10 Cara Jual Rumah Cepat Dan Dapat Pembeli Segera

Anda mesti excited nak capai impian lepas jualan rumah selesai. Tapi, bila dah iklankan rumah, tiba-tiba…sunyi sepi. Tak ada panggilan pun daripada pembeli. Apa jadi ni? Relax, jangan stress! Dalam artikel ni, saya akan dedahkan 10 cara yang anda boleh buat untuk pastikan anda jual rumah cepat dan dapat pembeli segera. Ayuh kita!

cara jual rumah cepat

1) Baiki impresi pertama rumah

Kalau anda nak jual rumah cepat, rumah tu mesti beri impresi terbaik dari awal! Jangan biarkan rumah nampak terabai dan penuh kekacauan (haha).

  • Susun kemas supaya nampak lapang dan luas.
  • Potong rumput kalau dah panjang.
  • Perbaiki kerosakan, terutama yang boleh ganggu impresi, contohnya bocor lantai atau atap.
  • Cat rumah untuk lebih ‘wow’!
  • Kalau ada bajet, tambahkan lampu hiasan.
  • Pasang semua lampu, kipas, dan aircond bila pembeli ziarah.
cara jual rumah cepat - baiki impresi pertama
Rumah cantik macam dalam gambar ni akan mudah terjual.

Sebagai ejen hartanah, saya pernah jual rumah tak sampai seminggu. Rumah tu bukanlah paling murah, tapi impresi pertama yang hebat buat bakal pembeli terus sangkut.

Tapi lepas anda buat transformasi ni, jangan la pula naikkan harga terlalu tinggi. Susah juga nak jual nanti. Ok seterusnya…

2) Jangan bebankan pembeli. Semak harga pasaran untuk jual rumah cepat.

Bila beli rumah, pembeli dah tentu cari rumah yang tak lebih harga pasaran semasa. Kenapa?

Sebab mereka nak pastikan mereka boleh dapat pinjaman yang cukup! Sebagai contoh, untuk rumah berharga RM100,000. Bank hanya bagi pinjaman 90% dari harga tu iaitu RM90,000. Baki RM10,000 pembeli kena bayar tunai.

Nah, apa jadi kalau anda jual lebih harga pasaran? RM120,000 misalnya?

Pembeli tadi kena keluarkan lebih tunai, iaitu RM30,000 (RM120,000 harga rumah tolak RM90,000 pinjaman). Ini pun belum campur lagi kos guaman dan duti setem yang dorang kena tanggung.

cara jual rumah cepat - ikut harga pasaran

Dalam keadaan begini, jaranglah pembeli akan teruskan. Kalau ada duit pun, mereka akan cari tawaran yang lebih baik. Boleh jadi rumah jiran anda yang kebetulan sedang dijual lebih murah.

Sebab tu anda mesti semak harga pasaran.

Macam mana nak check harga pasaran? Senang je, anda boleh guna servis semak harga pasaran percuma yang saya sediakan, atau tanya jurubank.

TAPI. Harga pasaran bukan penentu utama rumah boleh laku atau tak. Baca seterusnya…

3) Persaingan adalah faktor utama rumah tak terjual. Semak pesaing anda.

Anda dah baiki impresi pertama. Dah semak harga pasaran. Tapi kenapa rumah masih tak laku?

Jawapannya kerana persaingan. Kalau pesaing rumah anda letak harga lagi murah, dah tentulah susah nak jual.

Pembeli pun bukanlah selalu datang dekat kawasan rumah anda tu. Dalam pasaran perlahan macam sekarang, mungkin sekali je dalam tiga bulan.

Kalau tak dapat tangkap pembeli tu, alamatnya kena bersabar dua tiga bulan lagi untuk kita dapat pembeli seterusnya.

Sebab tu lah rumah yang anda jual tu mesti kompetitif terutama dari segi harga.

Jadi, macam mana cara nak pastikan rumah anda tu boleh bersaing?

Buka portal iklan macam Mudah.my dan cari jenis dan lokasi sama macam rumah anda. Contoh, “Teres Seksyen 7 Shah Alam”.

Kemudian semak iklan pesaing termasuk harga. Buat perbandingan dan pastikan rumah anda boleh boleh jadi pilihan!

Ok, selesai bab harga. Sekarang saya nak sentuh juga tentang iklan. Anda kena tahu bahawa…

4) Bukan semua medium iklan ada trafik. Guna portal iklan yang betul.

Medium iklan memainkan peranan besar. Untuk jual rumah cepat, rumah anda mesti dapat pendedahan maksimum!

Jangan terbatas dengan iklan dekat profil Facebook sahaja. Tak cukup tu. Tambah pula kalau kenalan anda terhad.

Saya sarankan anda iklankan juga di di Mudah.my dan Facebook Marketplace.

Ada beberapa lagi medium popular macam Propertyguru, Edgeprop dan Propsocial. Tapi, medium ini hanya untuk ejen hartanah.

Kalau guna media sosial, ijklankan dekat group yang spesifik. Contohnya, kalau jual rumah dekat Shah Alam misalnya, iklankan rumah dekat group Shah Alam Resident atau Shah Alam Resident Business.

Group ini lebih khusus kepada target pembeli anda. Iklan anda akan lebih relevan dan berkesan!

5) Tiada siapa akan tengok iklan kalau tak kena cara. Perbaharui iklan anda.

Nak iklankan rumah ni pun ada cara dia. Anda tak boleh naikkan iklan dan tinggalkan begitu sahaja.

Katakan anda iklankan rumah anda guna Mudah.my. Mungkin tak sampai sejam dua, akan ada iklan pesaing yang masuk.

Ini menyebabkan iklan anda jatuh ke bawah. Sehari dua lepas tu iklan anda dah tak ada dekat halaman pertama.

Kesannya besar. Pembeli jarang layari laman web laman kedua dan seterusnya.

Mereka tak akan jumpa iklan anda lagi walaupun rumah anda tu ada tawaran paling best.

Oleh sebab itu, iklan anda tu kena selalu perbaharui. Kena selalu berada dalam laman pertama dan antara yang teratas.

6) Guna gambar yang baik untuk jual rumah cepat

Selain itu, pastikan juga gambar iklan cantik dan mencerminkan keadaan rumah.

Lihat iklan sahaja iklan ejen hartanah. Anda akan dapati gambar iklan memang menarik perhatian. Sebab mereka tahu, gambar yang cantik boleh cepatkan jualan.

Kalau gambar gelap dan menggambarkan keadaan rumah, kuranglah bakal pembeli yang akan hubungi.

cara jual rumah cepat - fotografi hartanah

Nak ambil gambar elok ni tak susah. Anda boleh rujuk artikel yang saya tulis ni: Fotografi Hartanah: Teknik Ambil Gambar Untuk Jual Rumah.

Apa pun, sebelum ambil gambar, kemas rumah, cat jika perlu, buka lampu, dan ambil gambar dari sudut terbaik.

Rumah akan terjual cepat dengan gambar yang memukau!

7) Guna kata kunci yang betul.

Iklan anda juga mesti ada kata kunci yang betul. Kata kunci ni ialah cara pembeli jumpa iklan anda bila mereka buat carian.

Sebagai contoh. Katakan rumah anda tu teres dua tingkat di Puncak Alam.

Anda tahu tempat tu kawasan Melayu. Jadi kata kunci mana yang anda nak gunakan dekat headline dalam iklan anda:

  • 2 Storey Terrace Puncak Alam; atau
  • Teres 2 Tingkat Puncak Alam

Dah tentulah yang guna Bahasa Melayu lebih logik. Kalau guna Bahasa Inggeris, mungkin audiens yang taip guna kata kunci tu tak ramai.

Berbeza pula kalau rumah tu dekat Taman Tun Dr Ismail misalnya. Mungkin Bahasa Inggeris lebih sesuai.

Selain itu, letakkan juga kata kunci yang menarik dekat headline iklan. Jika rumah anda memang cantik atau murah, mungkin headline begini sesuai:

  • Rumah Cantik. Teres Dua Tingkat Puncak Alam.
  • Teres Dua Tingkat TERMURAH Puncak Alam.

Nota: apa yang saya kongsikan ni sesuai jika anda iklan menggunakan Mudah.my.

8) Bantu pembeli dengan terma belian yang fleksibel

Setiap pembeli rumah tak sama. Anda nak jual cepat? Fahami keperluan pembeli.

Cabaran utama pembeli biasanya nak sediakan tunai untuk bayar deposit dan kos guaman.

Contohnya, untuk rumah yang berharga RM500,000, pembeli kedia sediakan sehingga RM70,000.

Amaun ni besar dan membebankan, terutama untuk golongan muda.

Apa yang anda boleh buat ialah kurangkan halangan ni. Macam mana caranya?

  • Tetapkan deposit yang lebih rendah atau secara ansuran
  • Benarkan pembeli buat pengeluaran KWSP untuk bayar deposit
  • Benarkan pembeli guna pinjaman 100%

Dengan cara ni, anda mungkin terima deposit lambat sikit. Tapi yang lebih penting, rumah terjual tu terjual lebih cepat.

9) Fahami proses jual rumah dan rendahkan expectation anda

Apa pun bila jual rumah, jangan letak harapan terlalu tinggi untuk jual segera.

Bersabar, sebab proses jualan ni memang ambil masa. Boleh jadi sebulan dan boleh jadi juga hingga setahun.

Yang lebih mustahak, anda buat tips yang saya beri dan berusaha untuk pasarkan rumah tu dengan konsisten.

Kalau buat separuh masak, hasilnya juga setengah masak.

Bila dah ada pembeli pun, proses pun memakan masa juga sebelum jualan selesai dan anda terima hasil jualan.

Oleh sebab itu, rendahkan expectation dan fahami proses jual beli.

Untuk tahu lanjut tentang proses, anda boleh ikuti artikel Panduan dan Cara Jual Rumah yang saya tulis ni.

10) Guna ejen hartanah

Bagi saya, jual rumah ni melibatkan impian. Ada yang jual untuk mulakan hidup baru, tuai hasil pelaburan, atau beralih ke rumah yang lebih baik.

Meskipun besar impian tersebut, jual rumah bukanlah tugas mudah. Kalau masa dan kemahiran anda terbatas, lantiklah ejen hartanah.

Mereka akan berikan khidmat dan usaha yang konsisten supaya rumah anda terjual.

Ya, jual melalui ejen ada kos yang besar. Tapi yang lebih penting, anda berjaya capai impian selepas jualan. InsyaAllah.

Leave a Comment