Wanita Ini Jual Jutaan Nilai Rumah Sebulan. Ini Rahsia Kejayaan Beliau.

Puan Zairul ni nama yang bukan asing di agensi Medina Properties. Tak sampai 6 bulan menjadi perunding hartanah, beliau telah berjaya jual jutaan ringgit nilai rumah. Malah beliau mampu buat secara konsisten. Jom kita ikuti rahsia kejayaan beliau.

Rahsia Kejayaan

Semasa saya masih bekerja di pejabat dari 9am to 5pm, saya selesa dengan gaji yang masuk setiap hujung bulan.

Apabila saya bertukar kerjaya, saya mula memikirkan strategi untuk saya mendapatkan ‘gaji’ yang lebih dari kerjaya saya sebelum itu.

Macam mana saya nak income yang tinggi dalam masa yang singkat sebagai seorang Perunding Hartanah. Tips ini boleh di aplikasikan untuk apa-apa bidang sahaja.

1. Mendalami Ilmu Hartanah

Knowledge is power. Saya mengasah pengetahuan saya dalam bidang pelaburan hartanah dengan membaca artikel hartanah dan juga berkongsi pengalaman dan pendapat dengan rakan-rakan yang berminat dalam pelaburan hartanah. Dengan ilmu ini saya dapat berkongsi dengan client-client saya.

2. Mengikut Jejak Langkah Selok Belok Orang yang Berjaya

Saya mengenal pasti tokoh-tokoh dalam bidang perundingan hartanah, dan saya menjejaki langkah-langkah mereka.

Saya tidak segan untuk belajar dengan rakan-rakan di dalam agensi saya yang sudah berjaya, walaupun ada yang lebih muda dari saya.

Sebagai contoh saya dapat tahu ada seorang biz partner saya bekerja setiap hari seperti waktu pejabat. Lalu saya mendisiplinkan diri dan hasilnya amat memberangsangkan.

3. Mengikuti Trend Pasaran Semasa

Saya sentiasa memastikan diri saya up-to-date dengan isu-isu dan hal-hal semasa yang berkaitan dengan kerjaya saya.

Ini adalah penting untuk memastikan client-client saya berpuas hati dengan cadangan-cadangan yang saya usulkan. Dengan memberikan pendapat yang bernas, client-client saya juga akan mencadangkan perkhidmatan saya kepada rakan-rakan dan keluarga mereka. Network is Net worth.

4. Mengetahui dan Mempelbagaikan Kumpulan Sasaran

Saya tidak meletakkan had kepada diri saya. Saya tidak hanya memfokuskan hartanah di sesetengah kawasan atau di dalam range harga yang tertentu.

Jika ada peluang untuk saya memberikan perkhidmatan, saya akan cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik. Saya mempelbagaikan portfolio saya untuk menarik kumpulan sasaran dari pelbagai pihak.

Mont Kiara, KL City, Kajang, Bangsar, semua saya cuba! Ini juga bermanfaat kepada client-client saya yang mahu mempelbagaikan portfolio mereka juga.

5. Sentiasa Berpandangan dan Berfikiran Positif

Sudah pasti dalam apa jua bidang ada jatuh bangunnya. Tetapi saya tidak membenarkan diri saya untuk terlalu mengikut perasaan yang negatif. Saya akan muhasabah diri dan cuba mengenalpasti apa yang saya boleh lakukan dengan lebih baik lagi.

Saya sentiasa positif dengan semua biz partner dan rakan-rakan saya. Jika ada yang memberi pendapat atau nasihat, saya akan menerima dengan baik. Positive people attracts positive energy.

6. Nota

Itu adalah antara rahsia yang sebenarnya tidaklah rahsia sangat. Yang penting KITA BUAT! Bukan sekadar bercita-cita sahaja.

Moga apa yang saya kongsikan dapat memotivasikan semua orang di dalam apa jua bidang. Saya juga masih dalam fasa belajar. If i can do it, why can’t you?

Kesimpulan

Nampak tak poinnya? Sebenarnya apa rahsia kejayaan beliau, kita semua pun boleh buat. Ambe harap perkongsian kali ni dapat beri inspirasi kepada tuan-puan. Tuan puan boleh ikuti perkembangan Pn Zairul di laman Facebook. Untuk Puan Zairul, ambe ucapkan selamat maju jaya.

5 thoughts on “Wanita Ini Jual Jutaan Nilai Rumah Sebulan. Ini Rahsia Kejayaan Beliau.

  1. Stau sy….agent hartanah kena.ada lesan…. kn ambil exam..utk layak sbgi ejen hartanah berdaftar…
    Betul ke…

    Kalau macam tu…. bleh bg tau step by.step..

  2. Salam Tuan,

    Saya berminat untuk jadi perunding hartanah dan saya tinggal di Batu Pahat.. Boleh Tuan beri panduan apa saya perlu lakukan..

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.