8 Sebab Anda Perlu Beli Rumah Secepat Mungkin

Tahniah kerana sampai ke artikel ini. Ianya membuktikan anda sedang mencari jawapan kepada persoalan penting. Mari saya terangkan sebab kenapa anda perlu beli rumah secepat mungkin.

YouTube video

1) Umur Tak Akan Kembali

kenapa beli rumah - umur tak kembali

Jika anda beli rumah melalui pinjaman…

…tempoh pinjaman semakin pendek jika anda semakin berusia.

Seseorang pembeli yang berumur 30 tahun mungkin boleh dapat tempoh pinjaman sehingga 35 tahun.

Tapi jika dia tangguh, tempoh pinjaman tersebut semakin pendek. Maka tinggilah bayaran bulanan.

Bila jadi begini, tak payah cuba slow-talk dengan jurubank.

Mustahil bank akan panjangkan tempoh tersebut. Anda makin berisiko. Hayat produktif anda semakin pendek. “Nah aku bagi hang 20 tahun, bersyukurlah”.

Bukan tu je, premium insuran rumah pun turut meningkat sama.

Kita pun tandatangan perjanjian pinjaman. Menderita bayar bulanan. Kalaulah 10 tahun dulu beli rumah, tak sebanyak sekarang bayarannya.

Ini bukan cerita dari Uganda, ianya cerita benar dan terjadi kepada ramai orang. Masa muda terlalu leka dan tidak sedar tentang pentingnya beli rumah.

kursus perunding hartanah

Selain itu juga, ambillah manfaat bantuan kerajaan jika perlu. Contohnya ketika ini ditawarkan skim pinjaman 100% seperti Skim Rumah Pertamaku dan Skim Perumahan Belia.

Skim begini ada had umur. Untuk yang saya sebut tu tak boleh melebihi 40 tahun.

Jadi kalau kita terlewat beli rumah, melepas.

2) Harga Rumah Makin Meningkat

sebab beli rumah - harga rumah meningkat

Harga rumah pula meningkat saban tahun. Makin tunggu makin tak mampu.

Betul harga rumah ada penurunan pada tahun 2018. Ramai yang kongsikan berita ni.

Seolah-olah rasa ‘validated’ bila harga jatuh. “Tu la hang, beli lagi rumah. Tengok harga dah jatuh”.

Tapi saya nak beritahu…

…sekalipun harga turun, harga rumah majoriti masih mampu tengok. Bukan mampu beli.

Kalau yang turun tu rumah berharga RM2 juta jadi RM1.5 juta, saya sendiri tak mampu nak beli. Nek bela lagi lah. Haha.

Jadi kita kena realistik. Jangan termakan dengan propaganda yang kata nak tunggu pasaran jatuh macam nangka busuk..“Time tu baru aku nak beli”.

Lagipun kejatuhan harga ni jadi hanya untuk beberapa ketika. Kalau kita lihat trend untuk 10 atau 20 tahun, sebenarnya harga meningkat.

Usahlah ditunggu harga rumah 2 tingkat tepi KLCC berharga RM100,000. Tanam keazaman kita mesti beli rumah secepat mungkin.

3) Kenaikan Gaji Tak Secepat Kenaikan Harga Rumah

gaji lambat naik

Saya pernah lihat suatu statistik. Di katakan sepanjang 10 tahun lepas pendapatan permulaan untuk yang baru berkerja tidak banyak berubah.

Bahkan ada sektor mengalami penurunan kerana persaingan dan lambakan graduan.

Yang dah berkerja, kenaikan tahunan pula mungkin sangat minima.

Pada masa sama kenaikan harga hartanah boleh mencecah 6-12% setahun.

Kalau ikut statistik ni…

…untuk rumah berharga RM200,000 misalnya, anda perlu bayar mungkin sekitar RM212,000 untuk beli rumah sama pada tahun berikutnya.

Bayangkan terlewat dua atau tiga tahun. Impaknya nahh!

Nak lagi dalam keadaan kos sara hidup yang meningkat. Walaupun gaji kita RM5000, tahun berikutnya RM5000 tersebut mungkin nilainya dah susut.

Harga barang naik, bil naik, yuran tadika anak naik. Semua naik. Yang turun..mungkin baki akaun bank sahaja. Haha.

Maka kalau tak beli rumah secepat mungkin, makin sukarlah nak kejar harga rumah tersebut.

4) Hartanah Sebagai Pelaburan Jangka Panjang

hartanah suatu pelaburan jangka panjang

Hartanah juga boleh jadi instrumen pelaburan. Anda pegang untuk satu jangkamasa panjang, anda akan tuai hasilnya.

Nak lagi bila rumah tu disewakan.

Bila anda beli rumah berharga RM250,000 misalnya, installment mungkin RM1200. Anda kemudian sewakan rumah tersebut sebanyak RM1300.

Sekarang penyewa yang bayarkan rumah anda. Anda pula dapat duit tepi RM100.

Setelah 5 tahun, harga rumah tersebut mungkin dah meningkat ke RM400,000. Secara automatik aset bersih anda naik RM150,000.

Baki pinjaman juga dah menurun. Itu pun dikira sebagai aset bersih.

Kalau simpan 5 tahun dah untung lebih RM150,000, simpan 30 tahun entah-entah dah jadi sejuta.

“Kaki sembang kau ni Rip”.

Haha. Ni atas kertas la. Tapi tak mustahil.

Dulu tahun 90-an rumah teres di Taman Tun Dr Ismail pun berharga sekitar RM250,000.

Kalau anda beli pada tahun 2018, anda kena sediakan lebih RM1 juta untuk beli rumah sama.

[Nota: Contoh ini hanyalah ilustrasi. Nak dapat rumah dengan aliran tunai positif sukar sekarang ni. Kenaikan pula tidaklah sebanyak dahulu. Landskap hartanah dan ekonomi berbeza. Saya nasihatkan anda cari ilmu yang betul jika nak melabur. Follow otai-otai hartanah seperti Faizul Rizuan dan Ahyat Ishak].

5) Hartanah Sebagai Suatu Bentuk Forced Savings

hartanah forced savings

Saya secara personal liat nak menyimpan. Kurang disiplin. Asyik terbelanja je.

Bila dunia di hujung jari, shopping complex pun di hujung jari. Klik je kat Lazada, Lelong, Shoppee.

Anda pun sama kan? Mengaku cepat. Haha.

Kalau anda ada kesukaran nak menyimpan, belilah rumah.

Ianya suatu bentu simpanan paksa atau forced savings. Hujung bulan mesti kena bayar.

“Tak bayar aku lingkupkan hang”, bank kata.

kursus perunding hartanah

Sekalipun anda duduk rumah tersebut dan tiada pendapatan sewa…

…ianya bakal menjadi ‘forced savings’ dengan kenaikan harga rumah yang bakal diperoleh.

Misalnya jika anda beli rumah RM100,000 dengan bayaran bulanan RM500. Walaupun setahun bayar RM6000, anda boleh dapat balik bayaran tu dengan kenaikan harga rumah.

Tapi kena beli rumah yang betul la. Beli yang mengarut ke laut juga nanti.

Ada yang beli rumah terutama underconstruction, dah siap nilai rumah berkurang RM100,000.

Itu bukan forced savings. Itu cari bala.

Bila terbeli terpaksa tunggu lama untuk dapat balik RM100,000 yang hilang tu.

6) Hartanah Boleh Menjadi Suatu Bentuk Insuran

sebagai suatu bentuk insuran

Bila kita beli hartanah, ambil insuran MRTT atau Mortgage Reducing Term Takaful.

Ada beberapa bank yang tak wajibkan. Tapi saya sarankan anda beli polisi.

Pastikan juga ianya berbentuk takaful. Ini kerana ada polisi yang tak patuh syariah.

Bila ada insuran ni kita dilindungi.

Andai nauzubillah kita tak panjang umur, baki pinjaman akan dibayar oleh insuran.

Jumlah pinjaman yang dibayar mungkin bukan semua…

…tetapi cukup untuk meringankan beban dan menjadi aset kepada pewaris.

Sekurang-kurangnya anak isteri terbela selepas ketiadaan kita.

Rumah tersebut boleh disewakan dan menjadi pendapatan tetap mereka. Ianya juga boleh dijual kalau perlu.

Pada pendapat saya, hartanah merupakan perlindungan tambahan kepada polisi insuran hayat.

Insuran hayat masih perlu. Jangan harap kepada hartanah sahaja.

Bila kita dah tiada misalnya, anak dan isteri mungkin perlukan wang dengan segera untuk kelansungan hidup. Ini adalah peranan insuran hayat.

Hartanah tak sesuai untuk jangkamasa pendek. Ye lah nak cari penyewa atau nak jual mungkin memakan masa.

Jadi buatlah pilihan bijak. Dapatkan insuran hayat. Beli hartanah. InsyaAllah keluarga akan terlindung di hari sukar.

7) Anda Tak Pening Dengan Karenah Tuan Rumah

elak karenah tuan rumah

Bila kita menyewa, yang kita bayar bulan-bulan tu masuk ke poket tuan rumah.

1000 tahun menyewa, tak akan jadi milik kita.

Tuan rumah pula mungkin akan naikkan sewa dari tahun ke tahun.

Tak boleh salahkan dia. Benda tu normal kerana inflasi.

Tuan rumah juga mungkin tiba-tiba minta anda kosongkan rumah. Dia batalkan kontrak kerana nak bagi anak atau saudara duduk.

Maka berpindah randahlah anda. Jangan rasa selesa kalau belum terjadi. Satu hari nanti pasti terjadi.

Ada juga tuan rumah yang tak bertanggungjawab. Rumah ada kerosakan teruk seperti bocor.

Anda hubungi dia tak ada tindakan. Akhir sekali anda yang terpaksa baiki.

Sudahlah kena baiki, bila minta bayar balik kos dikatakan pula terlalu mahal.

Kalau dapat tuan rumah tak bertanggungjawab begini, percayalah hidup akan sukar. Episod pergaduhan akan lama. Macam sinetron dari seberang. Tak habis.

Sehinggalah anda keluar dari rumah tersebut menyewa rumah lain atau…

…anda buat keputusan untuk beli rumah.

8) Beri Kebahagiaan Kepada Keluarga

beri kebahagiaan kepada keluarga

Siapa yang paling gembira bila ada rumah sendiri? Pendapat saya isteri.

Dia punya semangat nak menghias dan jaga rumah tu terus mencanak naik.

Hari pertama duduk belum pun habis kemas lepas berpindah…dia dah cergas memasak untuk anda. “Dapur ni kena rasmi cepat bang”.

Tak percaya tengoklah bila dah naik rumah nanti. Haha.

Selain itu, anak-anak juga membesar dalam keadaan baik kerana tak berpindah randah.

Berpindah ni ada kesan emosi. Terpaksa tinggal kawan-kawan. Terpaksa berpindah sekolah. Anak kecil kita belum boleh faham. Akhirnya dia bersedih dan murung.

Mak ayah kita turut menumpang bahagia. Mereka tahu anda dah melepasi salah satu fasa cabaran kehidupan. Sebagaimana mereka tempuhi membesarkan kita.

Di hari perayaan, jemputlah sanak saudara ke rumah. Panjangkan silaturrahim supaya rumah yang anda beli hasil titik peluh, menjadi punca keberkatan dan kebahagiaan.

Kerana itulah impian tiap antara kita

Anda Mempunyai Pilihan

Niat dan keazaman sangat penting nak menjayakan usaha beli rumah.

Jika anda seperti kebanyakan. Beli rumah adalah keputusan besar dalam hidup. Tak tahu proses jual beli. Bimbang takut ditipu dan rugi.

Bukan setakat tu je…

…anda mungkin perlu berkorban dan berhutang nak cukupkan tunai untuk bayar deposit. Kena tanggung bayaran bulanan bertahun-tahun pula tu.

Ianya pegalaman yang tak seronok dan mendebarkan. Kenapa la nak bersusah payah?

Hidup bukan main lancar kalau tak beli rumah. Boleh makan luar selalu. Boleh beli kereta baru.

Nak berjalan negara orang pun hentam saja kad kredit.

Saya nak beritahu anda. Hidup ini datang dengan pilihan. Anda bebas memilih jalan mana yang anda mahu. Tiada siapa paksa.

Dan tiada siapa boleh hukum pilihan anda selagi tak melanggar batasan undang-undang dan agama. Namun ketahuilah dari awal agar tidak silap buat keputusan:

Bila kita tangguh belian rumah, kita kerugian besar di masa hadapan.

Saya Dah Bagi 8 Sebab Anda Perlu Beli Rumah. Giliran Anda Bertindak.

Sekian sahaja artikel ini. Semoga apa yang saya kongsikan membuka mata dan memberi keazaman kepada anda untuk buat belian. Jika dah rasa tergerak tu dan dah bersedia, teruskanlah. Usah tunggu lama-lama.

Sebelum saya akhiri, berikut artikel lain yang boleh membantu tuan puan:

Leave a Comment

2 thoughts on “8 Sebab Anda Perlu Beli Rumah Secepat Mungkin”