brunsfield riverview

Brunsfield Riverview, Seksyen 13, Shah Alam

Brunsfield Riverview adalah pangsapuri perkhidmatan di Seksyen 13, Shah Alam. Lokasi pangsapuri terletak bersebelahan dengan MSU.

Pangsapuri ini berhampiran dengan beberapa mercu tanda. Antaranya:

  • Taman Perindustrian Batu Tiga
  • Prima U1
  • Menara U
  • Universiti Pengurusan dan Sains (MSU).

Brunsfield Riverview telah dibina oleh Brunsfield Group. Pemaju ini mempunyai rekod baik dan telah menjayakan beberapa projek lain.

Ini termasuklah Brunsfield Vista Magna Apartments dan pangsapuri Warisan Cityview.

Brunsfield Riverview terdiri daripada satu blok 15 tingkat. Ia menawarkan 2 jenis susun atur.

Unit biasa dibina dengan keluasan antara 822 kaki persegi ke 1,100 kaki persegi dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Manakalah unit studio datang dengan keluasan sekitar 400 kaki persegi.

Brunsfield Riverview Shah Alam
Antara unit tercantik yang pernah ambe jual di Brunsfield Riverview.

Berlokasikan Seksyen 13 Shah Alam memberikan banyak opsyen restoran kepada penduduk. Penduduk juga boleh menuju ke TTDI Jaya Shah Alam untuk mencari juadah makanan.

Selain itu, penduduk hanya perlu berjalan kaki untuk sampai ke Tesco Extra dan Giant. Tesco dan Giant memberikan banyak kemudahan.

Ini termasuklah kemudahan pasar raya besar, restoran, pejabat pos, kemudahan bank, farmasi dan banyak lagi.

Klinik Glenmarie adalah klinik yang terdekat dengan pangsapuri iaitu kira-kira 750m. Tuan puan juga boleh ke Hospital Umra yang terletak kira-kira 5 minit pemanduan dari pangsapuri.

Pangsapuri ini boleh diakses menggunakan Guthrie Highway, Jalan Subang, Jalan Batu Tiga Lama dan juga Persiaran Kerjaya.

Bagi mereka yang memilih untuk menggunakan pengangkutan awam, Stesen Komuter KTM Batu Tiga hanya terletak kira-kira 1.5 km dari pangsapuri.

Butiran hartanah

  • Nama: Brunsfield Riverview
  • Alamat: Seksyen 13, 40150, Shah Alam, Selangor
  • Pemaju: Brunsfield Group
  • Jenis: Pangsapuri servis
  • Status hakmilik: Hakmilik pajakan
  • Bilangan blok: 1
  • Bilangan tingkat: 15
  • Bilangan bilik
    • Standard: 3 bilik 2 bilik air
  • Keluasan
    • Standard: 822 – 1,100 sf
    • Studio: 400 sf

Kemudahan

  • Tempat letak kereta
  • Kawalan keselamatan 24 jam
  • Kolam renang
  • Gymnasium
  • Sauna
  • Surau

Lokasi Hartanah

Analisis

Brunsfield Riverview pernah memenangi anugerah landskap terbaik dalam kategori hotel / kondominium yang diberikan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam. Ini sekaligus melonjakkan harga pangsapuri sekitar tahun 2009.

Brunsfield Riverview Shah Alam

Seperti namanya, kebanyakan unit di pangsapuri ini mempunyai permandangan berhadapan dengan anak sungai.

Pangsapuri ini menjadi tumpuan pelabur kerana harga yang masih mampu dimiliki dan juga kerana lokasi Brunsfield Riverview ini bersebelahan dengan MSU. Politeknik Shah Alam juga tidak jauh.

Selain daripada itu, pembangunan kediaman baru seperti Menara U, Prima U1 dan TTDI Adina turut menyumbang kepada peningkatan nilai hartanah dan hasil sewa Brunsfield Riverview.

Dalam jangkamasa beberapa tahun akan datang, akan terdapat satu stesen LRT di seksyen 13 Shah Alam. Ini adalah salah satu ‘booster’ yang akan meningkatkan lagi permintaan pangsapuri ini.

Ingin beli atau jual hartanah di Brunsfield Riverview?

Jika tuan puan perlukan bantuan untuk menjual atau membeli pangsapuri ini, bolehlah hubungi saya dengan mengisi borang di bawah. Saya merupakan ejen hartanah Brunsfield Riverview yang kerap menjalankan transaksi jual beli di sini.

Jual Beli Hartanah
Sending

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.