Bagaimana Nak Jual Rumah Bila Bercerai

Bila berlaku perceraian, antara perkara yang perlu bekas pasangan urus ialah rumah. Solusi terbaik mungkin jual dan bahagikan hasilnya. Tapi bagaimana cara yang sepatutnya? Dalam artikel ini saya nak terangkan bagaimana cara nak jual rumah bila bercerai.

Apa yang saya kongsikan dalam artikel ini adalah dari kacamata seorang perunding hartanah. Ianya tidak boleh menggantikan khidmat nasihat seorang peguam. Rujuk peguam syariah jika anda perlukan khidmat profesional.

Selesaikan Tuntutan Harta Sepencarian

Bila bercerai, saya cadangkan bekas pasangan selesaikan tuntutan harta sepencarian sebelum jual rumah.

Dengan cara ni, hakim akan keluarkan perintah jualan dan tentukan terus cara pembahagian hasil jualan yang adil kepada bekas pasangan.

Jual Rumah Bila Bercerai

Cara ni dapat elak pertikaian. Terutama dalam situasi bekas isteri atau suami tiada nama dalam geran rumah (rumah satu nama).

Sekalipun rumah satu nama, hakim boleh keluarkan perintah supaya bayaran dibuat kepada kedua-dua pihak dengan cara pembahagian yang sesuai.

Bila urusan jualan hartanah selesai, peguam jual beli akan buat bayaran kepada bekas isteri dan suami mengikut perintah mahkamah.

Kalau anda dah dapat perintah mahkamah, rujuk artikel Cara Jual Rumah yang saya tulis ni untuk mulakan proses jualan.

Boleh Ke Jual Rumah Tanpa Lalu Proses Mahkamah Bila Bercerai?

Ada yang rasa proses mahkamah ni memakan masa. Jadi boleh ke jual tanpa buat proses tuntutan harta?

Ya, bekas pasangan boleh jual rumah tanpa buat tuntutan harta sepencarian. Jualan akan ikut proses jualan rumah biasa.

Walaupun begitu, saya tak cadangkan kerana kaedah ni boleh timbulkan masalah di kemudian hari.

Kalau nak teruskan juga, ada beberapa persoalan yang perlu mereka timbang.

1) Bekas pasangan mesti setuju cara pembahagian

Jika rumah satu nama, peguam jual beli rumah akan bayar hasil jualan kepada penama rumah sahaja.

Melainkan jika ada perjanjian dari penama rumah, yang bersetuju untuk buat bayaran kepada bekas pasangannya.

Nota: peguam jual beli rumah boleh drafkan perjanjian ini.

Kalau dalam kes nama bersama pula, hasil jualan akan dibahagikan sama rata (50:50).

Kalau salah seorang bekas pasangan rasa mereka patut dapat lebih, ini boleh gagalkan jualan dan lebih baik lalu proses mahkamah.

2) Bekas pasangan mesti setuju harga jualan dan anggaran hasil yang boleh diperoleh

Bekas pasangan juga perlu sepakat tentang harga jualan rumah dan juga anggaran berapakah hasil jualan yang bakal mereka terima.

Dalam pengalaman saya uruskan kes begini, komunikasi kurang baik antara bekas pasangan boleh jadikan proses nak tetapkan harga sangat rumit.

Ini akhirnya boleh gagalkan jualan.

3) Bekas pasangan mesti komited untuk selesaikan jualan rumah

Bekas pasangan juga mesti komited untuk selesaikan jualan rumah. Terutama jika rumah dua nama.

Ini kerana jualan rumah dua nama, perlukan tandatangan dari kedua pihak untuk perjanjian jual beli dan borang pindah milik.

jual rumah bila bercerai

Kalau salah seorang tak beri komitmen, jualan tak dapat diteruskan.

Ini jauh beza kalau dapat perintah jualan dari mahkamah mahkamah. Prosesnya lebih senang.

Jika salah seorang ingkar dengan perintah, sepihak lagi boleh laporkan kepada mahkamah sebagai menghina keputusan.

4) Bekas pasangan mesti boleh dihubungi

Ada kes perceraian, bekas suami atau isteri menghilangkan diri.

Untuk rumah nama bersama, bekas pasangan mesti boleh dihubungi untuk sempurnakan jualan rumah.

Jika anda berada dalam situasi begini, sebolehnya anda buat tuntutan di mahkamah.

Prosesnya mungkin panjang, tapi jika berterusan tak dapat dihubungi, hakim mungkin boleh mengarahkan jualan tanpa persetujuan pihak yang satu lagi.

Leave a Comment

23 thoughts on “Bagaimana Nak Jual Rumah Bila Bercerai”

  1. Salam tuan, rumah satu nama, jika kes tuntutan harta sepencarian utk rumah tersebut masih dalam perbicaraan boleh kah rumah tersebut dijual oleh penama tanpa memaklumkan pd sesiapa termasuk mahkamah?

    Reply
    • Penama boleh jual. Jika berlaku begini, pasangan boleh tuntut hasil jualan rumah melalui mahkamah.

  2. Tuan, saya telah bercerai. Rumah atas nama saya & bekas isteri Dan Masih dalam loan lagi.Tapi loan bank atas nama saya seorang. Sekarang saya nak jual rumah tersebut tapi bekas isteri enggan memberikan kerja sama untuk pindah milik nama atas rmah tersebut. Bagaimanakah caranya saya untuk menjual rumah tersebut tanpa meminta persetujuan dia? Sebab rumah tersebut lock 5 tahun baru boleh jual,tapi ada pembeli yg akan menanggung segala kos guaman,serta sanggup membayar bayaran penalti yg dikenakan oleh pihak bank. Bekas isteri saya tak berkerjasama sebab dia ingat saya menjual rumah tersebut demi keuntungan diri sendiri tanpa memberikan utk bahagian dia. Paduhal saya cuma nak lepaskan pinjaman tersebut untuk settle dgn bank sahaja. Bantu saya tuan…

    Reply
    • Salam tuan. Dalam kes macam ni elok selesaikan tuntutan harta sepencarian. Hakim nanti boleh keluarkan perintah untuk jual dan bahagikan hasil jualan. Pihak yang langgah perintar tu boleh diambil tindakan menghina mahkamah.

  3. Salam.. sya dan bekas suami dah bercerai 2 tahun.. dapat tahu rumah nak dilelong atau sita.. dengan alasan masa cerai rumah tak dimasukkan sebagai harta sepencarian.. adakah betul rumah itu akan dilelong ? Rumah atas nama bersama pinjaman LPPSA..

    Reply
  4. Salam.. Rumah saya ada 3 nama. Nama bekas suami, nama saya dan nama ayah saya. Bekas suami sudah lama menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi. Dan dari awal rumah dibeli, beliau memang tidak pernah menyumbang dari segi kewangan. Saya ada menyimpan surat yang ditandatangi oleh beliau yang menyatakan beliau tidak akan menuntut apa2 berkenaan rumah tersebut. Jadi bolehkah saya menjual menjual rumah itu?

    Terima kasih.

    Reply
    • Belum boleh jual puan. Pejabat tanah akan minta juga tandatangan bekas suami utk borang pindah milik. Alternatifnya, kalau puan ada perintah jualan pembahagian harta sepencarian, boleh bawa perintah tu ke mahkamah. Hakim boleh perintahkan jualan tanpa suami. Apa pun saya cadang puan dapatkan khidmat peguam utk perkara ni.

  5. Jika rumah atas nama isteri sahaja. Bolehkah dibuat rundingan dengan bekas suami tanpa perlu rumah tersebut dijual atau rumah tersebut tetap perlu dijual..?

    Reply
    • Salam Puan. Dalam kes perceraian, rumah tak semestinya perlu dijual, selagi mana pihak yang satu lagi dapat balasan sama dengan perintah mahkamah.

    • Salam.. Kes saya telah selesai setelah 4 tahun dibicarakan utk tuntutan tersebut saya telah memberi memo mengenai tempoh utk penyelesaian harta arahan dari mahkamah kepada defendan melalui app watsap memandangkn cara komunikasi beliau yg kurang memberi kerjasama. Di sini saya ingin bertanya bagaimana jika dia masih enggan bekerjasama utk arahan tuntutan bayar sehingga waktu yg saya berikan kepada beliau..adakah patut saya laporkan kepada pihak polis atau terus ke mahkamah

    • Salam. Nampak macam kes ingkar perintah dan akibatnya boleh dipenjara. Kes macam ni puan rujuk terus ke mahkamah.

  6. Kalau rumah 2 nama tetapi si isteri saja yg bayar melalui potongan gaji macam mana pembahagian tu jika suami meminta harta sepencarian

    Reply
    • Kes macam ni kena selesaikan dekat mahkamah. Biasanya hakim akan beri pembahagian yang lebih kepada isteri. Jika jual tanpa melalui mahkamah, peguam akan bahagi 50-50.

    • Assalammuailaikum.. Bagaimana jika rumah nama bersama.. Dan pasangan hampir bercerai.. Tetapi rumah tak nak jual.. Nak jadi kan Hanya 1 nama(suami). Bagaimana?. Hutang pun masih ada di bank.

    • Salam. Dalam kes macam ni, suami tu kena beli bahagian isteri sama ada melalui pinjaman atau tunai. Kalau melalui pinjaman, submit application loan ke bank semasa dan dapatkan peguam untuk pindah milik bahagian isteri kepada suami.