Jual Rumah Kos Rendah. Info Penting Ejen Kena Tahu.

Dalam perjalanan kerjaya ejen hartanah, mungkin tuan puan akan dapat kes jual rumah kos rendah.

Jual rumah kos rendah ni ada cara. Rumah jenis begini ada syarat yang pembeli kena patuhi.

Cara Nak Kenal Pasti Rumah Kos Rendah

Nak tahu status kos rendah kena tengok perjanjian jual beli pemilik. Perjanjian jual beli biasanya akan nyatakan sama ada rumah kos rendah atau tidak.

Jika tidak dinyatakan, ada beberapa ciri yang tuan puan boleh kenal pasti. Di Selangor, rumah kos rendah ni biasanya:

  • Berkeluasan 650 kaki persegi atau kurang untuk pangsapuri.
  • Pemilik beli dengan harga RM42,000 atau kurang.

Jika rumah ada ciri ini, besar kemungkinan ianya jenis kos rendah. Ajukan pertanyaan kepada pemilik. Kemudian hubungi pemaju untuk kepastian.

Bukan Semua Orang Boleh Beli

Langkah mengenal pasti rumah kos rendah ni penting. Bukan semua orang boleh beli rumah jenis begini kerana ada syarat yang ditetapkan.

Di Selangor syarat-syaratnya adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan pembeli dan pasangan tak melebihi RM5,000 jika berumah tangga.
  • Pendapatan pembeli tak melebihi RM3,000 jika belum berumah tangga.
  • Pembeli dan pasangan tidak pernah memiliki sebarang rumah di Selangor atau kawasan Lembah Klang.
  • Pembeli dan pasangan hendaklah tinggal atau berkerja di Selangor atau kawasan Lembah Klang.
  • Kelulusan adalah tertakluk kepada pihak berkuasa negeri.
  • Pemilikan hartanah oleh pemilik mencukupi atau melebihi 5 tahun.

Prosedur Jual Rumah Kos Rendah

1) Semasa Dapat Senarai Rumah Untuk Dijual

Semasa berjumpa dengan pemilik rumah, terangkan kepada mereka tentang syarat jualan rumah kos rendah. Bila pemilik faham, mudah untuk urus expectation mereka.

Semasa ambe tulis artikel ni, ambe dapati ada sedikit perubahan syarat jualan rumah kos rendah.

Pemilikan rumah kos rendah oleh pemilik tu mesti cukup atau melebihi 5 tahun. Sebelum ni ambe rasa syarat ni tiada. Oleh itu pastikan tuan puan semak perjanjian jual beli pemilik sebelum teruskan iklan dan jualan.

Ambe juga sarankan tuan puan minta tempoh untuk pembeli tandatangan perjanjian jual beli tu dilanjutkan.

Kebiasaannya, untuk rumah subsale tempoh 14 hari berkerja ditetapkan untuk pembeli dapat pinjaman dan tandatangan perjanjian setelah bayaran wang tandajadi dibuat (booking).

Tetapi untuk rumah kos rendah ni ada prosedur tambahan yang pembeli kena selesaikan (Rujuk poin keempat). Oleh itu seeloknya tuan puan minta dipanjangkan. Ambe cadangkan tempoh tersebut dinaikkan daripada 14 hari berkerja kepada 21 hari berkerja.

2) Pengiklanan

Dalam iklan yang tuan puan buat, nyatakan terus status rumah kos rendah dan juga syarat belian. Ini untuk pastikan hanya prospek yang layak sahaja hubungi tuan puan.

3) Saringan Awal Prospek Pembeli

Bila ada prospek hubungi tuan puan bertanyakan tentang rumah, wajib buat saringan awal. Objektif saringan ni berbeza dengan rumah subsale biasa.

Selain nak ukur kemampuan dan motivasi pembeli dapatkan rumah, tuan puan nak ketahui sama ada pembeli ni cukup syarat nak beli rumah yang diiklan.

Ada setengah ejen baru tak pasti bagaimana nak semak kelayakan pembeli untuk rumah kos rendah ni. Maklumlah informasi yang diminta tu agak sensitif.

Skrip yang boleh digunakan adalah begini:

“Tuan, oleh kerana rumah ni adalah jenis kos rendah, saya mohon izin untuk terangkan syarat-syarat pembelian. Syarat-syarat ni ditetapkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).”

Bila tuan puan beri penerangan begini, prospek akan lebih bertenang. Bukan syarat tuan puan, tapi syarat LPHS.

Cuba bandingkan dengan soalan ni “Tuan, gaji berapa? Ni rumah kos rendah, ada syarat”. Soalan begini adalah agak ‘offensive’. Ambe doakan perunding hartanah terlibat dijauhkan dari bala bencana. Huhu.

Tuan puan kemudian akan terangkan syarat belian rumah kos rendah. Di akhir penerangan, tanya kepada prospek “Ada apa-apa tentang syarat ni yang saya boleh bantu?”

Soalan open-ended begini akan buat pembeli mahu bertanya. Dari komunikasi yang berikut ni lah tuan puan akan dapat kenal pasti sama ada pembeli betul-betul layak atau tidak.

4) Jika Pembeli Berminat

Setelah pembeli lihat rumah dan berminat untuk teruskan belian, terangkan prosedur belian dengan sempurna.

  1. Pembeli bayar wang tandajadi 3.18% dan tandatangan surat tawaran belian (Offer to Purchase).
  2. Perunding hartanah bantu prospek untuk dapatkan pinjaman.
  3. Pembeli dan pemilik kemudian buat permohonan pindah milik rumah kos rendah di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.
  4. Dalam masa 21 hari berkerja, pembeli tandatangan Perjanjian Jual Beli dan jelaskan baki deposit 6.82%.

Prosedur belian ni sama sahaja dengan rumah bukan kos rendah kecuali yang ketiga. Kedua-dua pembeli dan pemilik perlu buat permohonan pindah milik ke LPHS.

Sebagai perunding hartanah, tuan puan tak boleh bantu untuk buat permohonan bagi pihak mereka. Mereka sendiri kena hadir ke LPHS.

Di pihak pembeli, tuan puan kena ciptakan ‘sense of urgency’. Maksudnya mereka kena cepat selesaikan permohonan dan tak boleh ada kelewatan.

Jika tidak, kes mungkin ambil masa lama dan ada risiko wang tandajadi mereka hangus.

5) Mendapatkan Pinjaman

Oleh kerana rumah kos rendah ni biasanya bernilai bawah RM150,000, pastikan tuan puan hantar permohonan pinjaman ke bank yang betul.

Ada sesetengah bank contohnya, tidak terima permohonan rumah bernilai bawah RM200,000.

Seeloknya tanya kepada jurubank sebelum hantar permohonan. Tuan puan tak mahu situasi di mana 3 hari kemudian jurubank hubungi tuan puan dan kata mereka tak terima permohonan tersebut. Rugi masa.

6) Permohonan ke LPHS

Setelah pinjaman lulus, proses kemudiannya adalah untuk menyiap dan menandatangan perjanjian jual beli.

Namun begitu, peguam yang mahir akan nasihatkan pembeli untuk buat permohonan di LPHS terlebih dahulu.

Jangan sesekali benarkan pembeli tandatangan perjanjian jual beli sebelum permohonan dibuat. Besar risikonya.

Jika permohonan tak diterima, sukar untuk batalkan perjanjian jual beli. Deposit yang dibayar kepada pemilik pula mungkin sukar untuk dapat balik.

Dokumen permohonan boleh didapati di laman web LPHS. Setelah dokumen lengkap, pembeli dan penjual perlu lakukan akuan bersumpah. Dokumen juga akan disahkan.

Kesemua dokumen ini kemudian pembeli dan penjual akan bawa ke LPHS.

Ambe sendiri pernah teman pembeli hadir ke LPHS di Shah Alam. Semasa memohon tu, pegawai LPHS akan menyemak permohonan terlebih dahulu. Mereka kemudian akan nasihati pembeli jika permohonan tidak dapat diteruskan.

Jawapan rasmi permohonan hanya akan diterima pembeli sebulan ke dua bulan selepas tarikh permohonan. Tetapi biasanya, jika pegawai di LPHS terima permohonan, besar kemungkinan kebenaran rasmi tu tiada masalah.

Jika pegawai di LPHS menerima permohonan pembeli, mereka akan keluarkan resit. Resit tu kemudian diberi kepada peguam untuk memberitahu mereka yang permohonan telah dihantar.

Setelah proses ini selesai, peguam akan menyiapkan perjanjian jual beli untuk ditandatangan.

Tentang Gaji Pembeli

Ambe selalu terima pertanyaan, gaji pokok pembeli dan pasangan bawah RM5,000. Tapi bila dicampur dengan elaun lebih masa, pendapatan tersebut lebih daripada RM5,000. Layak ke memohon?

Dalam kes yang ambe pernah uruskan, pembeli layak. Pegawai di LPHS beritahu kepada ambe mereka akan lihat kepada gaji pokok atau gaji bersih, yang mana lebih rendah.

Contohnya, jika gaji pokok RM4,800 dan gaji bersih ialah RM5,500 setelah dicampur dengan elaun lebih masa. LPHS akan ambil kira gaji pokok sahaja.

Namun, ambe tak berani nak kata ini adalah praktis yang diterima. Mungkin pegawai yang urus kes ambe dulu lebih fleksibel.

Ambe sarankan tuan puan jika nak teruskan kes begini, eloklah ke kaunter LPHS untuk kepastian.

Malulah Jual Rumah Kos Rendah

Ada sesetengah pihak mungkin pandang rendah perunding hartanah yang jual rumah kos rendah. Secara personal, tuan puan abaikan mereka. Tak perlu malu.

Bukan mereka yang menyara keluarga tuan puan. Dan yang paling penting sekali, tuan puan bantu penjual dan pembeli. Tak kira berapa harga rumah.

Kesimpulan

Ambe harap artikel ni dapat menjadi panduan kepada ejen hartanah baru. Ambe dah banyak kali terperangkap dalam kes rumah kos rendah. Ambe benar berharap pengalaman ni dapat memendekkan ‘learning curve’ tuan puan.

Jika tuan puan ada sebarang soalan, ajukan di ruangan komen ya.

95 thoughts on “Jual Rumah Kos Rendah. Info Penting Ejen Kena Tahu.

  1. Dalam S&P di muka surat brp di nyatakan status rmh kos rendah..saya cari tak jumpa.terima kasih Tuan Alif..artikel ini byk membantu..Moga byk lagi artikel sebegini di masa,akan dtg…terbaik 5bintang*****

  2. Satu lagi yang menunjukkan sebuah rumah itu kos rendah tengok harga (Purchase Price) selalunya below RM40,000.00

  3. Asslaam
    Gaji pokok saya dan isteri rm5470.tapi bila ditolak potongan tetap epf socso menjadi rm4800.bolehkah saya memohon.
    Tq

  4. tuan arif nak tanya..kalau rumah yg nak beli masih under master title, strata dah kua tp belum tuka pada nama owner lagi.
    1.Adakah pihak bank akan mintak salinan geran utk urusan loan?
    2.Boleh tak buat direct transfer? ke kena buat double transfer dulu..lama ke proses nya?

    • Salam. Dalam kes ni:
      1. Lawyer akan buat pengesahan dgn pemaju
      2. Pemaju akan minta perfection dibuat
      3. Sama ada direct / double transfer tu bergantung kepada pemaju. Kebiasaannya, rumah status freehold boleh direct transfer.

      Bank minta salinan geran utk buat title search. Kebanyakannya minta. Tapi bagi cukai pintu pun boleh.

      • lagi satu tuan..macam mana kita nak tahu samada rumah tu under geran negeri/mukim/daerah?
        terima kasih banyak tuan.

  5. Assalam, saya dan suami dalam bercadang menjual rumah kos rendah kami di Taman Kinrara Puchong, sekiranya saya ingin jadikan tuan sebagai agen boleh ke untuk memudahkan proses?

  6. Tuan,
    Dalam s&p, tiada tertulis unit Kos rendah itu samada bumi atau non bumi unit. Bolehkah seorang non bumi membeli unit itu daripada seorang bumi?
    Minta panduan daripada tuan.

  7. assalamualaikum tuan.suami dlm proses beli rumah subsale low cost.skg dah ke tahap tgu disbursement bank tba2 bank hold kerana mtk low cost consent dari SUK.rumah nak beli ats nama suami seorang.ikt pada syarat low cost tiada mslh cuma sy keliru ada kata psgn tidak boleh ada rumah,mslhnya sy ada join in nama utk rumah keluarga di jb.artikel tuan kata tidak blh ada rumah di selangor/klang.mana yg ley diguna pakai.sy risau andai SUK tolak permohanan.lain semua dh settle.duit byk dah keluar????terima kasih tuan

  8. Salam Tuan Arif,
    artiket amat membantu!

    berkenaan – Pembeli dan pasangan tidak pernah memiliki sebarang rumah di Selangor atau kawasan Lembah Klang.

    Memang syarat ni, tidak boleh dirunding kalau kita dah ada rumah di selangor?

    ingin tahu.
    Terima kasih

  9. As salam Tuan Arif Husin,ini soalan saya ye,..jika pembeli sudah membeli rumah kos rendah,layak ke dia membeli lagi rumah kos rendah dengan bayaran tunai?terima kasih.

    • Mungkin tak layak tuan. Melainkan kalau tuan beli secara lelong yang dah terbatal syarat lowcost atau beli lowcost freehold tiada sekatan dan sudah mempunyai geran strata.

  10. salam tuan ..

    berkenaan – Pembeli dan pasangan tidak pernah memiliki sebarang rumah di Selangor atau kawasan Lembah Klang

    sy dlm proses mnjual rumah di shah alam dan ingin membeli rumah low cost..

    pada pndapat tuan mcmane?

  11. Hi..jika semua layak kecuali gaji..kerja sendiri. .tak ada payslips. .tak ada company. .boleh layak kah..lphs boleh lulus kah?
    Sebenarnya bapa pakai anak nama beli..umur baru 19 saja

  12. Sy tertarik dgn statement ini;

    Mungkin tak layak tuan. Melainkan kalau tuan beli secara lelong yang dah terbatal syarat lowcost atau beli lowcost freehold tiada sekatan dan sudah mempunyai geran strata.

    Saya ditawarkan untuk membeli rumah teres lama dan dimaklumkan rumah tersebut adalah rumah low cost. Jika saya mendapati rumah tersebut adalah di bawah status freehold, so saya boleh beli tanpa perlu risau pertukaran hak milik ditolak oleh LPHS?

  13. Salam Tuan Arif

    Bila kita beli rumah kos rendah lelong, kita masih perlukan consent drpd LPHS kan? Lama tak tempoh nak dapatkan consent tu sb kita terikat dgn tempoh 90 atau 120 hari tu kan?

    • Ada juga agent yg memberitahu saya sekiranya membeli rumah lowcost yg dibangunkan oleh PKNS, rumah tersebut tidak tertakluk pada syarat lowcost Selangor. Boleh bagi pencerahan?

      • Salam. Dalam pengetahuan saya yang cetek ni, saya berpendapat perkara tu tak betul. Jika rumah lowcost, sepatutnya tertakluk kepada syarat lowcost tidak kira pemaju.

  14. Salam Tuan,

    Seandainya sy berjaya membeli rumah teres 2 tingkat low cost menerusi lelongan bank, dan beberapa tahun kemudian sy ingin menjualnya. Adakah syarat2 rumah low cost masih terpakai setelah diperoleh melalui lelongan bank. TQ

  15. As salam tuan..sy ingin menjual pangsapuri sy..di s&p tiada tertera low cost.tapi mengikut penjelasan tuan mmg ada semua ciri2 low cost..ade buyer nk beli cash rm140k.pangsapuri ni freehold dn tiada sekatan.pembeli merupakan penyewa sy skrg..dn gaji nye lebih dari 7k..bole kah & layak kah dia membeli secara cash?tq

    • Salam,

      1) Jika rumah masih berstatus master title mungkin tak boleh buat pindahan kerana tertakluk kepada syarat lowcost.

      2) Jika freehold dan sudah ada geran strata, saya cadangkan tuan rujuk kepada peguam. Ada possibility rumah boleh transfer.

  16. As salaam tuan arif,

    Saya ada membeli rumah kos rendah di Kajang melalui lelongan bank pd tahun 2015. Saya dimaklumkan oleh peguam saya yg urusan penjualan x dpt dilakukan atas sbb pemilikan rumah mestilah lebih drpd 5 thn baru boleh jual yg ditetapkan oleh LPHS. Jadi soalan saya, adakah syarat LPHS ni masih tertakluk walaupun rumah ini dibeli secara lelongan bank.

    Harap tuan dpt membantu saya.

    • Salam,

      Bila tuan beli rumah lowcost melalui lelong, syarat lowcost mungkin terbatal. Tapi bila tuan beli dan nak jual balik, syarat lowcost tu ada semula. Dalam kes ini, tuan tak boleh jual kerana pegagangan masih bawah 5 tahun.

      • Terima kasih atas jawapan tuan. LPHS telah menetapkan syarat 5 tahun sebelum boleh dilakukan sebarang transaksi pindahmilik. Bagi kes saya, adakah tempoh itu bermula dari tarikh pembelian secara lelong (2014) atau setelah penukaran hak milik (2017) daripada owner asal kepada saya?

  17. Salam, tuan,

    Saya nak bertanya, rumah saya dalam proses mendapatkan consent low cost dr LPHS,
    1)Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk kelulusan consent ini?Max memang 2 bulan seperti yg tuan komen di atas..
    2)Bagaimana cara untuk kita follow up selain dari pihak peguam?..

    terima kasih

    • Salam,

      1) 2 bulan tu dalam kes saya sebelum ini setelah S&P ditandatangan. Jangkamasa tu tak tetap, mungkin boleh jadi lebih panjang.
      2) Saya cadangkan tuan follow up di LPHS sendiri.

  18. Salam Tuan

    Saya ada membeli rumah low cost di Selangor dan masih dalam proses untuk dapatkan consent dari LPHS. Rumah leasehold dan sudah ada strata title.

    Gaji kasar saya sudah RM3300 tetapi gaji bersih masih bawah RM3000. Adakah permohonan saya akan lulus?

    Sebab saya ada semak borang permohonan hanya meletakkan syarat isi rumah RM5000.Tiada pula syarat gaji untuk bujang. Jadi macam mana ya?

    Terima kasih Tuan

    • Salam. InsyaAllah boleh lepas. Baru-baru ini ada juga kes sebegini. LPHS beritahu mereka akan lihat gaji kasar atau bersih, yang mana lebih rendah.

  19. Assalam Tuan,

    Saya telah mempunyai sebuah rumah low cost.
    Bapa mertua saya ada menyatakan hasratnya untuk menjual rumah yang diduduki sekarang (juga berstatus low cost) dan pulang tinggal dikampung.
    Saya berhasrat untuk membeli rumah dari mertua saya.
    Saya sedia maklum beberapa syarat untuk pemilikan rumah low cost selangor, dan ada terbaca dimana sekiranya penukaran pemilikan dari keluarga contohnya bapa kepada anak adalah dibolehkan.
    Mohon pencerahan Tuan, bolehkan saya membeli rumah tersebut dengan pinjaman atas nama saya tetapi pemilikan atas nama isteri saya (penuhi syarat bapa kepada anak) ?
    Terima Kasih Tuan.

  20. Salam Tuan,

    saya ada soalan. sebelum beli rumah low cost saya ada inform agent yang gaji sya + husband mmg lebih 5k tp agent ckp boleh teruskan sebab lawyer boleh uruskan untuk ambil kira tanggungan. tetapi apabila sya bercakap dengan lawyer katanya hanya mengikut syarat yg ditetapkan oleh kerajaan negeri selangor. Cost lawyer telah dibayar. Adakah kemungkinan consent saya boleh diterima kerana gaji pokok dan bersih kami suami isteri lebih kurang RM5,200. Mohon pendapat tuan. terima kasih

    • Salam tuan. Setahu saya LPHS ni akan tengok gaji kasar atau bersih, yang mana lebih rendah. Tentang tanggungan tu saya belum pernah dengar. Semasa puan ke LPHS, apa feedback dari pegawai?

      • Saya belum ke LPHS lagi kerana menurut agent, lawyer yang akan uruskan kesemuanya. Saya hanya perlu menyiapkan dokumen yang diperlukan. Agak menjadi kerisauan bagi pihak saya kerana gaji bersih kami suami isteri RM5,200 dan upah lawyer telah saya bayar

  21. Salam tuan,
    Pensyarah gaji bersih 11k bolehkah beli rumah kos sederhana rendah lease hold berharga rm552000? (Single storey corner) di kajang (dengan menggunakan loan lppsa)?

  22. Salam tuan
    Sya nk tnya adakah kemungkinan permohonan utk low cost tidak diluluskan oleh LPHS kerana berdasarkan dr syarat2nya jumlah gaji suami isteri 5459..
    Bagaimana jika permohonan tidak diluluskan?sedangkan sya telah pun menandatangai loan bank,snp dan settle smua deposit..dan penjual jg masih lgi belum mencapai 5tahun pembelian..

    • Salam Puan. Kalau ikut syarat yang ditetapkan mungkin tak lulus. Tapi boleh saya tahu tu gaji bersih atau kasar? Jika permohonan tidak lulus, saya sarankan puan buat rayuan & bincang dengan peguam tentang deposit tu.

  23. Salam tuan.
    soalan saya.
    1.boleh kah rumah lowcost dibeli oleh orang asing yg berkahwin dgn warganegra malaysia.
    2. pmbeli tidak mnggunakan pinjaman. dia dh lama berada di malaysia
    3.anaknya tiga orang dan yg slung umur 11 tahun.
    Tksih

    • Salam. Kemungkinan tak boleh kerana syarat belian mesti warganegara Malaysia. Mungkin boleh guna nama pasangan, tapi yang ini mohon confirmkan dengan peguam.

  24. As slm tuan.

    Sy ingin membeli flat low cost leasehold namun strata dah ada. Adakah masih tertakluk kepada syarat low cost jika strata dah ada.

    Adakah sy blh buat loan jika rmh tersebut dibuat atas nama bapa sy.

    Terima kasih.

    Wassalam.

    • Masih tertakluk syarat lowcost. Sales and purchase agreement mesti ada nama tuan, atau nama bersama tuan dan ayah.

  25. assalamualaikum tuan,
    saya menetap di pahang. nak beli rumah low cost dengan harga rm88k.
    masih baru dan boleh saya tawu prosedur2 yang berkaitan. cthnya kos yang terlibat
    valuer, lawyer dan lain2. terima kasih

    • Bergantung kepada proclamation of sale tuan. Ada yang masih apply syarat tu, ada rumah yg bebas syarat. Tp bila jual, syarat tu terpakai semula.

  26. tuan Arif ! saya nak tanya berkaitan jual rumah low cost flat ! saya ada satu low cost flat dekat taman ringting johor bahru beli tahun 2000 takda loan lagi ! boleh tak saya jual kepada orang lain ? sekian terima kasih

  27. Salam Tuan..

    Info yang manfaat ..saya ada 1 unit lowcost yang mana saya beli melalui proses lelong (2014)..rumah itu sekarang disewakan kepada penyewa… sekarang ni penyewa nak beli rumah tersebut dan saya willing untuk menjualnya disebabkan situasi ekonomi sekarang dan dimana saya tidak bekerja lagi dan amat memerlukan wang..soalan saya adakah possibility pihak LPHS bole mempertimbangkan permohonan bagi pihak penjual yang memiliki rumah tersebut utk tempoh 3 tahun?..apa pandangan tuan adakah pihak LPHS sangat strict hal ini atau ada consideration…terima kasih

  28. Salam Tuan,

    Saya dalam proses untuk membeli rumah apt low cost (subsale) yang tiada strata…pemilik rumah letak harga RM164k…gaji saya dan pasangan melebihi rm8k…adakah saya layak dan boleh teruskan permohonan? saya juga telah memiliki rumah pertama di selangor.

  29. salam tuan,
    saya ingin mendapat sedikit pencerahan berkaitan loan..
    jika kita membeli rumah lelong yang harga di bawah 100k, bank apa yang selalunya boleh bagi loan untuk jumlah tersebut? kebanyakan bank mahu beri loan untuk rumah bernilai 100k ke atas saja.

  30. Tuan… Peguam sy sudah hantar borang LPHS setelah sign SNP..tp dh dua bulan lebih masih tiada khabar berita.tnya peguam dia asyik kata xde feedback dr LPHS.bolehkn sy cek sendri di LPhS utk tahu status terkini permohonan sy?..sy beli low cost apartment.benarkh low cost apartment makan masa yg sgt lama utk kebenaran consent dr LPhs tu?

    • Salam.
      1. Puan boleh hadir ke LPHS untuk semakan.
      2. Benar, memang ambil masa untuk tahu status permohonan tu.

  31. Salam tuan;

    Sy mohon bantuan pihak tuan berkenaan kes rumah kos rendah yg telah sy jual setahun yg lalu. SPA dah selesai dan sy dimaklumkan kelulusan pihak LPHS juga telah selesai. Seterusnya proses consent to transfer dari pejabat tanah.. telah setahun lamanya masih tiada sebarang keputusan. Sy dimaklumkan oleh peguam pembeli tempoh yg dinyatakan dlm SPA adalah 6 bulan dan penjual boleh lanjutkan tempoh. Kalau tidak penjual terpaksa membayar semula duit deposit 3% + 7% kepada pembeli.
    Sy rasa macam tertipu kerana selama tempoh setahun tidak pernah mendapat sebarang dokumen surat menyurat dr pihak peguam..
    Mohon bantu sy

  32. Salam Tuan,

    Boleh saya tahu dimanakah untuk saya mendapat info tentang kekosongan membeli rumah low cost terus kepada pemaju. Area Bukit Subang / Ara Damansara atas developer Sime Darby Property.

  33. Salam Tuan,
    Saya telah bayar downpayment Rm20k, tetapi tidak ingin lagi beli rumah tersebut sebab kemungkinan besar akan tukar tempat bekerja dan tidak tinggal di kawasan Selangor. Saya ingin tanya apa prosedur yang perlu saya buat dan adakah semua downpayment tidak akan dikembalikan kerana Surat SPJB tulis downpayment akan dikembalikan jika loan pinjaman tidak diluluskan disebabkan masalah dari segi pendapatan.

    • Salam,

      Saya rasa yang terbaiknya kena rujuk terma dalam perjanjian tuan. Biasanya pembatalan ni akan menyebabkan duit booking / deposit hangus melainkan dengan beberapa sebab yang dinyatakan dalam terma booking / sales & purchase agreement.

  34. Assalamualaikum,

    Saya dan suami ingin jual rumah kos rendah ( 5 tahun) bumi kepada non bumi. Nama masih atas pemaju. Boleh Tuan Arif terangkan prosedur2 yang harus dilalui dengan lebih detail? Borang yang harus diisi oleh penjual & pembeli. Haruskah pihak penjual mengisi semula borang PN1 (Borang kerajaan Negeri untuk permohonan untuk 1 unit rumah) untuk permohonan jualan rumah? -Mengapa?
    Pembeli dah arrange sendiri lawyer tp Kami telah menunggu hampir 7 bulan masih belum settle. Pembeli ingin beli tunai tanpa pinjaman bank

  35. salam en arif…memang ada dalam pekeliling lphs ke?kalau beli rumahlowcost freehold tiada sekatan dan sudah mempunyai geran strata maka rumah tu tidak tertakluk dengan syarat2 low cost?

  36. Hi Arif,
    Salam,
    Saya nak tanya sikit pasal rumah kos rendah untuk di jual di taman sri muda shah alam. (Flat). Flat ni saya punya , dah habis bayar, harga beli RM28k, sekarang boleh jual lebih kurang 100k. Saya nak jual kat bini saya yg belum ada rumah dan saya perlukan wang kerana saya bekerja contract,kadang2 contract jalan setahun lebih,kadang2 setahun lebih tak ada kerja, saya tak ada kerja tetap. Isteri saya kerja kat RHB, gaji saya tak pasti tapi lebih kurang antara 3-4k.

    Saya milik 1 apartment di jalan klang lama dan 1 tanah lot 4000kps di NS**

    Dia layak ke beli flat ni?
    Kalau boleh saya ingin jumpa Arif dan Arif boleh tolong uruskan transaksi jualan?

    No handphone saya 014-6690221

    Terima kasih

  37. Assalamualaikum,
    Tuan, sy n suami ada membeli rumah berhrg 80k di johor bahru pd tahun 2006. Setelah survey hrg jual, kami ingin menjual dgn hrg 170k. Kami masih ada pinjaman bank lbh kurg 80k.
    – Berapakan keuntungan yg akan kami perolehi hasil dr jualan tersebut?
    – Apakah kos yg akn kami tanggung dlm proses penjualan tersebut?
    Untuk makluman tuan kami menggunakan loan secara islamik semasa membuat loan rumah ini. Mohon pencerahan dr tuan.

  38. Salam tuan,
    Sy ade beli rumah low cost di sg buloh.. Sudah sign SNP, lawyer ade bg borang prmohonan rumah kos rendah, tp lawyer masih lg x minta borang tu. Lawyer bgtau suami, serahkn borang tu bile die minta nnt. Nnt lawyer akan serahkan borang tu pd LPHS. Sy tidak bkrja. Beli rumah atas nama suami shj. Gaji kasar suami hny 3k lebih. X menentu. Sy sedikit risau klu pmhonan x d luluskn. Sy dh byr smua kos2 spt deposit 10% n duit lawyer. Loan lulus dr bln 4. Sy dh sign snp dr bln 4 lg..smpai sekarang bln 8 lawyer masih diam..x minta pn borang tu. Kwsp pn masih x blh nk buat kluar sbb kne tunggu klulusan dr suk katanye. Adakah pmohonan utk rumah kos rendah sy akan lulus?

  39. Salam Tuan,

    Saya ada soalan, IBU saya ada rumah di Selangor dan sudah jual..boleh ke IBU saya membeli rumah kos rendah di selangor?..IBU saya Sudan berumur 55tahun..

  40. Assalam tuan Arif,
    Saya nak tanya ada syarat ke untuk jual rumah kos rendah ni?
    Cthnye kena jual bawah 200K ke?
    Terima kasih

  41. Salam Tuan Ariff
    Sy nk tanya, sy memiliki rumah kos rendah di selangor dn ingin menjualnye. Jika pembeli tlh memiliki rumah projek kerajaan(mesra rakyat) di terengganu, adakah dia blh memohon untuk membeli rumah dgn sy? Dia menetap dan bkerja di selangor. Syarat lain semua layak cuma dia tlh memiliki rumah di terengganu. Dlm borang LPHS cuma nyatakan pbeli mestlah tidak mempunyai rumah di Slgor / Lembah Klang. Sekiranya pembeli sudah memiliki rumah tetapi bukan di Selangor, adakah pembeli masih layak untuk rumah kos rendah? Rumah ini bukan rumah baru tetapi adalah rumah subsale. Mohon pencerahan. Tq

  42. Tuan,
    Saya dalam proses untuk membeli rumah low cost (subsale/ rumah sudah 30 tahun) pemilik rumah letak harga RM260k…gaji saya dan pasangan melebihi rm6k…adakah saya layak dan boleh teruskan permohonan? saya dan pasangan saya tidak ada rumah lagi.

  43. Assalamualaikum tuan

    Saya dlm perancangan beli rumah mampu milik 150k ( under cons skrg ) dan tujuan untuk disewakan. Adakah ia dibenarkan dan pd pendapat tuan lebih baik beli rumah sub sale

  44. Salam Tuan,

    Maaf tanya but nak tau. Klu rumah low cost yang dah lebih 30 tahun dan harga lebih dari RM300k atau rumah flat harga Rm200k di PJ yang lebih 40 tahun, adakah masih tertakluk kepada syarat2 kelayakan RM5k utk suami isteri dan RM3k utk bujang. Ini kerana dgn harga sebegitu mungkin tiada yang layak dlm pinjaman bank.

    Atau adakah syarat kelayakan pembeli rumah kos rendah ini hanya tertakluk kepada rumah kos rendah baru dibawah kerajaan Selangor?

Leave a Comment

Langgan Panduan Hartanah. Percuma.

Dapatkan panduan hartanah dan senarai rumah bawah nilai pasaran terus ke e-mel. Percuma. Janji tiada spam.