Adab Masuk Rumah Baru Mengikut Islam

Tuan puan dah beli rumah dan nak berpindah. Ni sedikit tips tentang adab masuk rumah baru mengikut islam.

Ada Ke Adab Tertentu Untuk Masuk Rumah Baru?

Nabi SAW tidak mensyariatkan sebarang amalan khusus semasa berpindah ke rumah baru.

Ini diterangkan oleh Ustaz Azhar Idrus dalam video di bawah. Adab memasuki rumah baru ni sama dengan masuk rumah lama sekalipun.

YouTube video

Adab Masuk Rumah Baru

1) Berdoa & Solat Hajat

Ulama’ menqiaskan supaya berdoa apabila ke tempat atau rumah baru. Ini boleh dilakukan melalui cara solat hajat.

Abu Malik al-Asy’ari Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

إذا ولج الرجل بيته فليقل اللهم إني أسألك خير المولج وخير المخرج بسم الله ولجنا وبسمالله خرجنا وعلى الله ربنا توكلنا ثم ليسلم على أهله

Maksudnya: “Apabila seorang lelaki hendak masuk ke rumahnya maka hendaklah dia Berkata: “Ya Allah! Aku memohon kepadaMu sebaik-baik tempat masuk dan sebaik-baik Tempat keluar. Dengan nama Allah kami masuk dan dengan nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami berserah”. Kemudian hendaklah seseorang itu memberi salam ke Atas keluarganya.” (Hadis riwayat Abu Daud)

2) Memberi Salam

Adalah disunatkan untuk memberi salam tak kira rumah baru atau lama. Salam diberikan sekalipun rumah tidak berpenghuni.

Kalau rumah tidak ada orang, maka berilah salam ke atas diri sendiri dengan mengucapkan:

السلام علينا وعلى عباد الله الصالحين

Ertinya: “Salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba Allah yang sahih.”

3) Membaca Bismillah

Dari Jabir bin Abdillah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, “Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini.” Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap hari ini.” Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, “Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini.” (HR Muslim)

4) Membaca Al-Quran

Seterusnya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Surah Al-Baqarah adalah pendinding rumah seperti sabda Nabi s.a.w :

“Janganlah menjadikan rumah-rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya syaitan / jin akan lari dari suatu rumah yang dibacakan di dalamnya surat Al Baqarah” (HR. Muslim).

5) Kenduri Kesyukuran

Nabi SAW tidak pernah meriwayatkan keperluan untuk membuat kenduri kesyukuran. Ni jauh beza dengan amalan masyarakat Melayu.

YouTube video

Dr Khalid Basmalah menyebut, kenduri kesyukuran ni boleh dilakukan. Namun jika pelaksanaannya menjadi beban, eloklah diringankan.

Penutup

Semoga post kali ini memberi manfaat. Mudah-mudahan dengan amalan ni kita akan lebih diberkati InsyaAllah.

Sebelum ambe akhiri, berikut artikel yang boleh membantu tuan puan:

Leave a Comment