10 Petanda Perunding Hartanah Akan Gagal

Artikel kali ditulis sendiri oleh En Lokman, selaku Pengurus Besar agensi hartanah Weise Property, Medina Properties dan juga Firdaus & Associates. Melalui pengalaman beliau ada beberapa petanda seseorang perunding hartanah akan gagal dalam kerjaya. Mari kita ambil iktibar dan pengajaran.

10 Petanda Perunding Hartanah Akan Gagal

1) Kekurangan Aktiviti Jualan

Sepatutnya, jam 9 pagi ke 5 petang dipenuhi dengan aktiviti jualan. Sebaliknya, perunding hartanah yang gagal penuhi aktiviti harian dengan aktiviti tidak berfaedah.

Ini termasuklah berborak kosong dengan rakan, minum-minum atau aktiviti personal yang langsung tidak berkait dengan jualan.

Mereka juga tak suka ikut aktiviti agensi yang dapat mengeratkan silaturrahim dan memupuk kerjasama sesama perunding hartanah.

2) Tak Kreatif

Ada perunding hartanah kurang kreatif dalam pendekatan jualan. Perunding hartanah yang baik akan buat kaji selidik tentang latar belakang dan juga faktor ‘demographic’ prospek.

Ini termasuklah faktor umur, status dan kenapa mereka nak beli atau jual rumah. Pendekatan jualan begini lebih baik dan spesifik kepada prospek.

3) Suka Bertangguh

Bertangguh nak jumpa prospek, bertangguh nak buat panggilan dan lagi teruk bertangguh nak hantar kes ke pejabat. Semua ini adalah resipi kegagalan.

4) Tak Ada Perancangan Jualan

Setiap bulan perunding hartanah yang baik akan pastikan graf jualan sentiasa meningkat. Mereka ada semangat yang membara untuk dapatkan jualan.

Perunding hartanah yang gagal pula hidup macam orang bersara sebelum waktunya.

5) Tak Teratur

Perunding hartanah yang gagal kurang jelas apakah tugas harian mereka. Nak berjaya mesti ada jadual harian yang spesifik untuk buat panggilan kepada prospek, temujanji dan juga hadir latihan di agensi.

6) Lemah Dalam Follow-up

Ramai yang ada masalah follow up dengan prospek. Perunding hartanah yang baik mesti ada sistem follow up yang betul dan berkesan.

Bahkan, seseorang perunding hartanah akan dapat lebih kepercayaan bila kita follow-up pada waktu dan kadar yang segera.

7) Sikap Negatif

Suka atau tidak, sikap kita akan menentukan jualan. Yang suka mengadu, akan terus mengadu. Memang sukar untuk berada di zon positif dalam jangka yang lama.

Tapi bila kita mula bersikap negatif, ianya akan sedikit demi sedikit menghancurkan bisnes.

8) Tak percaya diri sendiri

Kebolehan diri, sendiri pertikaikan. Buat sekadar buat. Lagi parah, tak mahir dengan senarai rumah yang dijual kerana malas membaca dan enggan datang latihan.

9) Kekurangan Daya Tahan

Ingat, orang yang berjaya buat apa yang orang lain tak suka buat. Ramai yang gagal kerana tak tahan dengan cabaran dan ujian. Segera bangkit dan kuatkan semangat.

10) Tidak jujur

Orang membeli dengan kita kerana LTR. Like, trust & respect. Kita mengambil masa yang bertahun untuk membina hubungan dan nama baik, tapi ianya hancur dengan penipuan yang kecil.

Penghargaan

Setinggi penghargaan diucapkan kepada En Lokman kerana benarkan artikel ni diterbitkan. Sebelum ambe akhiri, berikut artikel lain yang boleh membantu tuan puan:

9 thoughts on “10 Petanda Perunding Hartanah Akan Gagal

  1. Terima kasih tuan.. sgt bermanfaat semua pengisian dlm website ni.
    sy nak suggest,tuan arif kongsi kan sikit teknik2 cold call utk cari listing boleh tak agak2?
    nk belajar dr tuan . hehe

  2. Faktor2 yg kadang kita terlepas pandang. Thanks tuan arif.
    Sy nak suggest, tuan arif kongsikan artikel teknik2 cold call utk cari listing agak2 boleh tak? Nk belajar dr tuan ni. hehe

Leave a Reply to Hazim zuhuri Cancel reply