Rumah Tak Laku: Boleh Ke Jual Rumah Kepada Bank?

Soalan: Saya dah cuba jual rumah saya tapi tak ada yang minat nak beli. Sekarang dah tak larat nak bayar. Boleh ke saya jual rumah kepada bank?

1) Boleh ke jual rumah kepada bank?

Saya selalu terima soalan ni. Biasanya yang bertanya ni dah buat macam-macam cara nak jual rumah tapi tak laku.

Jawapan ringkasnya: tak boleh. Bank tak akan beli rumah anda. Bank ni bisnes dia bagi pinjaman dan buat pelaburan. Mereka tak mahu pegang aset yang bukan dalam bentuk tunai macam hartanah.

Sebab tu kita tengok, bila seseorang tu tak bayar pinjaman, bank tak mahu rumah tu. Mereka lelong untuk dapatkan tunai tu semula.

Habis tu kalau rumah tak boleh laku macam mana nak buat?

2) Kaji semula kenapa rumah tak terjual

Kot mana pun anda kena teruskan usaha untuk cari pembeli rumah anda sehingga dapat.

Anda juga kena tanya diri anda: apakah punca rumah tak dapat dijual?

Ini boleh jadi kerana:

  • Harga anda terlalu tinggi
  • Kawasan rumah tak dapat sambutan
  • Keadaan rumah yang kurang baik
  • Anda tak fleksibel dengan terma jualan
  • Anda minta deposit yang tinggi dari pembeli
  • Rumah leasehold dan tiada pembeli bumiputera

Anda hanya boleh jual rumah cepat, bila anda tahu punca masalah.

Pada pengalaman saya, majoriti rumah tak terjual kerana harga. Anda mungkin rasa harga yang anda letak tu dah rendah.

Tapi boleh jadi, ada pesaing anda yang letak harga lebih rendah daripada anda dalam pasaran.

Ini akan jadi masalah. Terutama jika lokasi rumah anda tu tak dapat sambutan.

Misalnya, katakan pembeli datang beli kawasan rumah anda tu sekali je dalam enam bulan. Anda nak pastikan tawaran harga anda adalah yang terbaik.

Kalau anda terlepas pembeli tu, mungkin anda kena tunggu enam bulan lagi untuk dapat pembeli.

Atau boleh jadi juga anda minta deposit yang tinggi. Sepuluh peratus misalnya.

Ini jadi halangan yang besar terutama untuk golongan.

Sebaliknya, kurangkan jumlah deposit tersebut dan galakkan mereka untuk guna pinjaman seratus peratus macam SJKP dan pinjaman kerajaan.

3) Gabungkan hutang anda

Sementara anda tunggu rumah anda terjual, anda boleh cuba buat penggabungan hutang.

Misalnya, jika anda ada pinjaman peribadi, kad kredit dan rumah. Anda boleh gabungkan hutang pinjaman peribadi dan kad kredit tu dalam pinjaman perumahan.

Dengan cara ni, jumlah bayaran komitmen anda akan lebih rendah. Ini kerana kadar faedah pinjaman perumahan adalah lebih rendah berbanding dengan kadar pinjaman peribadi dan kad kredit.

4) Refinance atau pajakkan rumah anda

Selain itu anda juga boleh cuba refinance rumah anda untuk dapatkan kadar faedah yang lebih rendah atau panjangkan tempoh.

Ada situasi yang mana penjual rumah tu dapat kadar faedah yang tinggi masa dia beli rumah. Tetapi kadar semasa dah jauh lebih rendah.

jual rumah kepada bank

Bila anda refinance, bayaran bulanan akan lebih rendah.

Kalau rumah dah habis bayar anda juga boleh pajak semula (remortgage) rumah tu kepada bank untuk dapatkan tunai.

Cuma nak buat penggabungan hutang, refinance atau remortgage ni macam mohon pinjaman. Bank akan tengok pendapatan dan komitmen semasa.

6) Sewakan rumah

Kalau rumah kosong, anda boleh sewakan rumah sementara menunggu pembeli.

Tapi maklumkan kepada penyewa yang rumah tu dalam proses jualan. Jangan pula aniaya mereka. Sewa sekejap je dah terpaksa keluar.

7) Sertai program Houzkey

Jual rumah kepada bank memang tak boleh. Tapi Maybank ada skim yang boleh bantu anda untuk jual rumah dengan cepat.

Skim Houzkey ni merupakan skim Rent-to-Own yang mana pembeli boleh sewa rumah dan beli kemudian.

Skim ni memudahkan pembeli kerana mereka tak perlu sediakan deposit yang besar untuk beli rumah.

Anda boleh jual rumah melalui Houzkey kalau cukup syarat. Rujuk website Maybank Houzkey untuk tahu lebih lanjut.

Leave a Comment