resak apartment puncak perdana shah alam

Resak Apartment, Puncak Perdana, Shah Alam

Resak Apartment adalah pangsapuri kediaman yang terletak di Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor. Pangsapuri ini adalah antara pangsapuri berharga mampu milik di Shah Alam.

Berstatus hakmilik pajakan, pangsapuri tanpa lif ini terdiri daripada beberapa blok dengan setiap satunya mempunyai lima tingkat.

Dari segi susun atur, Resak Apartment mempunyai susun atur tunggal. Ianya berkeluasan 850 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.

Antara kemudahan pangsapuri ini termasuklah:

  • Kolam renang
  • Kawasan barbeku
  • Tempat letak kereta berbumbung
  • Trek jogging
  • Pasar mini
  • Taman permainan
  • Kawalan keselamatan 24 jam.

Resak Apartment terletak di tengah-tengah kawasan yang pesat membangun. Pangsapuri ini juga berdekatan dengan banyak mercu tanda di Shah Alam, antaranya:

  • UiTM Puncak Perdana
  • Monterez Golf & Country Club
  • Kompleks Tentera Udara Kelab Diraja Malaysia
  • Plaza Jelutong
  • Mydin
  • Sekolah Antarabangsa Help
  • Kolej Penerbangan Awam
  • Pusat perubatan Ara Damansara
  • IOP International Preschool
  • Saujana Golf and Country Club
  • Citta Mall.

Dari segi akses, Resak Apartment terletak dalam jarak yang singkat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang). Lapangan terbang ini menyediakan pengangkutan udara domestik.

Pangsapuri ini juga mudah dicapai melalui beberapa jalan utama dan lebuh raya. Ini termasuklah:

  • Persiaran Pulau Angsa
  • Jalan Batu Arang
  • Persiaran Seri Hijau Kasturi
  • Guthrie Highway, dan;
  • Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

Butiran Hartanah

  • Nama: Resak Apartment
  • Alamat: Persiaran Pulau Angsa, 40150 Shah Alam, Selangor
  • Jenis: Apartment
  • Pegangan: Hamilik pajakan
  • Bilangan Tingkat: 5
  • Bilangan Bilik tidur: 3
  • Bilangan Bilik air: 2
  • Keluasan: 850 kaki persegi

Susun Atur

  • 3 bilik tidur + 2 bilik mandi (850 sf)
pangsapuri resak puncak perdana shah alam
Susun atur dalaman Pangsapuri Resak.

Kemudahan

  • Kolam renang
  • Kawasan barbeku
  • Tempat letak kereta berbumbung
  • Trek jogging
  • Pasar mini
  • Taman permainan
  • Sekuriti 24 jam

Lokasi Hartanah

Analisis

Resak Apartment merupakan satu pangsapuri baik terletak di Shah Alam. Kawasan ini juga berdekatan dengan bandar Saujana Utama, Sungai Buloh.

Kawasan ini pesat membangun serta mempunyai permintaan yang tinggi dari segi sewaan. UiTM Puncak Perdana hanya bersebelahan dengan pangsapuri ini.

Ini menyebabkan ianya menjadi kawasan tumpuan mahasiswa. Satu unit yang lengkap dengan perabot boleh disewa sehingga RM1,000 sebulan.

Harga Resak Apartment di pasaran sekunder sekitar RM200,000 ke atas. Sebagai pelaburan, harga ini sangat berpatutan dengan sewa yang diterima.

Jalan di kawasan sekitar pangsapuri ini agak sesak pada waktu utama kerana banyak pembangunan sekitar. Luar waktu utama, penduduk akan menikmati perjalanan yang lancar.

Ingin beli atau jual hartanah di Resak Apartment?

Jika tuan puan perlukan bantuan untuk menjual atau membeli pangsapuri ini, bolehlah hubungi saya dengan mengisi borang di bawah. Saya merupakan ejen hartanah Resak Apartment yang kerap menjalankan transaksi jual beli di sini.

Jual Beli Hartanah
Sending

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.