Semakan Baki Pinjaman Perumahan Bank Dan Kerajaan

Tuan puan dah bayar installment rumah bertahun-tahun. Tapi berapa baki pinjaman sekarang? Gunakan kalkulator ni untuk buat semakan baki pinjaman perumahan. Terpakai untuk pinjaman perumahan bank atau kerajaan.


.

.

.

Macam Mana Nak Buat Semakan Baki Pinjaman Perumahan Ni?

Isikan ruangan berikut dan tekan butang ‘Kira’.

  • Jumlah Pinjaman: amaun ni sama dengan jumlah pinjaman yang tuan puan buat, ditambah dengan kos peguam dan insuran yang disertakan dalam pinjaman.
  • Bayaran Bulanan: ni installment bulanan yang tuan puan bayar kepada institusi yang memberi pinjaman.
  • Jumlah Bulan Telah Dibayar: merujuk kepada jumlah bilangan bulan yang tuan puan telah bayar. Contohnya jika tuan puan buat bayaran bermula January 2010 ke bulan semasa Disember 2017. Ianya bersamaan dengan 84 bulan (7 tahun x 12).
  • Kadar Faedah Tahunan: ini ialah kadar faedah atau kadar keuntungan tahunan bagi pinjaman tuan puan.

Tepat Ke Semakan Guna Kalkulator Ni?

Kalkulator ini adalah anggaran sahaja. Ambe programkan kalkulator ni bagi mereka yang perlukan anggaran mudah.

Terutama untuk mereka yang nak jual atau refinance rumah.

So apa kekurangan semakan ni?

Pertama, ianya tak mengambil kira jika ada perubahan bayaran bulanan atau kadar faedah.

Kadar faedah / keuntungan bank ni boleh jadi berubah sepanjang tempoh pinjaman bergantung kepada polisi bank negara dan bank tersebut. Ini akan menyebabkan baki pinjaman perumahan tu tak tepat.

Ambe cadangkan tuan puan buat anggaran berapa purata kadar faedah jika ada perubahan sepanjang tempoh pinjaman.

Kedua, kalkulator ini juga tak sesuai jika tuan puan guna pakej pinjaman flexi dan buat bayaran tambahan untuk selesaikan pinjaman pokok lebih cepat. Semakan ni hanya tepat jika tuan puan ikut bayaran yang ditetapkan bank.

Dan akhir sekali, perlu diingat juga bank mungkin akan kenakan fi atau penalti lock-in period jika tuan puan langsaikan hutang awal. Ini akan meningkatkan jumlah yang perlu dibayar.

Mencari ejen hartanah

Saya Dah Bayar Banyak Tapi Baki Pinjaman Sikit Je Berkurangan?

Memang pun. Baki pinjaman pokok tu lambat berkurang terutama untuk 10 tahun pertama.

Ini kerana bayaran bulanan tuan puan tu meliputi bayaran faedah / keuntungan dan bayaran pokok. Untuk tahun-tahun awal, bahagian faedah / keuntungan tu lebih besar. Sikit sangat bahagian yang digunakan untuk selesaikan bayaran pokok.

Bila dah pertengahan atau hujung tempoh pinjaman, barulah bahagian untuk selesaikan amaun pokok tu lebih signifikan.

Pandaikan bank? Haha.

Ada Ke Cara Lain Nak Buat Semakan?

Untuk pinjaman bank, boleh hubungi terus atau mohon untuk dapatkan penyata baki pinjaman di cawangan. Ada sesetengah bank mempunyai fasiliti untuk buat semakan online.

Untuk pinjaman kerajaan pula, boleh terus hubungi atau guna laman LPPSA.

Berapa Keuntungan Jual Rumah Saya?

Kalau tahu baki pinjaman perumahan je tak cukup untuk buat anggaran keuntungan jual rumah.

Ada beberapa kos lain yang tuan puan perlu ambil kira. Antaranya ialah kos:

  • Cukai hartanah (RPGT) jika tuan puan jual rumah dalam tempoh 5 tahun dari tarikh belian.
  • Penalti lock-in period jika jual rumah dalam tempoh ‘lock-in’ yang bank tetapkan
  • Guaman
  • Ejen hartanah (jika ada)
  • Kos-kos lain seperti tunggakan utiliti, maintenance.

Tuan puan akan dapat kira hasil jualan setelah tolak kos-kos ini dan baki pinjaman perumahan daripada harga jual.

Kesimpulan

Ambe harap kalkulator yang ambe sediakan ni dapat membantu tuan puan buat keputusan seterusnya.

Sebelum ambe akhiri artikel ni, berikut ialah artikel-artikel yang tuan puan boleh ikuti:

Kalau ada pertanyaan, boleh isi di ruangan komen. Terima kasih.

Leave a Comment