Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah

Dalam artikel ni, saya akan terangkan apakah maksud dan tujuan SNP / SPA dalam jual beli rumah.

1) Maksud S&P Dalam Jual Beli Hartanah

SNP / SPA ni singkatan dari Sales And Purchase Agreement atau dalam Bahasa Melayu – Perjanjian Jual Beli. Ianya merupakan perjanjian yang pembeli dan penjual tandatangan dalam satu transaksi jual beli hartanah.

2) Bila Ada SNP, Tak Bermaksud Hartanah Adalah Milik Anda

Tapi jangan salah faham, kalau anda dah tandatangan S&P, rumah yang anda beli tu belum jadi milik anda.

Peguam masih kena buat proses pindah milik dekat pejabat tanah untuk tukar nama dalam geran, dari penjual kepada pembeli. Barulah rumah tu jadi milik anda.

Bukti hakmilik satu hartanah ni, bukan perjanjian jual beli ya. Tapi geran rumah tu.

Kalau nama anda tak ada dalam geran, SNP tu tak laku nak kata suatu rumah tu hak anda.

3) Kalau tandatangan S&P tak bermaksud hartanah jadi milik kita, kat mana pentingnya?

Baik tukar nama terus dekat pejabat tanah, betul tak?

Bila kita jual beli rumah, proses jual beli tu makan masa. Peguam perlu uruskan banyak perkara sebelum mereka boleh buat pindah milik dari penjual kepada pembeli.

Terutama bila urusan tu melibatkan pinjaman dengan institusi kewangan.

Dalam tempoh proses tu, pembeli, penjual dan bank mestilah nak kepastian jual beli tu memang jadi. Pembeli dan penjual juga mesti nak kepentingan mereka dijaga.

Ambil contoh hartanah leasehold yang ada geran individu misalnya. Keseluruhan proses boleh makan masa enam ke tujuh bulan barulah selesai.

Apa jadi kalau dalam tempoh tu tak ada perjanjian pun? Mestilah kacau bilau.

Pembeli atau penjual mungkin boleh batalkan jual beli tanpa segan silu pun. Atau mungkin juga timbul isu-isu lain yang mana tak jelas dari awal.

Itulah sebab kenapa ada Perjanjian Jual Beli ni.

Nota: ada situasi yang mana anda tak perlu perjanjian jual beli. Misalnya dalam kes yang mana penjual tak ada hutang dengan bank, pembeli bayar tunai dan hartanah bebas sekatan. Dalam situasi macam ni, terus ke pejabat tanah untuk buat pindah milik pun boleh.

4) Bila Perlu Tandatangan SNP?

Biasanya pembeli tandatangan perjanjian jual beli ni selepas dah lulus pinjaman perumahan.

Anda boleh je tandatangan S&P tu sebelum pinjaman lulus. Tapi kalau loan tak lulus sakitlah.

Nak batalkan SNP tu ada kos dan mungkin penalti. Senak perut juga bayar semua tu.

Kalau beli rumah tunai, tandatangan terus pun boleh kalau dah minat dengan rumah yang anda nak beli tu.

5) Apa Kandungan Dan Terma Utama Dalam SNP?

Antara kandungan penting perjanjian jual beli ialah:

  • Butiran pembeli dan penjual
  • Butiran rumah – harga, alamat, saiz, nombor geran dan lain-lain
  • Keadaan rumah semasa belian
  • Tanggungjawab pembeli dan penjual
  • Apa jadi kalau berlaku pembatalan jualan / belian
  • Apa jadi kalau berlaku kelewatan belian
  • Cara pembayaran kepada penjual
  • Tempoh masa jual beli
  • Cara serahan kosong rumah
  • Bayaran utiliti

Contoh Perjanjian Jual Beli / Sales And Purchase Agreement

Kalau anda nak tengok rupa dan kandungan S&P ni, anda boleh muat turun dari link di bawah.

Conton Perjanjian Jual Beli

7) Apa Beza Perjanjian Jual Beli Dan Perjanjian Pinjaman?

Perjanjian jual beli ni adalah antara penjual dan juga pembeli.

Perjanjian pinjaman pula antara pembeli dan juga bank (atau institusi kewangan lain) yang bagi pinjaman kepada anda untuk beli suatu rumah tu.

8) Saya Keliru. Apa Senarai Perjanjian Yang Saya Kena Tandatangan Dalam Belian Rumah.

Bila anda beli rumah ada beberapa perjanjian yang anda kena tandatangan.

Ni saya senaraikan mengikut urutan proses jual beli.

  • Booking form – perjanjian antara pembeli dan penjual semasa dalam tempoh pembeli mohon pinjaman perumahan. Anda tandatangan ni selepas dah tengok dan berkenan dengan rumah. Bank akan minta borang ni untuk mohon pinjaman.
  • Surat tawaran pinjaman (Loan letter of offer) – merupakan surat tawaran pinjaman dari bank. Anda tandatangan surat ni selepas loan lulus dan sebelum tandatangan perjanjian jual beli.
  • Perjanjian jual beli – merupakan perjanjian antara pembeli dan penjual dalam tempoh sebelum pindah milik dibuat
  • Perjanjian pinjaman – merupakan perjanjian antara pembeli dan institusi kewangan. Anda tandatangan perjanjian ni selepas tandatangan SNP.

Penutup

Sekian sahaja artikel ni. Mudah anda faham apa maksud dan tujuan SNP dalam belian rumah. Kalau ada soalan, boleh tanyakan kat ruangan komen di bawah.

Leave a Comment

104 thoughts on “Apa Maksud SNP / S&P Dalam Jual Beli Rumah”

  1. Jika booking form atas dua nama ( pemohon + tunang), pinjaman atas satu nama (pemohon), bolehkan pinjaman dibuat atau adakah sebarang implikasi jika permohonan diteruskan.

    Reply
  2. Assalamualaikum tuan..nk tny sy nk beli rumah kepada pemilik…sy kurang mahir dlm proses jual beli rumah kerana ini merupakan rumah pertama sy…dan sy lakukan pnjam bank brsama nama istri memandangkn gaji sy tidak lps jika nama sy seorang..nk tanya apakah step2 yg harus sy lakukan shingga selesai proses tukar hak milik??

    Reply
    • Salam encik. Saya ringkaskan:

      1. Semak kelayakan pinjaman
      2. Cari rumah
      3. Bayar booking
      4. Mohon pinjaman perumahan dengan bank
      5. Dapatkan khidmat guaman untuk buat pindah milik

      Untuk lebih detail, boleh rujuk artikel ini: Cara Beli Rumah

  3. Salam tuan. Sekira nya sy batal kan pembelian.. Ada ka deposit sy akan “burn”? Sblm urusan pembelian Sy telah berbincang dgn penjual, sy akan setuju mengikut harga yg d tetap kan oleh valuer. Tetapi setelah jurunilai kluar kan harga dan kurang dr nilai yg penjual mahu… Penjual pula tidak bersetuju..

    Reply
    • Salam encik. Kena rujuk balik dokumen perjanjian awal. Jika memang ada sebut dalam perjanjian deposit dipulangkan kalau tak dapat nilaian, encik boleh batalkan tanpa ada implikasi.

  4. Saya ada beli rumah dan wakil syarikat manipulasi maklumat mengatakan saya dah ambil dokumen salinan SNP sedangkn saya tidak diberikan apa- apa dokumen SNP . wakil syarikat minta bayaran sekiranya nak salinan SNP . sedangkn apa pun dokumen SNP saya tak pernah ambil. saya dah memaklumkan tetapi wakil syarikat masih cube memanipulasi keadaaan seolah saya dan ambik dokumen SNP
    .Saya amat kecewa dan perlu nasihat yang wajar .

    Reply
  5. salam tuan, saya ada abang yang ingin membeli rumah, tetapi tidak lepas loan dia. Dia bercadang untuk membuat pinjaman bersama dengan saya, snp 1 nama dan loan 2 nama. perlukah saya membantunya.

    Reply