seri ixora apartment seksyen 27 shah alam

Seri Ixora Apartment, Seksyen 27, Shah Alam

Seri Ixora Apartment ialah apartment kos sederhana yang terletak Shah Alam. Apartment ini berstatus pegangan bebas. Saiz binaan untuk apartment ini ada dua: 773 kaki dan 800 kaki persegi.

Dengan total 600 unit, pangsapuri ini dilengkapi dengan lif untuk kemudahan penduduk. Binaan apartment Seri Ixora mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi.

Sekitar Apartment Seri Ixora ini memang cantik dengan permandangan berlatar-belakangkan bandar Shah Alam.

Seri Ixora Apartment terletak di Seksyen 27, Shah Alam. Tuan puan boleh sampai ke pusat bandar bandar dalam masa lebih kurang 10 minit.

apartment seri ixora seksyen 27 shah alam
Susun atur dalaman untuk unit yang berkeluasan 800 kaki persegi.

Apartment ini menawarkan tempat letak kereta percuma untuk setiap pemegang unit. Seri Ixora Apartment ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk:

  • Gelanggang tenis
  • Gelanggang badminton
  • Surau
  • Dewan serbaguna
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Pasar mini

Kawasan perumahan apartment ini berpagar dan mempunyai pengawal keselamatan 24 jam untuk keselamatan penduduk.

Apartment Seri Ixora ini juga berhampiran dengan Subang Jaya dan Puchong. Banyak kemudahan dan pasar raya yang berdekatan. Ini termasuklah:

  • IOI Mall
  • Tesco Puchong
  • Giant Puchong
  • Carrefour

Selain daripada itu, sekolah rendah dan menengah sekolah, bank, restoran, hospital swasta dan stesen minyak sangat mudah dicapai. Lokasi pangsapuri ini sangat strategic dan sesuai untuk diduduki mahupun sebagai pelaburan.

Lokasi Hartanah

Butiran Hartanah

  • Nama: Seri Ixora Apartment
  • Alamat: Seksyen 27, Taman Bunga Raya, 40400 Shah Alam, Selangor
  • Pemaju: Sama Pesona
  • Jenis: Pangsapuri kos sederhana
  • Bilangan unit: 600
  • Bilangan bilik tidur: 3
  • Bilangan bilik air: 2
  • Keluasan: 773 sf & 800 sf
  • Harga semasa pelancaran: RM98,000 – RM134,000

Binaan

  • Jenis A (800 sf)
  • Jenis B (773 sf)

Kemudahan

  • Sekuriti 24 jam
  • Tempat letak kereta
  • Surau
  • Dewan Serbaguna
  • Taman permainan
  • Balkoni
  • Pasar mini
  • Gelanggang badminton
  • Gelanggang tenis

Analisis Seri Ixora Apartment

pangsapuri seri ixora seksyen 27 shah alam
Persekitaran Pangsapuri Seri Ixora ini bersih dan dijaga dengan baik. Dalam gambar ialah surau yang terletak dalam kawasan pangsapuri.

Seri Ixora Apartment dibangunkan oleh Sama Pesona Sdn Bhd. Syarikat ini merupakan anak syarikat Gadang Holdings yang sebelum ini telah membangunkan beberapa projek di sekitar Kuala Lumpur, Sungai Buloh dan Rawang.

Dengan rekod pemaju yang baik, pangsapuri Seri Ixora ini sesuai untuk mereka yang berhasrat membeli hartanah dengan binaan yang baik.

Seri Ixora Apartment sangat mudah diakses melalui KESAS, NKVE, LDP dan Lebuhraya Persekutuan. Kawasan ini juga menjadi laluan dan tumpuan bas dan teksi.

Apartment ini juga terletak di kawasan yang pesat membangun limpahan daripada kawasan berdekatan seperti Subang, USJ, Puchong, Bukit Kemuning, dan Bukit Rimau.

Ianya juga menjadi tarikan untuk mereka yang bekerja di kilang perusahaan sekitar seperti mereka yang berkerja di kilang Proton, Panasonic, Canon, Sharp dan ShinEtsu.

Ingin beli atau jual hartanah di Seri Ixora Apartment?

Jika tuan puan perlukan bantuan untuk menjual atau membeli pangsapuri ini, bolehlah hubungi saya dengan mengisi borang di bawah. Saya merupakan ejen hartanah yang kerap menjalankan transaksi jual beli di sini.

Jual Beli Hartanah
Sending

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.