Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar Hutang Bank

Ramai yang bertanya saya soalan ni. Boleh ke jual rumah belum habis bayar hutang? Ke nak kena jelaskan hutang dulu, baru boleh jual rumah?

Cara jual rumah belum habis bayar hutang bank

Saya bagi jawapan ringkas dulu.

Ya, anda boleh jual rumah belum habis bayar.

Tapi macam mana caranya? Siapa yang akan jelaskan hutang semasa anda? Ok, langkah dia macam ni.

1) Anda dan pembeli tandatangan perjanjian jual beli

Bila jual rumah, anda dan pembeli akan tandatangan perjanjian jual beli. Perjanjian ni peguam yang sediakan.

Tugas mereka juga adalah untuk selesaikan bayaran baki hutang anda dan buat pindah milik kepada pembeli.

Sebenarnya anda tak perlu risau, peguam yang akan uruskan semua ni.

Jadi, macam mana hutang anda tu di bayar?

2) Pembeli yang akan jelaskan loan anda

Untuk jual rumah, peguam akan bantu anda untuk buat pindah milik. Nak buat pindah milik kepada pembeli ni kena ada geran asal.

Masa anda dapat pinjaman ketika beli rumah dulu, geran asal ni anda dah cagarkan kepada bank.

Nak batalkan cagaran tu dan keluarkan geran, peguam kena buat proses pelepasan gadaian (Discharge of Charge).

Caranya macam mana?

Katakan pembeli beli rumah anda RM100,000. Hutang anda RM60,000 di CIMB. Pembeli guna pinjaman Maybank.

Peguam akan minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar dulu baki hutang anda sebanyak RM60,000 di CIMB.

Dah bayar hutang, barulah bank anda (CIMB) lepaskan gadaian dan beri geran asal kepada peguam.

3) Pindahmilik

Peguam kemudian buat pindah milik dan daftarkan nama pembeli sebagai pemilik baru. Pembeli akan cagarkan pula geran kepada bank mereka (Maybank).

4) Anda terima hasil jualan

Peguam seterusnya minta bank pembeli (Maybank) untuk bayar baki harga rumah.

Dalam contoh tadi sebanyak RM40,000 (RM100,000 harga rumah tolak RM60,000 hutang yang dan dibayar).

Bayaran tu peguam akan terima dan bayar kepada penjual.

Senangkan prosesnya?

Soalan Lazim

1) Kenapa bank perlukan geran sebagai cagaran?

Dah tentulah mereka nak jaminan yang penerima pinjaman tu boleh bayar balik. Kalau tak dapat bayar, bank akan lelong rumah. Tiada cagaran, tak bolehlah nak lelong.

2) Apa perkara lain yang saya perlu pastikan sebelum jual rumah

Anda kena pastikan harga rumah melebihi baki pinjaman dan kos jual rumah. Sebagai contoh, kalau baki pinjaman RM60,000, jangan jual bawah RM60,000.

Nanti amaun yang tak cukup tu anda kena topup kepada bank. Atau mungkin kena keluar duit pula untuk tanggung kos-kos jualan lain macam cukai, kos guaman dan fi ejen.

Baca Juga: Panduan Dan Cara Jual Rumah Di Malaysia

Penutup

Semoga artikel ‘Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar’ ini membantu. Jika anda masih ada hutang dengan bank, jangan risau. Boleh je jual.

Leave a Comment

51 thoughts on “Cara Jual Rumah Belum Habis Bayar Hutang Bank”

  1. Assalam Tuan Arif,
    Boleh kah jika saya hendak menjual rumah yang saya baru duduk selama 3 tahun ini? Kerana sy rasa semenjak OPR makin naik ni , kurang mampu untuk teruskan..

    Reply
  2. Hai tuan saya nak tanya saya ingin membeli rumah dari owner tapi owner nie masih hutang bank rm25k…rumah adalah jenis kos murah (RPR)…saya ingin membuat pinjaman bank UTK membeli rumah ini dan menggunakan KWSP sebab rumah pertama…tapi owner masih mpunyai hutang tertunggak bank sebanyak 25k…harga asal rumah ialah rm35k…MCM cara nya tuan?

    Reply
  3. Salam sejahtera,
    Saya ada soalan.
    BOLEH ke jika ASAL rumah atas nama saya dan suami serta masih ada baki di bank. Disebabkan OPR bulanan menjadi tinggi jadi saya jualkan rumah tersebut kepada anak saya.
    Soalan, boleh ke jika loan atas 1 nama (anak sahaja) tetapi SPA masih atas 2 nama iaitu saya dan anak. Maksud disini saya jual utk elak bulanan tinggi dan SPA masih ada nama saya. Tksh

    Reply
    • Salam. Boleh puan. Dalam kes puan ni, ibaratnya suami jual bahagian dia kepada puan dan anak. Dan anak tu yang mohon pinjaman.

  4. Saya ada 1 soalan,saya sebagai penjual,tadi ada call lawyer dia kata geran sudah hantar ke bank saya, boleh saya tahu berapa lama pula prosesnya?

    Reply
  5. Askum tuan.baru baru ni saya dah ke pejabat tanah untuk tukar nama kepada pemilik baru.bilakah duit rumah tu saya boleh dapat.

    Reply