Teori ‘Compounding Return’ Dalam Pelaburan Hartanah

Harini saya ingin berkongsi tentap konsep ‘Compounding Return’. Kefahaman dalam konsep ini adalah kunci untuk menggandakan aset anda hingga ada sesetengah pelabur memberi jolokan nama ‘8th Wonder of the World’ kepada konsep ini. Sebagai pelabur hartanah, konsep ini akan memberi perspektif baru dalam membuat keputusan pelaburan.

1) Konsep ‘Compounding Return’ adalah dimana pulangan diterima atas pelaburan asal dan pulangan sebelumnya. Teori ‘Compounding Return’ ini adalah sama dengan ‘Compounding Interest’. Normalnya konsep ini diaplikasi dalam instrumen kewangan, tetapi boleh juga digunapakai dalam pelaburan hartanah.

2) Sebagai contoh, jika anda mempunyai wang sebanyak RM10,000 pada awal tahun dan anda melabur dalam saham amanah yang memberi pulangan 10% setahun, pelaburan tersebut nilainya akan meningkat menjadi RM11,000 pada akhir tahun pertama. Anda beroleh keuntungan RM1,000 daripada pelaburan tersebut (RM10,000 x 10%)

3) Persoalannya sekarang, berapakah keuntungan anda pada akhir tahun kedua? Jika keuntungan RM1,000 pada tahun pertama anda laburkan bersama prinsipal RM10,000, total pelaburan anda sudah menjadi RM11,000 pada akhir tahun pertama. Di akhir tahun kedua, pulangan yang anda peroleh adalah sebanyak RM1,100 (RM11,000 x 10%).

4) Pada tahun kedua, pulangan atas pelaburan anda sudah digandakan dengan pulangan tahun pertama.

5) Mungkin anda fikir perbezaan pulangan pada tahun pertama dan kedua tidaklah terlalu ketara. Tetapi impak ‘Compounding Return’ ini semakin jelas semakin lama anda melabur. Lihat sahaja carta dibawah. Dengan hanya RM10,000, pulangan 10% setahun, wang anda digandakan sehingga RM442,000 pada tahun keempat puluh. Sebab inilah teori ‘Compounding Return’ ini dikatakan 8th wonder of the world.

Capture

6) Tetapi bagaimana pula dengan pelaburan hartanah?

7) Impak ‘Compounding Return’ adalah lebih besar untuk pelaburan hartanah kerana ‘leverage’. Wang yang kita ada sebanyak RM10,000 boleh membeli hartanah yang nilainya sehingga RM100,000 melalui pinjaman. Katakanlah kenaikan harga rumah adalah sebanyak 5% setahun, pada tahun keempat puluh, pulangan pelaburan anda adalah sebanyak RM603,000.

 

Capture2

8) Walaupun dalam contoh ini, pulangan pelaburan hartanah adalah lebih rendah daripada saham amanah (5% vs 10%), pelaburan hartanah memberi pulangan yang lebih baik atas sebab ‘leverage’ pinjaman. Kenaikan harga rumah 5% adalah atas total pelaburan yang kita kawal iaitu RM100,000 berbanding pulangan 10% untuk RM10,000 bagi saham amanah. Ini belum lagi dicampur dengan kelebihan-kelebihan lain seperti sewa.

9) Post saya kali ini hanya untuk mendemonstrasikan impak ‘Compounding Return’ untuk pelaburan hartanah. Saya akan kongsi lebih lanjut tentang kebaikan dan keburukan pelaburan hartanah dalam post saya akan datang, InsyaAllah.

10) Dengan kefahaman ‘Compounding Return’, kita ketahui bahawa masa dan pulangan memainkan peranan penting dalam apa jua jenis pelaburan. Semakin awal kita melabur dalam pelaburan yang bijak, sudah pasti kita akan menuai hasil yang setimpal di masa hadapan. Disiplin dan kesedaran adalah kunci.

 

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.