Cara Menjadi Ejen Hartanah

Jika anda tengah pertimbang untuk ceburi kerjaya ejen hartanah, eloklah baca artikel ni. Artikel adalah panduan komprehensif tentang semua aspek dan cara menjadi ejen hartanah.

Tulisan ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Di akhir artikel ni InsyaAllah anda akan dapat gambaran yang jelas untuk buat keputusan.

Ejen Hartanah Vs Perunding Hartanah?

Sebenarnya terma ejen hartanah ni ada maksud tersendiri.

Ejen Hartanah

Ejen hartanah ni adalah mereka yang ada kelulusan dalam bidang hartanah. Boleh jadi sijil, diploma atau graduan. Mereka kemudian buat buat praktikal 2 tahun dan ditemuduga oleh Lembaga Penilai Pentaksir Dan Ejen Hartanah. Bila lulus tu mereka dapat lesen dan boleh buka agensi hartanah.

Perunding Hartanah

Perunding hartanah ni pula dilantik oleh ejen hartanah untuk menjalankan transaksi jual beli hartanah. Boleh kata macam pembantu ejen la. Bila perunding hartanah jual rumah, komisyen akan dibahagi antara mereka dan agensi.

Orang ramai biasanya tak tahu tentang beza dua ni. Bagi mereka, perunding hartanah sama dengan ejen hartanah. Sebenarnya ada beza.

Artikel ni ditujukan untuk orang awam. Saya guna bahasa yang biasa digunakan. Jadi bila saya guna perkataan ejen hartanah tu, saya maksudkan perunding hartanah sebenarnya.

Macam Mana Buat Duit Dengan Kerja Ni

Kalau nak jadi ejen hartanah ni lah antara soalan yang bermain di fikiran.

1) Melalui Komisyen Jualan / Sewaan

Pendapatan utama kerjaya ejen hartanah ni melalui komisyen jualan. Contoh kata anda berjaya jual satu unit rumah berharga RM500,000.

Komisyen yang diterima pula ialah 3% (ini komisyen standard pasaran di Malaysia) iaitu RM15,000. Daripada RM15,000 ini anda akan berkongsi dengan agensi.

jadi ejen hartanah

Nisbah perkongsian ini bergantung kepada senioriti. Katakan anda layak terima 70% daripada jumlah komisyen tersebut, pendapatan anda ialah RM10,500.

Sekarang ni, bayangkan anda jual 3 unit rumah berharga RM500,000. Pendapatan anda untuk bulan tersebut ialah RM31,500.

Fuh, lagi tinggi daripada gaji Perdana Menteri tu. Dan 3 unit ni bukan mustahil pun. Anda boleh buat. Ini bukan janji MLM. Bahkan ejen yang berjaya, jual 7-10 unit sebulan.

2) Melalui Referral Fee Peguam

Referral fee peguam ni boleh dikatakan sebagai side-income. Anda refer pembeli kepada peguam yang anda kenal dan mereka akan beri saguhati. Bukanlah setinggi komisyen jualan, tapi boleh la buat lepas duit minyak tu untuk satu kes. Kalau banyak kes, bayar pinjaman perumahan pun lepas. Huhu.

Skop Kerja Perunding Hartanah

Kerja perunding hartanah ni ada dua jenis pelanggan: pemilik hartanah dan pembeli hartanah.

Skop kerja dengan pemilik hartanah adalah seperti berikut:

  • Bina jaringan dengan pemilik hartanah untuk dapatkan senarai untuk dijual.
  • Membuat inspection hartanah.
  • Memberi khidmat nasihat kepada pemilik hartanah.
  • Memasarkan hartanah untuk dapatkan pembeli.
  • Memastikan hak pemilik hartanah terjaga.

Skop kerja dengan pembeli hartanah:

  • Bina hubungan baik dengan bakal pembeli.
  • Membuat semakan awal kelayakan pembeli untuk belian hartanah.
  • Bawa bakal pembeli ke unit jualan untuk viewing.
  • Menjalankan rundingan.
  • Menjadi pemudah cara untuk pembeli dapatkan khidmat guaman dan pinjaman.
  • Memastikan hak pembeli hartanah terjaga.

Kelebihan Menjadi Ejen Hartanah

1) Beri Impak Besar

Kerja ejen hartanah ni ada impak yang besar. Keputusan untuk jual atau beli rumah oleh klien anda ni bukan kecil. Tu adalah antara keputusan besar hidup mereka. Menjadi pemudah cara untuk keputusan ni adalah tugas yang murni.

2) Kawal Masa Depan

Dengan menjadi ejen hartanah ni, masa depan anda terletak di tangan anda sendiri. Bukan lagi majikan, bukan lagi boss. Anda 100% bertanggungjawab. Kalau berusaha, berjaya. Kalau malas, gagal.

Ni berbeza kalau ada majikan. Kalau rajin pun, belum tentu terjamin masa depan.

3) Pendapatan Lumayan

Pendapatan ejen hartanah ni lumayan. The sky is the limit orang kata. Kalau fokus betul-betul pak menteri pun boleh cemburu dengan pendapatan anda.

Dalam artikel ni saya ada sediakan satu bahagian tentang cara nak kira komisyen jualan. Boleh rujuk kat situ.

4) Masa Fleksibel

Masa anda lebih fleksibel dengan kerjaya ejen hartanah ni. Tak terikat dengan waktu berkerja. InsyaAllah akan ada lebih waktu untuk keluarga dan anak.

Tapi walaupun fleksibel, anda kena urus masa ni dengan baik. Kalau tak urus tiada jualan la nanti.

5) Modal Minima

Anda boleh rujuk bahagian ‘Modal Permulaan’ untuk ketahui lebih lanjut. Berbanding dengan bisnes lain, kos nak mula bisnes dengan menjadi ejen hartanah ni adalah rendah.

6) Masa Depan Cerah

Hartanah ni akan sentiasa ada permintaan. Dekat Malaysia ni, terutama di Klang valley supply rumah tak banyak. Nampak macam banyak, tapi yang mampu dimiliki tu tak banyak.

Bila permintaan banyak kerjaya ejen hartanah ni pun akan berkembang dengan sendiri.

Selain tu, anda juga boleh pilih untuk ambil lesen penuh. Mungkin satu hari nanti anda boleh miliki agensi hartanah sendiri.

Cabaran Menjadi Ejen Hartanah

kerjaya ejen hartanah

1) Rejection

Bukan semuanya indah. Dalam kerjaya ejen hartanah ni anda kena kuat. Akan ada banyak rejection daripada klien dan juga pemilik. Rejection ni pula boleh jadi dalam macam-macam cara:

  • Klien view rumah tak jadi beli
  • Klien window shopping
  • Klien sailang ejen
  • Klien book rumah, tapi pinjaman tak lulus
  • Klien book rumah, tapi pemilik naikkan harga
  • Klien book rumah, pemilik tak jadi jual

Bila terjadi rejection macam ni pasti akan ganggu momentum untuk perunding hartanah baru. Tapi anda kena positif. Mesti kata ‘Next!’ dan teruskan usaha.

2) Ada Naik Turun

Macam apa jua bisnes, kerjaya ejen hartanah ni ada naik turunnya. Ada bulan, jualan anda adalah sangat baik, mungkin jual 6 unit. Ada bulan yang biasa, jual 3 unit sahaja. Ada bulan mungkin tiada jualan langsung.

Bila baru bermula lagi la. Tiada jualan tu merupakan satu bebanan yang besar. Saya pun pernah lalu situasi yang sama.

Yang penting dalam kerjaya ni anda kena perisaikan diri anda dari kata-kata monolog negatif terhadap diri sendiri. Mesti teruskan berusaha walaupun tiada jualan. Banyakkan bersabar.

Kalau berusaha pasti akan buat jualan.

3) Sukar Nak Dapatkan Senarai Rumah Untuk Dijual

Ni keluhan yang saya selalu terima daripada ejen hartanah baru. Jujurnya, senarai rumah (listing) ni senang je nak dapat. Tak susah. Tapi nak dapat listing yang berkualiti, yang boleh jual tu sedikit sukar untuk ejen hartanah baru.

Ada cara sebenarnya nak dapatkan listing berkualiti ni. Tapi saya tak kongsi di sini sebab dah masuk topik yang agak advance.

4) Pengetahuan Dan Pengalaman

Bila mula menjadi ejen hartanah, anda kena cepat-cepat lengkapkan diri dengan ilmu. Kalau tak, proses adaptasi ke dalam bidang ni akan jadi sukar. Nak jual rumah pertama anda akan jadi susah.

Anda mesti tahu ins & out jual beli rumah. Dari segi prosedur dan perangkap yang ada.

Selain tu, anda kena juga mahir dalam ilmu pemasaran. Macam mana dan di mana nak pasarkan rumah. Apa medium yang efektif untuk jenis rumah.

Ada juga ilmu yang anda belajar dari pengalaman. Contohnya tentang lokasi dan nilai pasaran rumah sesuatu kawasan.

Pengetahuan ni sukar nak dapat daripada pembacaan. Tapi bila anda fokus dalam bidang ni, ilmu ni anda akan pick-up dengan cepat.

Syarat Dan Kelayakan

Nak jadi perunding hartanah tiada syarat minimum. Kemahiran yang mesti ada ialah kemahiran IT. Anda juga mesti ada kenderaan sendiri. Dari segi kelayakan, lepasan SPM pun dah layak.

Walaupun begitu tak bermakna apa yang anda belajar atau pengalaman anda sebelum ni tak relevan.

Contohnya jika anda bekas peguam, anda ada kelebihan untuk memahami kontrak perjanjian. Ini satu advantage semasa proses rundingan.

Jurutera boleh menerapkan work ethic nya dalam kerjaya ejen hartanah ni. Bekas jurubank pastinya sudah mahir dengan selok belok hartanah. Ejen insuran pula sudah ada client-base untuk dia pasarkan hartanah.

Apa yang saya nak tekankan kerjaya ejen hartanah ni kerjaya yang universal. Tak kira latar belakang atau pengalaman, anda boleh berjaya dalam bidang ni.

Cara Menjadi Ejen Hartanah

1) Hadir Kursus Perunding Hartanah

Kerjaya ejen hartanah ni ada badan pemantau. Badan pemantau tu ialah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah. Semua perunding dan ejen hartanah kena berdaftar dengan LPPEH.

Sebelum memulakan kerjaya, anda mesti daftar dan hadir ke kursus 2 hari perunding hartanah. Nak daftar kursus boleh hubungi Good Institute.

Kursus ni wajib. Antara topik yang anda akan belajar ialah:

  • Pengenalan kepada pasaran hartanah
  • Asas industri hartanah
  • Piawaian Agensi Hartanah Malaysia
  • Praktis agensi hartanah
  • Kemahiran membuat rundingan
  • Asas guaman hartanah
  • Undang-undang berkaitan hartanah
  • Kemahiran IT dalam hartanah

Setelah hadir ke kursus ni, anda akan terima sijil. Salinan sijil ni akan diberi kepada agensi. agensi kemudian akan daftarkan anda ke LPPEH.

2) Daftar Dengan Agensi

Setelah anda hadir ke kursus perunding hartanah tu, anda boleh lah daftar dengan agensi hartanah. Tapi boleh je nak daftar dengan agensi dulu. Kemudian baru pergi kursus.

Agensi hartanah ni ada banyak. Yang patut anda sertai ialah agensi yang dapat bagi value added kepada anda. Dari segi sokongan, gerak kerja, career development.

Dalam bahagian seterusnya saya beri sedikit tips macam mana nak pilih agensi yang baik.

Tips Pilih Agensi Hartanah

agensi hartanah
Inilah keluarga besar agensi saya sekarang. Dulu bermula dengan hanya 18 orang je. Alhamdulillah dikurniakan begitu ramai rakan kerja.

Kalau anda ingin jadi ejen hartanah, saya sarankan pilih agensi yang baik. Macam mana nak pilih agensi yang baik ni? Anda kena banyak bertanya. Tanya kenalan ejen hartanah, tanya agensi semasa interview. Ni sedikit tips macam mana nak tahu agensi tu ok atau tak.

  • Latihan: Ada latihan ke diberikan untuk perunding hartanah? Berapa kali sebulan latihan diberikan? Agensi yang baik akan selalu beri latihan kepada perunding hartanah mereka.
  • Bilangan perunding hartanah: Berapa ramai ejen di bawah sesebuah agensi? Semakin ramai perunding hartanah semakin baik. Senang nak kerjasama dan dapatkan listing daripada rakan sejawatan. Bilangan ejen yang ramai juga petanda agensi tersebut lebih berstruktur.
  • Team leader: Anda juga perlu tanya, jika sertai, ada tak team leader yang kawal selia. Seeloknya ada. Team leader ni la yang akan beri panduan kepada anda. Dia akan jadi mentor dan coach.
  • Kerja berpasukan: Saya sarankan anda sertai agensi yang buat kerja berpasukan. Ni susah sikit nak tahu. Anda kena buat kaji selidik. Mungkin tanya kenalan. Atau mungkin boleh kaji di media sosial. Kalau nampak selalu ada aktiviti bersama tu petanda agensi yang baik.
  • Semak lesen agensi: Anda boleh semak lesen agensi di laman web LPPEH. Elok buat, tak mahu nanti bila dah join tengok-tengok syarikat broker haram.

1) Modal

Untuk menjadi ejen hartanah ni kena ada modal juga. Untuk permulaan kos yang diperlukan adalah untuk hadir ke kursus perunding hartanah. Kursus ni harganya lebih kurang RM600.

Kemudian anda akan daftar dengan agensi. Biasanya fi yang dikenakan dalam lingkungan RM100 ke RM500 bergantung kepada agensi.

Fi ni adalah untuk latihan permulaan dan juga kelengkapan seperti business card, banner, t-shirt, baju korporat dan lain-lain.

Anda juga kena ada bajet untuk pemasaran. Untuk memasarkan hartanah ni ada kos. Mudah.my contohnya mengenakan caj RM5 untuk setiap listing yang disenarai.

Mungkin untuk permulaan RM500 memadai untuk bajet pemasaran anda.

Pada masa yang sama, anda kena ada simpanan untuk sara hidup. Bajet sara hidup ni diperlukan untuk untuk 2-3 bulan pertama setelah anda mulakan kerjaya.

Anda mungkin perlukan masa untuk belajar buat jualan pada bulan pertama.

Jika anda berjaya menjual pada awal bulan kedua, tempoh sebulan lagi diperlukan untuk kes jualan anda tu lengkap. Akhir bulan kedua, anda akan terima komisyen.

Jadi pada pendapat saya, sediakan bajet secukupnya untuk anda tempuhi tempoh ni.

Secara keseluruhan, saya rasa bajet sekitar RM6,000 adalah selamat. Mahal? Mana ada. Cuba bandingkan kalau buka kedai makan. Huhu.

2) Kelengkapan

Kelengkapan minimum yang anda mesti ada ialah:

  • Komputer atau laptop
  • Telefon bimbit
  • Kad bisnes
  • Banner
  • Pita ukur

Ni kelengkapan paling asas. Kad bisnes dan banner tu agency akan sediakan dan mungkin termasuk dalam kos pendaftaran. Jika tak cukup, kena ambil kira dalam bajet permulaan.

Boleh ke buat separuh masa?

1) Susah Nak Fokus

Masa saya baru mula dulu, saya sendiri buat separuh masa. Tapi tak lama, dalam 3 bulan je lepas tu saya letak jawatan.

Jadi ejen hartanah separuh masa ni susah nak fokus. Kerja saya sebagai akauntan di Petronas dulu memang sibuk. Telefon pula selalu berbunyi. Klien nak tengok rumah. Pemilik nak jual. Saya pula dalam meeting.

Akhirnya, dua-dua kerja cukup makan je. Tak dapat yang terbaik. Diri sendiri pun rasa bersalah kerana buat kerja lain semasa waktu kerja.

2) Sukar Nak Dapat Kepercayaan

Bukan tu je. Bila jumpa pemilik atau klien mereka selalu tanya buat separuh masa ke full-time. Bila kata buat separuh masa tu, pembeli atau pemilik susah nak beri kepercayaan.

Anda sendiri pun contohnya. Kalau ahli keluarga (nauzubillah) ada sakit kronik. Anda hantar jumpa doktor separuh masa ke doktor pakar (Plot twist: Doktor tu buat kerja separuh masa ejen hartanah)? Mestilah anda beri lebih kepercayaan kepada yang pakar dan full-time.

3) Fleksibel Bukan Banyak Masa

Walaupun kerjaya ni fleksibel, tapi tak bermakna masa tu cukup. Hari Sabtu dan Ahad anda akan penuh dengan aktiviti viewing dan inspection.

Hari Isnin ke hari Jumaat, anda kena cari leads untuk orang jual atau beli rumah. Masa ni la kena buat pemasaran. Kena jumpa peguam dan jurubank. Kena buat follow-up.

Akhirnya, kerjaya ni akan jadi full-time juga. Dan saya sendiri sarankan anda buat full-time.

4) Tips

Kalau anda bimbang nak buat full-time kuncinya begini. Anda kena percaya rezeki tu dari Pencipta. Bukan dari majikan.

Ramai yang berjaya dalam bidang ni. Ramai antara mereka pun alami dilema anda sekarang. Tapi mereka fokus dan berani bertindak.

Kerjaya Ejen Hartanah Ni Sesuai Ke Untuk Wanita

1) Wanita Selalu Dapat Jualan Tertinggi

Di agensi saya, ejen hartanah wanita adalah 1/4 daripada jumlah keseluruhan. Jujurnya, kerja ejen hartanah ni ramai lelaki.

Tapi yang menariknya wanita ni walaupun sikit, yang buat tu kebanyakannya berjaya. Mereka selalu dapat jualan bulanan yang paling tinggi.

Daripada top 10 ranking, saya boleh kata 70% adalah wanita.

2) Penghalang Utama Ialah Persepsi…

Saya lihat yang jadi penghalang ialah persepsi. Mereka anggap kerjaya ni untuk lelaki. Yang boleh berjaya dalam kerja ni hanya lelaki.

Tak betul sebenarnya. Pada pengalaman saya, wanita lebih fokus berbanding lelaki.

3) Dan Keyakinan Diri

Satu lagi penghalang untuk wanita ialah keyakinan diri. Ramai yang bagi alasan kerjaya ni untuk lelaki. Tapi sebenarnya hanya untuk tutup masalah tidak percaya kepada diri.

Kalau anda ada keyakinan, boleh berkomunikasi dengan baik, insyaAllah tiada masalah.

Kalau tiada keyakinan pun, inilah platform untuk anda.

Kerjaya ejen hartanah ni akan cabar diri anda untuk bina keyakinan dan jadi lebih baik.

Kerjaya Ni Tak Glemer La!

Salah tu anda. Saya tanya anda, kerjaya apa yang ada TV Show sendiri? Peguam, doktor, chef, detektif dan…ejen hartanah! Tak percaya boleh tengok TV Show Million Dollar Listing ni. Huhu.

nak jadi ejen hartanah

Joke aside, memang benar ada antara anda akan dibelenggu soalan ni. Terutamanya kalau anda ada jawatan atau berpangkat besar.

Tapi anda harus tepuk dada tanya hati. Kalau anda dapat kehidupan yang lebih baik, ada masa fleksibel, apa sangat lah persepsi tu.

Dan yang paling penting, kalau anda dapat beri yang terbaik untuk keluarga anda, pedulikan je la persepsi tu.

Jangan fikir persepsi, fikirkan peluang. Dan persepsi tu akan hilang bila anda dah berjaya.

Kenapa Ada Yang Gagal?

Ramai yang berjaya dalam bidang ni. Tapi ada juga yang tak berjaya. Bila saya buat analisa, faktor utamanya adalah seperti berikut.

  • Buat separuh masa: Ni adalah punca utama. Bila ada kerja tetap sukar nak beri perhatian dengan kerjaya ni. Macam yang saya kata, kalau anda jadi ejen hartanah, mesti buat sepenuh masa.
  • Tak fokus: Ada yang tak fokus sebab ada bisnes lain. Tak salah ada bisnes lain, tapi kena pandai urus masa.
  • Tak makan nasihat: Ada yang buat sepenuh masa, fokus, tapi gagal juga kerana tak ikut nasihat. Nasihat orang berpengalaman kena ikut. Mereka ni dah ‘makan garam’ dulu.
  • Disiplin dan etika kerja: Kalau tiada etika kerja, memang akan gagal.
  • Tak bersedia: Ada yang buat kerja ni tak bersedia dan melulu. Contohnya, tak bersedia dari segi kewangan dan expect bila jual rumah terus dapat komisyen. Sedangkan jualan hartanah ni ambil masa sebelum dapat komisyen tu.
  • Cepat putus asa: Akan ada saat dalam kerjaya ni, semua yang anda buat serba tak kena. Klien view rumah tapi tak terjual. Pinjaman untuk kes lain yang dah close pula tak lulus. Anda mesti cekal dan redha dalam kes macam ni kalau nak bertahan lama dalam industri ni.

Pengalaman Menjadi Ejen Hartanah

En Kamaruzaman Omar

Saya nak ambil contoh pengalaman sahabat saya, En Kamaruzaman Omar. Encik Kamaruzaman ni mula kerjaya ejen hartanah lebih kurang sama waktu dengan saya.

Beliau sebelum ni berkerja sebagai pengurus di sebuah syarikat. Bukan calang-calang orangnya sebelum ni. Tapi beliau mula dalam bidang hartanah ni pun asalnya zero. Beliau juga tempuh cabaran yang sama sebagai seorang ejen hartanah.

Tapi hari ni beliau adalah salah seorang leader berjaya. Sekarang sudah mempunyai team sendiri dengan bilangan 10 orang.

Saya selalu tanya “Abang Kamal, berapa kes dah bulan ni”. Respon beliau tu yang saya respect. “Aii, kawe tak ingat dah”. Sampai tak ingat bilangan rumah yang dijual.

Daripada pemerhatian saya kunci kejayaan beliau ialah sikap.

  • Beliau tidak beralasan.
  • Tidak menyalahkan orang lain atau industri. Kata beliau, kalau tak jual tu salah diri sendiri.
  • Buat kerjaya ni sepenuh masa dan beri fokus sepenuhnya.
  • Beliau beri layanan yang cukup baik kepada pembeli.
  • Soft skills beliau memang polished.

Bagi saya, kunci kejayaan beliau ni ada pada semua orang. Sama ada buat atau tidak, tu yang membezakan beliau dan orang lain.

Apa Ilmu Yang Perlu Ada Untuk Jadi Ejen Hartanah Yang Berjaya

Berjaya tu banyak maksud. Untuk permulaan ni anda kena buat sasaran untuk survive dalam kerjaya ni selama setahun. InsyaAllah, bila anda berjaya pada tahun pertama, tahun kedua tu mudah.

Untuk pastikan anda lepasi tahun pertama yang getir ni, ilmu asas yang anda perlu ada ialah:

  • Memahami skop kerja dan apa yang saya panggil sebagai ‘pipeline’ jualan.
  • Mengetahui proses jual beli rumah.
  • Ilmu asas guaman.
  • Penjenamaan diri.
  • Cara mencari listing.
  • Cara buat inspection rumah.
  • Cara berunding dengan pemilik rumah.
  • Medium pengiklanan dan cara nak iklankan rumah.
  • Macam mana nak dapatkan pembeli yang berkualiti.
  • Cara nak buat viewing.
  • Cara nak memudah cara pinjaman pembeli dan perjanjian jual beli rumah.

Agensi dan team leader akan latih anda untuk mahir pengetahuan ni. Di agensi saya latihan tentang topik-topik ni dibuat setiap minggu oleh team leader.

Kehidupan Seharian Sebagai Ejen Hartanah

Sebelum saya akhiri entri ni, mari ikuti video ni. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Izzah kerana benarkan saya terbitkan video ni.

Kesimpulan

Saya harap artikel Cara Menjadi Ejen Hartanah ni sedikit sebanyak dapat menjadi panduan buat anda.

Sebelum saya akhiri, berikut antara artikel yang anda boleh ikuti:

Kerjaya perunding hartanah ni boleh buat sebenarnya. Dengan cara yang betul insyaAllah akan menjadi punca rezeki yang baik.

Kalau anda ada soalan boleh tanya kat ruangan komen.

Mencari Ejen Hartanah Untuk Jual Rumah?

Hai, saya boleh bantu anda jual rumah cepat dan tanpa masalah. Jika anda ingin dapatkan khidmat ejen hartanah di Kuala Lumpur dan Selangor, hubungi saya melalui link di bawah.

282 thoughts on “Cara Menjadi Ejen Hartanah”

  1. Informasi yg sangat berguna dan menarik membuat kan saya berminat nk menceburkan diri sebagai agen hartanah. Agensi tuan ni kat mana?

  2. salam tuan, kalau nak start dengan hanya jadi perunding tanah perlu ke untuk pergi ke seminar atau kursus yang disediakan oleh LPPEH tersebut ? saya kurang faham dekat penjelasan tuan CARA NAK JADI EJEN HARTANAH di point nombor satu dan dua ? jika perlu berapa amount yg diperlukan ye jika saya ni hanyalah seorang student.

    • Salam. Untuk jadi ejen hartanah:
      1. Hadir kursus LPPEH. Kos sebanyak RM600.
      2. Join agensi hartanah berdaftar. Kos ini bergantung kepada agensi. Agensi kami RM100 sahaja.

      Dua kos ni minimum untuk sertai industri ni. Tapi encik kena sediakan wang untuk buat pengiklanan juga.

  3. Assalam Mr Arif Hussin
    TQVM for your very good information about ajen hartanah and I hope one day I will meet you at your office to discuss about kerjaya ajen hartanah. TQVM

  4. Salam tuan. saya amat berminat untuk menjadi perunding hartanah. saya menetap di sabah. kalau tuan tidak keberatan mohon khidmat nasihat dari tuan.

  5. Slm tuan arif.. Saya berminat utk mnjadi perunding hartanah.. Camne cara yg sebetulnya.. Saya dari kubang kerian klantan.. Saya bergraduate dlm course pembinaan pernah kerja dgn property dev sebelum ni n tahu gak sket2 dlm marketing rumah ni..saya nk tanya en ariff d klantan adakah prop market akn mnjadi maju.. Ni no phone saya eddie 019 9203282

Leave a Comment