Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah

Dalam artikel ni, saya akan terangkan apakah maksud dan tujuan SNP / SPA dalam jual beli rumah.

1) Maksud S&P Dalam Jual Beli Hartanah

SNP / SPA ni singkatan dari Sales And Purchase Agreement atau dalam Bahasa Melayu – Perjanjian Jual Beli. Ianya merupakan perjanjian yang pembeli dan penjual tandatangan dalam satu transaksi jual beli hartanah.

2) Bila Ada SNP, Tak Bermaksud Hartanah Adalah Milik Anda

Tapi jangan salah faham, kalau anda dah tandatangan S&P, rumah yang anda beli tu belum jadi milik anda.

Peguam masih kena buat proses pindah milik dekat pejabat tanah untuk tukar nama dalam geran, dari penjual kepada pembeli. Barulah rumah tu jadi milik anda.

Bukti hakmilik satu hartanah ni, bukan perjanjian jual beli ya. Tapi geran rumah tu.

Kalau nama anda tak ada dalam geran, SNP tu tak laku nak kata suatu rumah tu hak anda.

3) Kalau tandatangan S&P tak bermaksud hartanah jadi milik kita, kat mana pentingnya?

Baik tukar nama terus dekat pejabat tanah, betul tak?

Bila kita jual beli rumah, proses jual beli tu makan masa. Peguam perlu uruskan banyak perkara sebelum mereka boleh buat pindah milik dari penjual kepada pembeli.

Terutama bila urusan tu melibatkan pinjaman dengan institusi kewangan.

Dalam tempoh proses tu, pembeli, penjual dan bank mestilah nak kepastian jual beli tu memang jadi. Pembeli dan penjual juga mesti nak kepentingan mereka dijaga.

Ambil contoh hartanah leasehold yang ada geran individu misalnya. Keseluruhan proses boleh makan masa enam ke tujuh bulan barulah selesai.

Apa jadi kalau dalam tempoh tu tak ada perjanjian pun? Mestilah kacau bilau.

Pembeli atau penjual mungkin boleh batalkan jual beli tanpa segan silu pun. Atau mungkin juga timbul isu-isu lain yang mana tak jelas dari awal.

Itulah sebab kenapa ada Perjanjian Jual Beli ni.

Nota: ada situasi yang mana anda tak perlu perjanjian jual beli. Misalnya dalam kes yang mana penjual tak ada hutang dengan bank, pembeli bayar tunai dan hartanah bebas sekatan. Dalam situasi macam ni, terus ke pejabat tanah untuk buat pindah milik pun boleh.

4) Bila Perlu Tandatangan SNP?

Biasanya pembeli tandatangan perjanjian jual beli ni selepas dah lulus pinjaman perumahan.

Anda boleh je tandatangan S&P tu sebelum pinjaman lulus. Tapi kalau loan tak lulus sakitlah.

Nak batalkan SNP tu ada kos dan mungkin penalti. Senak perut juga bayar semua tu.

Kalau beli rumah tunai, tandatangan terus pun boleh kalau dah minat dengan rumah yang anda nak beli tu.

5) Apa Kandungan Dan Terma Utama Dalam SNP?

Antara kandungan penting perjanjian jual beli ialah:

  • Butiran pembeli dan penjual
  • Butiran rumah – harga, alamat, saiz, nombor geran dan lain-lain
  • Keadaan rumah semasa belian
  • Tanggungjawab pembeli dan penjual
  • Apa jadi kalau berlaku pembatalan jualan / belian
  • Apa jadi kalau berlaku kelewatan belian
  • Cara pembayaran kepada penjual
  • Tempoh masa jual beli
  • Cara serahan kosong rumah
  • Bayaran utiliti

Contoh Perjanjian Jual Beli / Sales And Purchase Agreement

Kalau anda nak tengok rupa dan kandungan S&P ni, anda boleh muat turun dari link di bawah.

Conton Perjanjian Jual Beli

7) Apa Beza Perjanjian Jual Beli Dan Perjanjian Pinjaman?

Perjanjian jual beli ni adalah antara penjual dan juga pembeli.

Perjanjian pinjaman pula antara pembeli dan juga bank (atau institusi kewangan lain) yang bagi pinjaman kepada anda untuk beli suatu rumah tu.

8) Saya Keliru. Apa Senarai Perjanjian Yang Saya Kena Tandatangan Dalam Belian Rumah.

Bila anda beli rumah ada beberapa perjanjian yang anda kena tandatangan.

Ni saya senaraikan mengikut urutan proses jual beli.

  • Booking form – perjanjian antara pembeli dan penjual semasa dalam tempoh pembeli mohon pinjaman perumahan. Anda tandatangan ni selepas dah tengok dan berkenan dengan rumah. Bank akan minta borang ni untuk mohon pinjaman.
  • Surat tawaran pinjaman (Loan letter of offer) – merupakan surat tawaran pinjaman dari bank. Anda tandatangan surat ni selepas loan lulus dan sebelum tandatangan perjanjian jual beli.
  • Perjanjian jual beli – merupakan perjanjian antara pembeli dan penjual dalam tempoh sebelum pindah milik dibuat
  • Perjanjian pinjaman – merupakan perjanjian antara pembeli dan institusi kewangan. Anda tandatangan perjanjian ni selepas tandatangan SNP.

Penutup

Sekian sahaja artikel ni. Mudah anda faham apa maksud dan tujuan SNP dalam belian rumah. Kalau ada soalan, boleh tanyakan kat ruangan komen di bawah.

Leave a Comment

108 thoughts on “Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah”

  1. assalamualaikum tuan.. saya baru nk beli rmh pertama.. saya nk beli rmh berurusan direct owner.. bila saya minta copy s&p , .. owner kata buat apa dia uruskan semua.. setahu saya loan pembeli kna apply sndiri kn? pihak bank akn minta s&p, jd mcmna owner nk uruskan loan pembeli?

    Reply
    • Ya, pembeli yang mohon pinjaman dan dapatkan khidmat guaman tu. Encik juga perlu dapatkan S&P dan salinan geran untuk pastikan hakmilik tu betul. Cadangan saya, encik bayar wang tempahan dan deposit kepada peguam yang encik lantik.

    • Saya sudah sign snp dan tengah tunggu pihak penjual untuk sign snp. Lawyer bagitahu owner belum sign dan hantar document. Bila call owner tu dia ckap dia di luar kawasan. Dalam mudah.com dia masih advertise unit rumah yang kami beli tu. Pening dah

    • Assalam tuan..sy dah beli rumah dan dah sign s&p dan dah boleh duduk pon rmah tu, cuma semasa berurusan dgn penjual, penjual ad bertnya boleh ke nk dptkan deposit 10% cash dan sy dpt beri ap yg dia nk..cuma disni sy nk tahu lpas selesai semua geran pon dah tukar nama bank pun sudah release duit kpd lawyer s&p utk release duit owner, cuma duit deposit sy lawyer xrelease lg sbb lawyer beritahu bank belum beri notification pd lawyer utk release kpd sy..adakah ambil masa sedikit atau notification akan diberi selaras dgn geran yg sudah ditukar hak milik?

    • Tuan, biasanya lawyer akan terima notifikasi bank terlebih dahulu, baru mereka terima duit untuk bayar kepada penjual. Setelah peguam terima duit, mereka akan buat kiraan dan pastikan semua tunggakan rumah macam utiliti dan deposit yang encik bayar diambilkira. Kemudian barulah mereka akan bayar kepada penjual dan juga encik. Proses ni tak lama, 1 minggu dari tarikh terima duit boleh selesai. Apa pun, rujuk kepada peguam tersebut untuk maklumat yang lebih tepat.

    • Salam tuan
      Saya ada pertanyaan. Saya beli rumah atas nama bersama dan juga loan. Boleh ke saya tukar nama rumah kepada salah seorang dari kami dalam tempoh loan masih berjalan. Peguam mana yg perlu saya jumpa pemaju atau bank

    • Kalau tukar penama rumah, boleh buat, tapi macam proses jualan kepada pasangan. Kena mohon pinjaman baru dan akan ada kos S&P, duti setem dan loan agreement.

      Kalau tukar penama loan agreement sahaja, proses tu boleh buat melalui refinancing. Kena mohon pinjaman tapi kos tu terhad kepada kos untuk buat loan agreement sahaja.

  2. sy nak tny.. loan utk rumah dah lulus… LO bank dah sign.. sNP blm sign, tp lawyer utk loan agrement dah call utk minta dtg sign loan agreement… tp setahu sy, kena sign sNP dulu, lepas tu loan agreement.. apa akan jadi kalau buyer sign loan agrememt dulu, lepas tu baru sign sNP?.. kes sy dua2 lawyer dah call utk panggil utk minta sign..cuma date utk sign loan agreement lagi awal dari date utk sign SNP

    Reply
    • Takde masalah sign loan agreement dulu. Nak execute loan agreement tu pun mesti ada snp yang puan akan sign kemudian. Cuma make sure detail loan agreement tu macam alamat,keluasan, etc sama mcm snp.

    • Salam, tuan.
      Berkenaan ttg rumah undercon (landed house). Is it bagus utk beli? Kerana kita tak boleh nak guna lawyer sendiri kan, sebab sy risau jadi isu seperti ini:

      1. pembeli yg menggunakan khidmat panel peguam pemaju untuk perjanjian pinjaman, mereka hanya akan dikenakan yuran untuk penyediaan permohonan pinjaman bank tersebut. Namun begitu, sebaik sahaja hak milik dikeluarkan, pembeli akan dikenakan yuran guaman penuh kerana mereka perlu menggunakan panel peguam pemaju.

      2. Penjual dan peguam penjual mempunyai hubungan yang telah lama terbina dan jika sesuatu tidak diingini berlaku, peguam penjual mungkin akan membantu penjual mendapatkan peguam yang baik untuk menangani kes.

      Satu lagi, kebanyakkan rumah undercons (landed house) ni ikut dibawah HDA tak dalam SPA?

      Jadi sy nak tahu, okay tak utk beli rumah undercons ni? Sebab sy berminat nak beli kerana harga ikut budget. Tapi at the same time sy terfikir cons mcm kat atas ni.

    • Salam puan. Pemaju biasanya minta kita guna peguam mereka kerana nak pastikan perjanjian tu seragam. Tetang fi peguam tu puan boleh minta quotation awal-awal dari mereka. Jika berlaku masalah, puan boleh appoint peguam sendiri later.

      Apa pun bila beli rumah undercon ni, kemungkinan akan ada kos duti setem setelah hakmilik keluar dan perlu ditukar kepada nama puan (perfection of title & perfection of charge). Ini puan perlu clarify dengan pemaju sama ada akan ada bayaran lain atau tidak untuk jalankan kerja ni.

  3. Assalamualaikum Tuan
    Sy nak tnya .
    Sy kehilangan dokumen snp .
    Skrg. Rmh br selesai habis bayar dn proses dptkan geran Dr bank
    Sekiranya semua sudah selesai, Sy pun dh dpt geran individu itu .
    Adakah kepentingan lg snp pd Sy.
    Atau. Bila dah ada shj geran tu atas nama Sy dh x penting snp lg.
    Boleh ke siapa2 atau jambatan bantu sy dpt kan snp ea Tuan.

    Reply
  4. salam tuan nk tnya.. ada yang macam harga rumah asal 416,000 tapi selepas rebate la ape la smua.. harga rumah jadi 374,000.. tapi dlm snp harga rumah tu follow yang 416,000 jadii saya loan dengan bank 416,000 atau 374,000? saya confuse

    Reply
    • Salam. Ini cara pemaju markup harga. Pemaju jual kepada puan RM374K. Tetapi dalam S&P mereka isytihar jual pada harga RM416,000 supaya puan boleh bayar rumah tu melalui pinjaman secara keseluruhan. Kalau puan darab RM416,000 x margin pinjaman bank 90%, puan akan dapat balik RM374k. Dengan cara ni puan tak perlu bayar deposit.

    • salam tuan,

      maaf saya tumpang topik ini. susulan drp soalan pn intan tu bermakna tiada masalah jika pemaju letak harga rumah asal 416,000 walaupun pembeli loan dgn bank 374,000?

      tkasih.

    • Sebetulnya praktis mark-up ni memang tak boleh dan REHDA sendiri tak bagi. Tapi boleh kata hampir semua pemaju akan bagi pakej macam ni untuk bantu pembeli bayar deposit tu.

  5. Salam tuan, nak tanya:
    1. Tuan/agensi ada jual apa2 perumahan baru freehold berdekatan putrajaya @ Selangor ie; sg buloh etc bawah rm500k.
    2. Jika umur 40 thn adakah masih layak membeli rumah (pertama) / Kakitangan kerajaan ?
    3. Sekarang banyak iklan perumahan yg mention 0%downpayment, free all legal, free SPA etc adakah pembeli tidak perlu menyediakan apa2 wang pendahuluan selain booking fee?

    Reply
    • Salam.

      1. Encik cari rumah landed ke atau apartment/condo pun boleh?
      2. Masih boleh sekalipun umur 40 tahun.
      3. Kena hati-hati dengan duti setem. Ada sesetengah projek, tak cover duti setem tu.