Skop Kerja Dan Tugas Perunding Hartanah

Bila nak mulakan kerjaya dalam bidang hartanah, soalan pertama yang bermain di fikiran dah tentulah, “Apa sebenarnya skop kerja ejen hartanah ni”?

Seperti yang saya jelaskan dalam artikel Cara Menjadi Ejen Hartanah skop kerja perunding hartanah ni ada dua bahagian. Dengan pemilik dan dengan pembeli. Kali ni saya akan terangkan dengan lebih lanjut. Jom kita!

Skop Kerja Perunding Hartanah Dengan Pemilik Rumah

Objektif dengan pemilik rumah ni untuk dapatkan listing. Listing ni ialah rumah yang kita nak jual. Prosedur untuk dapatkan listing adalah seperti berikut:

  • Buat marketing untuk dapatkan prospek
  • Hubungi pemilik rumah
  • Semak nilai pasaran
  • Buat temujanji
  • Inspection rumah
  • Buat pemasaran

1. Buat marketing untuk dapatkan listing

Nak dapatkan listing, kita kena buat pemasaran. Pemasaran ni bermula dengan penjenamaan diri yang mana kita nak beritahu prospek penjual bahawa anda adalah ejen hartanah yang kompeten.

tugas ejen perunding hartanah

Ada banyak kaedah pemasaran, termasuklah pemasaran online atau secara terus melalui ‘cold-calling’.

Ingat, pemasaran adalah kunci untuk dapatkan listing. Dan listing adalah nyawa kepada kerjaya seorang perunding hartanah.

2. Hubungi pemilik rumah

Seterusnya anda akan hubungi pemilik rumah dan tawarkan khidmat jualan.

Kalau pemilik bersetuju, dapatkan butiran rumah. Butiran ni untuk semak harga pasaran rumah tu.

3. Semak harga pasaran

Sebelum ziarah ke rumah, semak harga pasaran rumah terlebih dahulu dan kaji persaingan setempat.

Kenapa kena buat ni? Kerana anda mesti pastikan pemilik serius nak jual rumah dan rumah tersebut boleh laku kalau anda pasarkan.

Jika anda dapati harga terlalu tinggi, berikan nasihat yang betul kepada mereka.

Biasanya rumah yang mana harganya lebih harga pasaran ni susah nak jual. Dan pembeli juga ada risiko dapat margin pinjaman yang rendah. Kalau tak semak nilai pasaran, susah di kemudian hari.

4. Buat temujanji

Setelah semak dan beritahu pemilik nilai pasaran, langkah seterusnya buat temujanji dan ziarah ke rumah tu. Tapi sebelum pergi, pastikan anda dah kaji sedikit sebanyak tentang kawasan rumah tersebut.

Paling minimum kena tahu latar belakang projek, lokasi dan ciri rumah.

5. Inspection rumah

tugas perunding ejen hartanah - inspection

Objektif inspection rumah ni adalah untuk:

  • Bina hubungan dan faham expectation pemilik
  • Periksa keadaan rumah
  • Periksa dokumen hak milik rumah seperti geran dan perjanjian jual beli
  • Rundingan harga rumah
  • Dapatkan lantikan pemilik dengan menandatangi surat lantikan (Authorisation to Sell)
  • Ambil gambar.

Jika anda capai semua objektif di atas, insyaAllah kerja pemasaran akan lebih licin.

6. Iklan

Setelah kesemua langkah di atas lengkap, anda akan pasarkan hartanah. Ada banyak medium yang anda boleh guna. Sebagai permulaan saya syorkan guna Mudah.my, Propertyguru dan Facebook.

Kunci kejayaan pemasaran ni bukanlah berapa banyak medium yang anda ada. Tetapi lebih kepada frekuensi. Makin kerap dan banyak anda iklan, makin ramai prospek yang anda akan dapat.

Skop Kerja Perunding Hartanah Dengan Pembeli Rumah

Dengan pembeli hartanah pula, inilah skop kerja anda:

  • Terima butiran prospek
  • Hubungi prospek pembeli
  • Semak kelayakan pembeli
  • Buat dan hadir temujanji
  • Memudah cara proses pinjaman
  • Memudah cara proses guaman

1. Terima butiran

Setelah anda pasarkan rumah, anda akan terima panggilan dari prospek pembeli.

Bila dapat contact prospek, susun dengan baik. Kena ada sistem macam mana kita nak kenal pasti prospek pembeli dalam contact list. Kalau tak ada cara kerja yang baik, nanti terlupa atau hilang.

2. Hubungi pembeli

Anda kemudian akan hubungi pembeli dan kenal pasti keperluan mereka. Ni antara butiran yang tuan puan kena tahu :

  • Latar belakang pembeli
  • Tempat menetap sekarang
  • Lokasi tempat kerja
  • Prospek tahu tak lokasi rumah?

Kesemua butiran ni adalah untuk pastikan pembeli tu adalah prospek yang serius.

3. Semak kelayakan pembeli

Aspek seterusnya yang anda kena pastikan ialah sama ada pembeli bersedia dari segi kewangan.

  • Mereka cukup tunai untuk bayar wang tempahan dan deposit
  • Mereka cukup tunai untuk bayar khidmat guaman dan stamping
  • Mereka layak meminjam jika beli melalui pinjaman

Kalau pembeli belum bersedia, eloklah anda nilai semula sama ada masih ingin bawa pembeli tu untuk ziarah ke rumah.

4. Buat temujanji

Anda kemudian akan buat temujanji dengan pembeli dan pemilik untuk ziarah rumah. Biasanya temujanji ni pada hujung minggu.

5. Hadir temujanji

Seterusnya anda akan bawa pembeli ziarah ke rumah. Nasihat saya untuk ejen hartanah baru, bila jumpa klien, jadi diri sendiri sahaja. Orang lebih percaya kepada kita kalau kita ni tak oversell.

tugas ejen hartanah

Untuk pembeli yang berminat dengan rumah, anda akan jalankan rundingan. Setelah rundingan berjaya, pastikan mereka tandatangan borang Offer To Purchase dan bayar wang tempahan.

Wang tempahan tu mesti bayar kepada agensi. Kalau buat cek mesti atas nama agensi. Jangan minta klien buat cek atas nama tuan puan pula. Salah tu.

6. Proses pinjaman

Anda kemudian bantu pembeli untuk dapatkan pinjaman. Anda kena pastikan dokumen untuk permohonan pinjaman lengkap dan hantar permohonan tu kepada jurubank.

Kebanyakan bank utama akan beri jawapan dalam masa 1-2 minggu. Jika lulus, anda akan rujuk kes kepada peguam.

7. Proses perjanjian jual beli

Sebelum hantar kes kepada peguam, tanya dulu pembeli sama ada mereka sudah ada peguam untuk wakili mereka.

Kalau tiada anda boleh rujuk kes kepada peguam yang anda kenal.

Proses guaman ni akan makan masa lebih kurang 1 minggu. Jualan selesai setelah pemilik dan pembeli tandatangan surat perjanjian.

tugas perunding hartanah

Tugas seterusnya adalah untuk tuntut komisyen. Anda kena berikan kepada agensi:

  • Surat lantikan jual rumah (Authorisation to Sell)
  • Surat tawaran belian rumah (Offer to Purchase)
  • IC pembeli dan penjual
  • Salinan perjanjian jual beli rumah

Kesimpulan

Settle! Ni la skop kerja perunding hartanah. Nampak macam senang kan? Macam senang tapi ni hanyalah asas, ada banyak lagi ilmu yang anda perlu tahu.

InsyaAllah saya akan kongsikan dalam pos akan datang. Sebelum saya akhiri, berikut artikel yang anda boleh ikuti:

Leave a Comment

14 thoughts on “Skop Kerja Dan Tugas Perunding Hartanah”

  1. Salam
    Bagaimana cara saya nak daftar jadi perunding hartanah di Arif Hussin Ejen Hartanah?
    Bole saya tahu dimana pejabat Arif Hussin ini?

    Regards
    Rozitah

    Reply
  2. Salam Tuan. Keluarga saya sedang membangunkan projek perumahan sederhana di Kota Bharu. Saya berada di KL dan ingin cuba untuk memasarkan perumahan tersebut di KL. Cuma saya kurang pasti bagaimana saya harus mulakannya. Saya tidak ada pengalaman dalam bidang hartanah

    Reply
    • Oleh kerana projek tu adalah projek keluarga, pendapat saya keluarga encik boleh lantik encik sebagai ejen jualan in-house. Kemudian encik boleh pasarkan rumah tu untuk dapatkan pembeli. Kebiasaannya untuk hartanah di kota bharu, pemaju akan sasarkan pembeli yang bekerja di sektor awam.