Teknik Menganggar Nilai Hartanah Di Masa Hadapan

Teknik Anggaran Nilai Hartanah Di Masa Hadapan

Jika anda ingin membeli atau sudah memiliki hartanah, anda mungkin tertanya-tanya berapakah nilai hartanah anda beberapa tahun dari sekarang.

Sebenarnya untuk menganggar nilai hartanah pada masa hadapan adalah amat mudah. Dengan pengetahuan ini, anda dapat:

  • Membuat perbandingan hartanah sebelum membuat pembelian.
  • Mengatur strategi pelaburan anda seperti membuat anggaran pada masa bilakah anda patut menjual hartanah anda.
  • Mengukur nilai aset bersih atau dengan kata lain, kekayaan anda.

Kesimpulannya, pengetahuan ini membantu anda membuat keputusan pelaburan yang tepat.

Dalam tutorial ini saya akan berkongsi tentang teknik, bagaimanakah cara mudah, untuk membuat anggaran nilai hartanah di masa hadapan.

Data Yang Diperlukan

Untuk mengira nilai hartanah pada masa hadapan, kita perlu tahu tiga perkara:

  1. Kadar peratusan peningkatan harga hartanah pada masa lepas
  2. Bilangan tahun dari sekarang
  3. Nilai hartanah semasa

Formula Excel

Setelah mengumpul kesemua data di atas kita kemudiannya akan menggunakan formula Microsoft Excel berikut:

=FV(a,b,,-c)

Dimana:

a = Kadar peratusan peningkatan harga hartanah pada masa lepas
b = Bilangan tahun dari sekarang
c = Nilai hartanah semasa

Contoh Pengiraan

Kita ambil suatu contoh. Katakan kita memiliki sebuah rumah bernilai RM500,000 pada tahun semasa iaitu 2014, dan kadar kenaikan rumah di Lembah Klang secara purata adalah 8% setahun.

Jadi, berapakah nilai rumah tersebut 5 tahun dari sekarang, iaitu pada tahun 2019? Dengan menggunakan data yang ada formula excel kita dapat dilengkapkan menjadi:

=FV(8%,5,,-500000)

Jika saya menggunapakai formula ini dalam Microsoft Excel, kita dapat melihat nilai rumah tersebut akan menjadi sebanyak RM734,664.04 pada tahun 2019.

Ini menunjukkan, jika kadar peningkatan adalah 8% peratus setahun, anda akan memperoleh keuntungan lebih daripada RM200,000 pada tahun 2019.

Saya kira, pastinya informasi ini dapat membantu anda membuat perancangan kewangan yang lebih baik.

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.