Radius Residence

Pangsapuri Duplex Radius Residence, Selayang Height

Rumah untuk dijual ini terletak di kondominium Radius Residence, Selayang Height. Unit ini adalah dari jenis duplex dengan berkeluasan 1600 kaki persegi.

Di Radius Residence, hanya ada 3 unit eksklusif dari jenis duplex. Ianya juga boleh menjadi alternatif untuk rumah bertanah sekitar yang tinggi harganya.

Rumah ini juga dah menjalani banyak pengubahsuaian. Secara keseluruhan, pemilik dah membelanjakan lebih RM140,000 untuk unit ini.

Pengubahsuaian termasuklah lantai kayu, siling plaster, kabinet dapur, kabinet bilik dan lain-lain. Asalnya rumah ini mempunyai 5 bilik tapi dipecahkan menjadi 3 bilik sahaja.

Oleh itu, setiap bilik di rumah ini mempunyai ruang yang luas.

Kondominium Selayang Height ini juga terletak berhampiran beberapa pusat tumpuan utama. Antaranya Pejabat Tanah Daerah Gombak, Kolej Komuniti Selayang, Majlis Peperiksaan Negara dan Stadium Selayang.

Kondominium ini juga mudah diakses melalui Bandar Selayang Baru dan juga lebuhraya LATAR.

Rumah ini boleh menjadi milik anda jika segera bertindak. Bila dapat kunci nanti, 'cuci kaki' je nak masuk rumah ni. Dah tak banyak ubahsuai kena buat.

Galeri

Spesifikasi

Ciri-ciri:

  • Transaksi: Untuk dijual
  • Harga: RM650,000
  • Jenis: Kondominium Duplex
  • Lokasi: Selayang Height
  • Status: Hakmilik pajakan
  • Bilik: 3
  • Bilik air: 3
  • Luas: 1600 kaki persegi

Fasiliti

  • Kolam renang
  • Sekuriti 24 jam
  • Gymnasium
  • Kedai runcit
  • Dewan serbaguna
  • Playground

Hubungi

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang rumah ini, boleh hubungi saya di 013-9398811 atau dengan mengisi borang.

Untuk pemilik rumah yang mencari perunding hartanah untuk tujuan jualan, ambe sedia bantu dan menghargai lantikan tuan puan. Ambe akan beri khidmat nasihat percuma dan menghubungkan tuan puan dengan pasukan perunding hartanah, jurubank dan peguam yang dapat mempercepat dan melicinkan proses jualan.

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.