yang mana bergantung kepada status hartanah yang anda jual

Tempoh Dapat Pembeli Rumah

Jika belum ada pembeli, tempoh nak dapatkan pembeli ni kita tak boleh kawal. Boleh jadi cepat, boleh jadi lama.

Tempoh ni juga berkait dengan banyak faktor. Antaranya persaingan, harga dan permintaan.

Kalau anda nak dapatkan pembeli cepat, rujuk artikel Cara Jual Rumah Cepat.

Secara kasar, anda mungkin boleh anggarkan tempoh nak dapat pembeli ni sekitar tiga bulan.

Dalam artikel ni, saya akan buat andaian masa selama tiga bulan untuk dapat pembeli.

Pembeli Mohon Pinjaman Dan Tandatangan Perjanjian Jual Beli

Bila dah ada pembeli, pembeli tadi akan mohon pinjaman. Pembeli juga kena dapatkan khidmat peguam untuk buat perjanjian jual beli dan selesaikan pindah milik

Urusan nak dapatkan pinjaman dan tandatangan perjanjian jual beli ni akan ambil masa sekitar sebulan.

Proses Pindah Milik

Bila perjanjian jual beli anda dah tandatangan, peguam akan buat proses pindah milik. Tempoh pindah milik ni bergantung kepada status tanah.

1) Jika rumah berstatus freehold dengan geran individu atau strata

Untuk status tanah freehold yang dah ada geran individu atau strata, biasanya proses pindah milik akan selesai dalam empat bulan dari tarikh perjanjian beli.

Anggaran masa:

  • Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
  • Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
  • Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 4 bulan
  • Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 7 bulan

2) Jika rumah berstatus leasehold dengan geran individu atau strata

Untuk status leasehold pula lebih lama. Ini kerana pindah milik biasanya ada sekatan oleh pihak berkuasa negeri.

Peguam kena dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa negeri sebelum mereka boleh buat proses pindah milik.

Nak dapat kebenaran ni mungkin ambil masa juga. Saya jangka sekitar sebulan ke tiga bulan.

Bila dah dapat, proses pindah milik akan berjalan. Ini akan ambil masa sekitar sembilan puluh hari berkerja atau empat bulan.

Anggaran masa:

  • Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
  • Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
  • Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 7 bulan
  • Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 10 bulan

3) Rumah berstatus master title

Geran master title bermaksud geran rumah tu masih lagi nama pemaju. Nak tahu status ni anda kena buat carian rasmi dekat pejabat tanah.

Jika rumah anda berstatus master title, peguam perlu dapatkan pengesahan unit dari pemaju sebelum boleh buat pindah milik.

Pengesahan pemaju ni tak tentu. Ada yang bagi jawapan cepat. Ada yang lambat.

Anggaran kasar saya mungkin sekitar satu ke dua bulan.

Bila dah dapat pengesahan, peguam akan selesaikan proses pindah milik dalam tempoh empat bulan.

Anggaran masa:

  • Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
  • Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
  • Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 5 ke 6 bulan
  • Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 9 ke 10 bulan

Proses Pindah Milik Untuk Rumah Yang Perlu Buat Perfection

Ada rumah master title yang mana gerannya dah patut disempurnakan kepada nama anda.

Tapi anda belum buat. Dan dah ada pembeli yang nak beli rumah.

Untuk rumah macam ni anda kena buat proses penyempurnaan untuk tukar nama pemaju dalam geran tu kepada nama anda.

Macam mana nak tahu kena buat buat proses ni? Biasanya pemaju melalui peguam mereka, akan beritahu anda tentang perkara ni.

Anda juga kena bayar kos guaman dan MOT untuk buat tukar nama tu.

Proses pindah milik kepada pembeli tu boleh jadi dua keadaan: pindah milik terus (direct transfer) atau pindah milik dua kali (double transfer).

Dalam proses direct transfer, pindah milik tu akan dibuat terus dari pemaju kepada nama pembeli.

Manakala untuk proses double transfer…

Pindah milik perlu dibuat kepada penjual terlebih dahulu, dan kemudian dari penjual kepada pembeli. Pindah milik double transfer ni boleh jadi lama.

1) Rumah berstatus freehold, direct transfer

Untuk rumah freehold yang perlukan direct transfer, proses pindah milik ni boleh jadi agak cepat. Ini kerana:

  • Pindah milik dibuat terus dari pemaju kepada pembeli
  • Status freehold tiada sekatan yang memerlukan kebenaran dari kerajaan negeri

Proses pindah milik akan ambil masa 4 bulan. Pada masa sama, proses ini juga mungkin perlukan tambahan masa sekitar 1-2 bulan untuk kerja pengurusan (administrative).

Anggaran masa:

  • Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
  • Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
  • Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 6 bulan
  • Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 9 bulan

2) Rumah berstatus freehold, double transfer

Rumah berstatus freehold yang perlukan proses double transfer lebih lama. Proses pindah milik mungkin memerlukan masa sekitar 7 bulan.

Anggaran masa:

  • Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
  • Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
  • Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 7 bulan
  • Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 10 bulan

3) Rumah berstatus leasehold, direct transfer

Untuk rumah leasehold yang perlukan perfection melalui direct transfer, proses pindah milik adalah sekitar 8 bulan.

Anggaran masa:

  • Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
  • Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
  • Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 8 bulan
  • Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 12 bulan

4) Rumah berstatus leasehold, perfection double transfer

Rumah berstatus leasehold, perfection dan double transfer pula agak ambil masa yang lama. Ini kerana anda perlu buat pindah milik dua kali.

Ini juga bermaksud jangka masa pindah milik dua kali lebih lama berbanding rumah leasehold yang dah ada geran.

Anggaran masa:

  • Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
  • Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
  • Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 12-14 bulan
  • Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 16-18 bulan

Perkara Yang Boleh Melambatkan Proses

Proses jual rumah ni boleh memakan masa yang lama. Terutama jika geran rumah belum lagi disempurnakan.

Namun begitu proses juga boleh jadi lebih panjang kalau:

  • Lambat dapat pembeli
  • Loan pembeli tak lulus
  • Dokumen hilang
  • Pemaju lambat beri respond atau bankrap (dalam kes master title)
  • Pembeli guna loan kerajaan (biasanya perlu tambahan masa 2-3 bulan)

Minta nasihat dari peguam anda untuk tahu lebih lanjut tentang berapa lama jangkaan untuk proses jual rumah anda selesai.

Cara Nak Cepatkan Proses Jual Rumah

Ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk cepatkan proses jualan:

Leave a Comment

64 thoughts on “Berapa Lama Proses Dan Tempoh Dapat Duit Jual Rumah?”

  1. salam tuan saya merupakan penjual rumah. tarikh jual beli dlm bulan januari, bln 3 pembeli menyatakan loan beliau lulus melalui lppsa, dan sya juga beli rumah melalui lppsa. dlm bln 5 gaji saya dah stop utk potongan angkasa perumahan. bermakna tiada masalah loan. pembeli juga menyatakan gaji beliau sudah mula potong angkasa perumahan bln 6.2021sehingga sekarang bulan 10 2021.. tetapi saya pun hairan kenapa peguam saya menyatakan yang nama geran tidak selesai sehingga sekarang.. ini dtg dari masalah peguam atau pun bdn kerajaan yg sepatutnya. masalah itu telah membuat payment saya tidak dibayar dbuat oleh lppsa.. agak2 berapa lama saya boleh dpat duit sya tu.. pening kepala sya dbuat nya.. atau tuan ada cadangan yang ptt saya buat untuk mempercepat kan semua proses sehingga ia nya selesai.. terima kasih

    Reply
    • Kes macam encik ni agak terpencil tapi boleh berlaku. Mungkin encik kena find out apa yang menyebabkan kelewatan tu melalui peguam yang uruskan. Kalau ikut pengalaman saya, kes jadi macam ni bila dokumen asal penjual tu hilang atau tak lengkap dekat LPPSA. Atau salah satu sebab lagi kerana pejabat tanah tidak beroperasi semasa tempoh PKP sebelum ni.

    • kalau pejabat tanah tak beroperasi semasa pkp tempoh hari, proses tukar nama geran dilakukan memakan masa brp bulan lg ye tuan.. jika kata la ia strt operasi september lepas

  2. Salam Tuan. Kalau rumah freehold, tapi lot bumiputra biasa berapa lama tempoh proses ya? Especially musim covid19 ni.
    Tq Tuan

    Reply
    • Jangkamasa jual rumah freehold ni jangkamasa dia macam ni:
      1) Tempoh dapat pembeli (tak tentu, mungkin 3 bulan)
      2) Settlekan loan dan S&P (sekitar 1 bulan)
      3) Pindah milik (3-4 bulan).

      Jadi total durasi jual beli tu mungkin 7-8 bulan, termasuk tempoh nak dapatkan pembeli.

  3. saya ada membeli rumah leasehold mengunakan LPPSa..lppsa telah buat bayaran untuk selesaikan baki hutang penjual.sekarag menunggu baki pembiayaan utk dibayar kepada peguam/penjual. berapa lama tempoh diambil untuk penukaran nama geran ye untuk proses bagi mendapatkan baki pembiayaan tersebut?

    Reply
  4. Ada org nk beli rumah sy, tetapi rumah tu masih nama arwah ayah sy, dan masih dlm proses menunggu surat kuasa dr pejabat pusaka kecil, adakah perlu sy tgu surat pusaka kecil dahulu sblm menandatangani surat perjanjian jual beli?

    Reply
    • Salam tuan. Pertanyaan ni dah di luar skop bidang saya. Kena dapatkan khidmat peguam. Pendapat saya, sebelum tandatangan SNP tu kena tahu sama ada rumah tu boleh transfer atau tidak kepada pembeli. Ini mungkin akan melibatkan penama harta pusaka lain atau pemegang amanah.