Terima kasih. Saya akan respon pada hari Isnin - Jumaat. Perlu bantuan jualan rumah? Hubungi saya.

logo arif hussin

Jual Rumah Dengan Perunding Hartanah Berdaftar

Mencari ejen hartanah untuk jual rumah? Saya bantu anda jual rumah cepat dan bebas masalah. Lembah Klang sahaja.

arif hussin

Khidmat Jualan Rumah

Hubungi saya sekarang.

Jual Rumah Tidak Mudah

Dalam pasaran sekarang, ribuan rumah tak terjual dengan nilai berbillion ringgit. Rumah anda bakal bersaing dalam kolam ini. Boleh ke laku? Realitinya, jual rumah tidak semudah dulu kerana persaingan. Anda juga perlu ada kemahiran dan masa untuk menang dalam pasaran. Masalah mungkin timbul yang akan gagalkan jualan. Apa kata saya bantu anda?

Bagaimana Saya Boleh Bantu

Supaya rumah anda terjual cepat tanpa masalah.

satu

Bantu Anda Untuk Buat Perancangan Jualan  

Saya akan pastikan anda jelas tentang jangkamasa jualan, kos yang terlibat dan berapa anggaran hasil yang anda akan peroleh. Ini penting supaya anda dapat buat keputusan yang tepat dan penuhi impian anda selepas jualan.

dua

Khidmat Nasihat Menetapkan Harga Hartanah  

Proses nak tetapkan harga rumah adalah mencabar. Rumah tak laku jika harga terlalu tinggi. Sebaliknya, anda rugi jika tetapkan terlalu rendah. Saya akan jalankan kajian pasaran untuk bantu anda tetapkan harga rumah yang optimum dan boleh terjual cepat.

tiga

Pemasaran Yang Berkesan Dan Konsisten  

Saya juga akan pastikan rumah anda terima pendedahan yang cukup dan konsisten kepada prospek membeli melalui portal iklan, media sosial dan juga lebih 200 jaringan perunding hartanah berpengalaman yang mungkin sudah ada pembeli. Iklan ini juga akan sentiasa dipantau.

empat

Memastikan Proses Lancar  

Setiap prospek adalah unik dan ada keperluan tersendiri. Saya akan saring mereka untuk bantu dapatkan pinjaman dengan bank yang sesuai dengan profil mereka. Anda dan pembeli juga akan dihubungkan dengan jaringan peguam dan jurubank yang berpengalaman untuk pastikan proses jual beli berjaya.

Komited Dengan Jualan Rumah Anda

Saya dengan rendah diri tawarkan khidmat saya.

perunding hartanah berdaftar

Berdaftar

Merupakan perunding hartanah berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.

perunding hartanah berpengalaman

Berpengalaman

Berpengalaman lebih 10 tahun dan telah menguruskan ratusan kes jual beli yang mencabar.

perunding hartanah fokus

Fokus

Hanya buat sekitar 30 rumah pada sesuatu masa dan beri lebih fokus kepada rumah anda.

Pemasaran Video

Pemasaran video akan dijalankan untuk rumah yang berada dalam keadaan baik terutama dari jenis banglo, berkembar dan teres. Rumah akan dapat lebih pendedahan kepada bakal pembeli.

Portfolio

Sebilangan dari ratusan hartanah yang telah saya bantu pemilik jualkan.

Hubungi Saya Sekarang

Setelah anda tekan butang di bawah dan isi borang, saya akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat rumah. Saya kemudian akan terus jalankan kajian pasaran untuk mulakan jualan.

Soalan Lazim

Adakah saya perlu bayar apa-apa wang pendahuluan untuk fi agensi

Tidak ada. Bayaran fi agensi hanya ada jika jualan berjaya dan amaun tersebut daripada hasil jualan rumah.

Bagaimana proses jualan rumah melalui ejen / perunding hartanah

Setelah anda hubungi saya, saya akan lakukan kajian pasaran. Kemudian saya akan buat lawatan ke rumah sebelum mulakan proses pemasaran. Penglibatan pemilik dalam proses jualan sangat mudah dan minimum. Hanya perlu turunkan tandatangan borang setuju jual dan perjanjian jual beli, setelah ada pembeli yang berminat.

Adakah Encik Arif perunding hartanah berdaftar

Ya. Saya perunding hartanah berdaftar REN03847, di bawah Landsworth Properties Sdn Bhd. Kesemua proses yang saya jalankan adalah mengikut lunas undang-undang dan ketetapan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah.

Saya sudah ada pembeli, boleh Encik Arif uruskan

Boleh. Fi agensi akan ada diskaun untuk kes sebegini.

Bolehkah saya dapatkan no telefon Encik Arif untuk berhubung terus

Saya boleh dihubungi melalui talian 013-9398811. Tetapi saya galakkan anda isi borang di atas supaya saya tidak terlepas pandang. Maklumat yang diisi melalui borang akan terus masuk ke sistem saya. Ini memudahkan saya untuk berikan respon dengan lebih baik.

Hubungi Saya Sekarang

Setelah anda tekan butang di bawah dan isi borang, saya akan hubungi anda untuk dapatkan maklumat rumah. Saya kemudian akan terus jalankan kajian pasaran untuk mulakan jualan.

Arif Hussin merupakan perunding hartanah sepenuh masa sejak 2012, dan pengurus agensi di Landsworth Properties.  Telah membantu ratusan pemilik rumah dalam jualan rumah. Merupakan graduan Association of Chartered Certified Accountants UK. Pernah berkhidmat dengan Deloitte dan Petronas.

arif hussin

Arif Hussin

Perunding Hartanah

Copyright © 2022 · Arif Hussin
REN03847 · Landsworth Properties