Merancang dan Menjimatkan Cukai RPGT

Apa Itu Cukai Harta Tanah / RPGT?

Cukai Keuntungan Harta Tanah atau RPGT adalah suatu cukai yang dikenakan ke atas keuntungan jualan hartanah.

Untuk individu, cukai ini dikenakan ke atas keuntungan jualan hartanah yang dilupuskan dalam tempoh 5 tahun dari tarikh pembelian.

Kadar RPGT yang dikenakan adalah berbeza mengikut tempoh pegangan dari tarikh pembelian dan boleh menjadi suatu jumlah yang besar, semakin pendek tempoh pegangan kita.

Tetapi anda mungkin berada dalam situasi dimana anda perlu menjual hartanah tersebut, mungkin kerana:

  • Ada peluang lain, atau
  • Tawaran harga dari pembeli adalah sangat baik.

Dalam situasi ini beberapa langkah boleh diambil untuk merancang dan menjimatkan cukai RPGT.

Kadar RPGT

Semasa pembikinan tutorial ini, kadar RPGT untuk individu kewarganegaraan atau penduduk tetap Malaysia adalah seperti berikut:

Tempoh Pegangan                                  Kadar RPGT
Tahun pertama hingga ketiga                  30%
Tahun keempat                                                20%
Tahun kelima                                                     15%
> Lima tahun                                                       –

Untuk tempoh pegangan tahun pertama hingga tiga, kadar RPGT ialah 30%. Tahun keempat 20% dan tahun kelima 15%. Tiada RPGT dikenakan untuk tahun keenam dan seterusnya.

Contoh Pengiraan

Kita ambil satu contoh. Katakan anda membeli sebuah rumah pada tarikh 1 Januari 2014 bernilai RM500,000 dan menjual rumah tersebut pada 1 November 2014 pada nilai RM650,000.

Perkiraan RPGT adalah seperti berikut:

  1. Harga beli akan ditolak dari harga jual untuk mendapatkan keuntungan yang boleh dikenakan cukai.
  2. Kemudian, keuntungan ini dikurangkan dengan pengecualian RM10,000 atau 10% dari nilai keuntungan, yang mana lebih besar.
  3. Pengecualian ini adalah pengecualian tetap yang diberikan kepada individu dalam dalam setiap jualan hartanah.
  4. Hasilnya akan mendapatkan keuntungan yang dikenakan cukai pada kadar RPGT 30% kerana hartanah ini dijual kurang dari setahun dari tarikh pembelian.
  5. Jumlah cukai RPGT yang dikenakan adalah sebanyak RM40,500 yang merupakan suatu jumlah yang besar.

Cara Menjimatkan Cukai RPGT

Sebenarnya ada beberapa perbelanjaan yang boleh ditolak dari keuntungan boleh dikenakan cukai, yang seterusnya akan mengurangkan cukai RPGT. Ini termasuklah:

  • Kos sampingan membeli hartanah. Antaranya kos duti setem dan upah atau komisyen untuk khidmat profesional seperti guaman, ejen hartanah, juruukur, jurunilai dan akauntan.
  • Kos pembaikan dan penambahbaikan
  • Kos sampingan menjual hartanah. Ini termasuklah fi, komisyen atau upah yang dibayar untuk khidmat profesional seperti guaman, ejen hartanah, juruukur, jurunilai, akauntan dan juga kos pengiklanan untuk menjual hartanah.

Contoh Pengiraan Dengan Perbelanjaan Yang Dibenarkan

Mengambil contoh sebelum ini, katakan:

  • Semasa membeli rumah, anda membelanjakan sejumlah RM20,000 untuk khidmat guaman dan duti setem.
  • Setelah membeli, anda menambahbaik rumah tersebut dengan kos RM10,000.
  • Kemudiannya anda membelanjakan sejumlah RM20,000 untuk khidmat guaman dan ejen semasa menjual.

Dengan data ini, perkiraan sebelum ini boleh disemak seperti berikut.

Setelah mengambil kira kos sampingan dan penambahbaikan, RPGT yang dikenakan adalah hanya RM27,000 sahaja berbanding RM40,500. Hasilnya menjimatkan cukai RPGT yang dikenakan sebanyak RM13,500.

Oleh itu, semasa pemfailan borang CKHT 1A kepada Lembaga Hasil selepas jualan, pastikan anda mengambilkira perbelanjaan ini disertai dengan invois yang sah.

17 thoughts on “Merancang dan Menjimatkan Cukai RPGT

  1. SALAM.JIKA RUMAH HASIL JOINT VENTURE DENGAN PEMAJU(BAHAGIAN SAYA),MACM MANA KIRAAN RPGT NI YER TUAN…ADAKAH SAMA SEPERTI DIATAS JIKA INGIN DIJUAL.

  2. mohon pencerahan dr segi tahun
    sekiranya SNP rumah ada la pada march 2012, sekiranya saya menjual rumah itu pada tahun ni iaitu march 2017

    ada kah di kira penjualan dlam tempoh 5 tahun, or sudah lebih 5 tahun..

    terima kasih

    • Puan boleh rujuk kepada peguam sebelum ni. Dia akan ada copy. Jika puan masih ada salinan perjanjian pinjaman, boleh bagi no rujukan tu kepada peguam.

  3. salam tuan, jika snp pada 11 julai 2012 dan saya ingin menjualnya pada march 2017, masih dikira pada tahun ke-enam atau masih lagi dikira tahun kelima dimana saya perlu membayar RPGT 15%?

  4. Salam tuan, jika saya beli rumah 2016 dan ingin menjual pada tahun 2017, harga rumah 350000 pada tahun 2016 dan saya nak jual harga 650000 pada tahun 2017 (contoh) . Berapa keuntungan bakal saya dapat selepas semua proses cukai dan sebagainya? Maaf tuan jika soalan terlalu detail ????.

  5. Salam..kiraan 5 tahun dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan atau berdasarkan no fail..mcm saya no fail 2012 tapi surat kelulusan tarikh Jan 2013?

    terima kasih

  6. Salam. Ingin tahu kalau untuk tujuan jualan semula hartanah dan RPGT, utk tujuan penolakan dan pengiraan RPGT,adakah cukup dgn S&P semasa beli yang dah distamping, resit legal fees dan sijil setem duti semasa beli, dan resit agen fee semasa jualan dan resit legal fees semasa jualan dan snp jualan bagi tujuan penolakan? Sebab saya tak jumpa resit bayaran agen 3% semasa pembelian, resit bayaran 7% kepada lawyer semasa sign S&P semasa belian, dan tak jumpa resit bayaran baki 90%. Adakah penyataan harga jualan semasa pembelian di dalam S&P dan sijil setem sudah memadai utk bukti harga semasa saya beli awal2 dulu? Mohon pencerahan.

  7. Assalam. Tahun lalu sy menguruskan penjualan tanah arwah bapa saudara yg tiada anak kecuali isteri. Bermakna tanah jg jatuh kepada 3 adik beradik arwah yang jg sudah meninggal dan kesemuanya ada anak berjumlah 17 orang termasuk saya.

    16 org bersetuju melantik saya wakil mereka dalam urusan tukar nama dan jual beli.Hanya nama saya dan isteri arwah di dalam geran. Selepas dijual, saya dikenakan cukai CKHT . Boleh saya merayu dikecualikan kerana saya hanya wakil kepada 16 penama atau pewaris lain?

  8. Asalam tuan..sy yaasir..sy ingin bertnya. Sy plan utk menjual rumah sy…kalau Dr surat sale and purchase tahun 2012…ini adalah tarikh tandatangan sale and purchase…tarikh sy duduk rumah ni 18.7.2013. Dan skrg sy masih stay dirumah ni lg 2017…sy Cuba dpt an harga semasa dr pihak bank…tp seperti tuan bg tau…pihak bank X kn berikan value pd owner rumah…jd ape yg perlu sy buat.

  9. Tuan…sy nk tanya rgpt ni kalau kita sbgi penjual dan mohon pengecualian rgpt. Soalan….selepas dpt pengecualian sy ingin tahu duit cukai rgpt tu pergi kepada sape? Tuan yg menjual rumah atau agent perumahan…

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.