Anda tengah fikir nak jual rumah. Agak urgent juga kerana ada hajat yang anda kena penuhi selepas jual. Atau memang dah ada pembeli dan tertanya-tanya, berapa lama tempoh dapat duit bila jual rumah. Mari saya terangkan.
Sebelum saya mula, saya kena bagi amaran dulu:
Tempoh Dapat Duit Jual Rumah
Berapa lama tempoh anda akan dapat duit jual rumah ni bergantung kepada tiga perkara:
- Berapa lama anda akan dapat pembeli
- Proses pinjaman dan tandatangan perjanjian jual beli
- Proses pindah milik yang mana bergantung kepada status hartanah yang anda jual
Tempoh Dapat Pembeli Rumah
Jika belum ada pembeli, tempoh nak dapatkan pembeli ni kita tak boleh kawal. Boleh jadi cepat, boleh jadi lama.
Tempoh ni juga berkait dengan banyak faktor. Antaranya persaingan, harga dan permintaan.
Kalau anda nak dapatkan pembeli cepat, rujuk artikel Cara Jual Rumah Cepat.
Secara kasar, anda mungkin boleh anggarkan tempoh nak dapat pembeli ni sekitar tiga bulan.
Dalam artikel ni, saya akan buat andaian masa selama tiga bulan untuk dapat pembeli.
Pembeli Mohon Pinjaman Dan Tandatangan Perjanjian Jual Beli
Bila dah ada pembeli, pembeli tadi akan mohon pinjaman. Pembeli juga kena dapatkan khidmat peguam untuk buat perjanjian jual beli dan selesaikan pindah milik
Urusan nak dapatkan pinjaman dan tandatangan perjanjian jual beli ni akan ambil masa sekitar sebulan.
Proses Pindah Milik
Bila perjanjian jual beli anda dah tandatangan, peguam akan buat proses pindah milik. Tempoh pindah milik ni bergantung kepada status tanah.
1) Jika rumah berstatus freehold dengan geran individu atau strata
Untuk status tanah freehold yang dah ada geran individu atau strata, biasanya proses pindah milik akan selesai dalam empat bulan dari tarikh perjanjian beli.
Anggaran masa:
- Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
- Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
- Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 4 bulan
- Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 7 bulan
2) Jika rumah berstatus leasehold dengan geran individu atau strata
Untuk status leasehold pula lebih lama. Ini kerana pindah milik biasanya ada sekatan oleh pihak berkuasa negeri.
Peguam kena dapatkan kebenaran dari pihak berkuasa negeri sebelum mereka boleh buat proses pindah milik.
Nak dapat kebenaran ni mungkin ambil masa juga. Saya jangka sekitar sebulan ke tiga bulan.
Bila dah dapat, proses pindah milik akan berjalan. Ini akan ambil masa sekitar sembilan puluh hari berkerja atau empat bulan.
Anggaran masa:
- Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
- Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
- Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 7 bulan
- Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 10 bulan
3) Rumah berstatus master title
Geran master title bermaksud geran rumah tu masih lagi nama pemaju. Nak tahu status ni anda kena buat carian rasmi dekat pejabat tanah.
Jika rumah anda berstatus master title, peguam perlu dapatkan pengesahan unit dari pemaju sebelum boleh buat pindah milik.
Pengesahan pemaju ni tak tentu. Ada yang bagi jawapan cepat. Ada yang lambat.
Anggaran kasar saya mungkin sekitar satu ke dua bulan.
Bila dah dapat pengesahan, peguam akan selesaikan proses pindah milik dalam tempoh empat bulan.
Anggaran masa:
- Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
- Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
- Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 5 ke 6 bulan
- Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 9 ke 10 bulan
Proses Pindah Milik Untuk Rumah Yang Perlu Buat Perfection
Ada rumah master title yang mana gerannya dah patut disempurnakan kepada nama anda.
Tapi anda belum buat. Dan dah ada pembeli yang nak beli rumah.
Untuk rumah macam ni anda kena buat proses penyempurnaan untuk tukar nama pemaju dalam geran tu kepada nama anda.
Macam mana nak tahu kena buat buat proses ni? Biasanya pemaju melalui peguam mereka, akan beritahu anda tentang perkara ni.
Anda juga kena bayar kos guaman dan MOT untuk buat tukar nama tu.
Proses pindah milik kepada pembeli tu boleh jadi dua keadaan: pindah milik terus (direct transfer) atau pindah milik dua kali (double transfer).
Dalam proses direct transfer, pindah milik tu akan dibuat terus dari pemaju kepada nama pembeli.
Manakala untuk proses double transfer…
Pindah milik perlu dibuat kepada penjual terlebih dahulu, dan kemudian dari penjual kepada pembeli. Pindah milik double transfer ni boleh jadi lama.
1) Rumah berstatus freehold, direct transfer
Untuk rumah freehold yang perlukan direct transfer, proses pindah milik ni boleh jadi agak cepat. Ini kerana:
- Pindah milik dibuat terus dari pemaju kepada pembeli
- Status freehold tiada sekatan yang memerlukan kebenaran dari kerajaan negeri
Proses pindah milik akan ambil masa 4 bulan. Pada masa sama, proses ini juga mungkin perlukan tambahan masa sekitar 1-2 bulan untuk kerja pengurusan (administrative).
Anggaran masa:
- Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
- Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
- Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 6 bulan
- Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 9 bulan
2) Rumah berstatus freehold, double transfer
Rumah berstatus freehold yang perlukan proses double transfer lebih lama. Proses pindah milik mungkin memerlukan masa sekitar 7 bulan.
Anggaran masa:
- Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
- Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
- Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 7 bulan
- Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 10 bulan
3) Rumah berstatus leasehold, direct transfer
Untuk rumah leasehold yang perlukan perfection melalui direct transfer, proses pindah milik adalah sekitar 8 bulan.
Anggaran masa:
- Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
- Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
- Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 8 bulan
- Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 12 bulan
4) Rumah berstatus leasehold, perfection double transfer
Rumah berstatus leasehold, perfection dan double transfer pula agak ambil masa yang lama. Ini kerana anda perlu buat pindah milik dua kali.
Ini juga bermaksud jangka masa pindah milik dua kali lebih lama berbanding rumah leasehold yang dah ada geran.
Anggaran masa:
- Tempoh dapat pembeli (andaian): 3 bulan
- Tempoh untuk pinjaman dan sediakan perjanjian jual beli: 1 bulan
- Tempoh pindah milik selepas tandatangan perjanjian jual beli: 12-14 bulan
- Tempoh keseluruhan dari awal proses sehingga dapat duit: 16-18 bulan
Perkara Yang Boleh Melambatkan Proses
Proses jual rumah ni boleh memakan masa yang lama. Terutama jika geran rumah belum lagi disempurnakan.
Namun begitu proses juga boleh jadi lebih panjang kalau:
- Lambat dapat pembeli
- Loan pembeli tak lulus
- Dokumen hilang
- Pemaju lambat beri respond atau bankrap (dalam kes master title)
- Pembeli guna loan kerajaan (biasanya perlu tambahan masa 2-3 bulan)
Minta nasihat dari peguam anda untuk tahu lebih lanjut tentang berapa lama jangkaan untuk proses jual rumah anda selesai.
Cara Nak Cepatkan Proses Jual Rumah
Ada beberapa langkah yang anda boleh ambil untuk cepatkan proses jualan:
- Fahami prosedur jual rumah dan pastikan dokumen jualan lengkap. Rujuk artikel Panduan Dan Cara Jual Rumah Di Malaysia.
- Buat langkah pro-aktif untuk tarik pembeli. Rujuk artikel 10 Power Tips Jual Rumah Cepat Dan Dapat Pembeli Segera.
- Guna ejen hartanah untuk dapatkan pembeli dengan cepat dan layak dapat pinjaman. Rujuk Panduan Jual Rumah Guna Ejen Hartanah.
- Dapatkan peguam yang mahir dalam hartanah. Rujuk Tips Lantik Peguam Hartanah Untuk Jual Beli Rumah.
- Jika rumah anda perlu buat double transfer, jangan tunggu bila ada pembeli baru nak buat. Selesaikan secepat mungkin.
salam tuan.. sy dh jual rumah.. smua dah settle.. sekarang lawyer cakap tnggu siap stamping pastu dpt la jumlah baki.. agak2 lama lagi ke sy perlu tunggu dri trikh stamping tu??
Kalau maksud stamping tu, bayaran untuk MOT, dan pembeli guna pinjaman: tinggal dalam 3-4 minggu lagi. Kalau cash buyer, akan dapat terus duit tu nanti.
Saya ingin jual rumah area bandar baru Bangi
Boleh. Nanti encik tinggalkan contact dekat sini, saya akan hubungi:
https://arifhussin.com/ejen-hartanah-jual-rumah/
Assalamualaikum Tuan,saya telah jual rumah saya dan sudah ada pembeli..jika semua urusan dah selesai..adakah bayaran yg saya akan terima sekaligus atau bayaran bagaimana?
Mula-mula sekali, bank pembeli tu akan selesaikan dulu loan rumah encik. Selepas tu, lawyer akan advice untuk buat bayaran baki keuntungan. Bergantung kepada status geran, proses boleh jadi 3 ke 6 bulan.
Saya nak tanya, jual rumah dan dah tukar nama ke owner baru dah settle sejak bulan 11 hari tu agen bagitau, bil2 pun dah tukar ke nama owner baru. Agen juga bagitau bulan 12 hari tu dah bagi advice kat bank untuk disburse tapi sampai hari ni tak terima apa2 lagi pembayaran. Memang lama ke agen/lawyer nak bayar duit pada penjual? Rumah dah tak de loan
Biasanya sekitar 1 bulan tu puan. Patut sekarang dah terima kalau dari bulan 12 dah advice bank. Mungkin kena tanya lawyer tu kenapa ada kelewatan.