Bila masuk ke bidang ini, impian setiap orang adalah untuk berjaya. Tetapi bidang ini ada liku-likunya dan enam bulan pertama adalah fasa yang sangat penting. Kalau selama 6 bulan ni, anda tak dapat bimbingan yang betul atau tak ada pendapatan, anda akan gagal. Matlamat saya dan pasukan adalah untuk jadikan anda perunding hartanah berpendapatan tinggi secepat mungkin. Kerana bila anda berjaya, kami juga berjaya.
Bagaimana Kami Boleh Bantu
Latihan
Setelah anda sertai kami, anda akan ikuti kursus Blueprint Perunding Hartanah. Kursus ini akan lengkapkan anda dengan ilmu asas perundingan hartanah.
Strategi
Anda akan laksanakan strategi jualan yang boleh jana pendapatan RM10,000 sebulan. Strategi ini adalah cara paling cepat untuk berjaya dalam bidang ini.
Pemantauan
Anda akan diserap ke pasukan yang berdekatan. Karier anda dikawalselia oleh pengurus pasukan yang akan membimbing anda melalui sesi coaching.
Sistem Sokongan
Landsworth Properties adalah antara agensi bumiputera terbesar di pasaran dengan sistem bayaran komisen terpantas. Bilangan ejen yang ramai memudahkan kerjasama.
Jom Daftar Sekarang
Setelah anda isi borang di bawah, pengurus jualan saya akan hubungi anda untuk uruskan kemasukan dan hadir sesi pengambilan.